Selasa, 31 Mei 2011

TAK KISAH APA ORANG NAK KATA

Ini  sebenarnya bukan cerita baru tapi cerita lama. Saje nak kenang kembali  dan share dengan semua tentang isi hati orang lama. Ceritanya...
Seronok jumpa anak saudara .  Sembang tentang kerja masing-masing. Tiba-tiba anak saudara  tanya satu soalan.”Mak Lang , betul ke mak lang mulut laser?”. Aku senyum dan  tanya dia semula . “Mana adik tahu?” ( Adik nama timangan untuk anak buahku) 

“Adik ada kawan face book guru Pendidikan Khas Negeri Melaka, bila  adik tanya nama mak lang dia terus jawap  siapa tak kenal mulut laser” jawap anak buahku  tanpa selindung.  “Adik tengok maklang  macam tu ke? Soalku kembali. “ Tak lah, cuma yang adik  tahu mak lang  tak suka  mengata belakang lebih suka menegur di depan jika nak memberi pandangan atau nak betulkan sesuatu yang maklang tak suka”.jawapnya selamba. ”Pandai adik” aku memujinya. Dia senyum aje.
Tak sangka juga rupanya itu pandangan  yang dilemparkan kepadaku selama ini. Mungkin bukan semua yang beranggapan begitu . Aku tahu. Apapun aku tak kisah itu semua. 

Yang penting  tanggung jawap aku sebagai orang tua menegur orang muda. Dah jadi pelepah macam aku ini  memang  keras sedikit.  Pucuk muda yang  ada sekarang pun bila sampai masa akan jadi macam aku  juga.
Sifir dalam hidupku sebagai guru pendidikan khas mudah aje.  Bila kita  dah ada dalam satu keluarga memang kena tegur menegur. Aku dah dengar macam-macam orang kata tentang guru Pendidikan Khas. Sakit  telinga, sakit hati.

So ..bagiku dari orang lain mengata lebih baik  orang lama macam aku yang cakap tentang kelemahan kita . Paling kurangnya  aku faham apa sebenarnya yang berlaku dalam program kita. Tak cakap membabi buta.
Aku tahu juga bila aku beri ceramah ada yang mencebik saje. Bila jumpa tengok muka pun tak suka buat selamba aje. Aku tak kisah semua tu. Bagiku tak terkenal sebagai orang yang baikpun  aku tak kisah aku buat semua ini bukan nak cari nama.

Apa  yang penting segala kekurangan dapat dibaiki. Dengan cara apa sekalipun akan cuba kusampaikan. Akupun taklah bagus sangat. Banyak kelemahan lagi yang perlu dibetulkan. Banyak perkara yang aku masih tak tahu dan perlu pelajari. 
Pernah sekali aku bertugas bersama barisan pentadbir yang bukan orang Pendidikan Khas dari seluruh negeri Melaka. Masa  itu guru-guru Pendidikan Khas ada berapa orang aje. Tak sampai sebelah tangan jumlahnya, dan aku tak tahu samada mereka dengar atau tidak apa  yang aku dengar.  Sakit telinga, rasa  macam nak meletup dada. Waktu itu tengah beratur tunggu lif untuk balik ke bilik.
Tiba.tiba....” Jadi guru Pendidikan Khas bukan susah sangat ,elaun dahlah banyak,   budak tak ramai pula tu, dahlah tu  suruh keje itu tak boleh ini tak boleh.” Ramai yang ada disitu mengiakannya. Pintu lif terbuka ,  cerita habis kat situ aje. 

Untung  juga jumpa orang yang lain dari Pendidikan Khas. Baru tahu apa kata mereka sebenarnya.  Betullah  kata pepatah , kalau nak tahu apa kekurangan kita tanyalah pada musuh kita, jangan kawan baik kita.  Baru jawapn itu jelas . Kalau tidak,  kita rasa semuanya  dah betul dan lengkap. Tetapi keadaan sebenarnya .... sendiri boleh menjawap.

Sepanjang perjalanan  ke bilik  fikiranku  merawang   sendiri. Tapi ... memang ada betulnya apa yang dikatakan tadi.  Akupun selalu dengar cerita yang sama.  Pernah ianya macam nak jadi di programku.. tapi Alhamdulillah.... Allah membantuku selesai juga akhirnya sebelum ianya  menjadi barah. 

Masa   itu juga aku teringat kisah dimana aku mengikuti kursus bertajuk "Kesihatan Seksualiti Untuk Murid-Murid Pendidikan Khas".  Dalam kursus tersebut pesertanya terdiri daripada doktor-doktor, pegawai-pegawai perubatan, kaunselor   dan  pertubuhan NGO.  Rasanya guru Pendidikan Khas termasuk aku hanya ada 3 orang sahaja.


Seorang daripada peserta kursus yang "Somebody"  juga telah bangun dan menyuarakan  ketidak puasan hatinya dengan sistem Pendidikan yang ada di Program  Pendidikan Khas.  Yang paling tak sedap dan paling kuingat ialah dia kata "I don't know what are they doing in the classroom". They yang dimaksudkan ialah guru-guru Pendidikan Khas.  


Ini adalah kerana dalam pemerhatian dan kajiannya, murid-murid istimewa yang dimasukkan ke Program Pendidikan Khas tidak dapat apa-apa kerana guru-gurunya juga tidak  buat apa-apa  semasa anak-anak ini  berada di Program   Pendidikan Khas. 

Ada diantaranya yang telah dimasukkan ke program integrasi selepas melepasi program intervensi awal. Malangnya apabila belajar di program integrasi masalah tingkahlaku menjadi semakin serius dan murid  ini didaftarkan semula ke pusat pembelajaran swasta.  Ramai juga wakil daripada badan- badan pertubuhan swasta yang terlibat dengan anak-anak ini menyokong akan kata-kata itu. 

Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru-guru Pendidikan khas membantu murid-murid ini.  Kesimpulan yang boleh kuambil dari cakapnya ialah Program-program yang dijalankan oleh pihak swasta  adalah lebih berkualiti dan dapat membantu anak-anak ini berbanding dengan sekolah kerajaan .


Aku pada masa itu terasa amat tercabar. Dengan  sedikit rasa terkilan aku bangun dan memberi respond.  Bagiku Pendidikan khas di  Malaysia adalah masih baru pada ketika itu.   Walau apapun bagiku ianya telah bertambah baik.


Aku menyuarakan masalah  yang kami hadapi di sekolah pada ketika itu  iaitu,   jumlah murid terlalu ramai (14 orang murid dalam satu kelas) dan mempunyai  berbagai kategori masalah.. Ianya amat berbeza dengan pusat-pusat pembelajaran swasta  seperti pusat-pusat pembelajaran untuk anak-anak down syndrome ataupun autisme yang menempatkan murid-murid yang sama kategori masalah didalam kelas dengan bilangan murid yang sedikit.  Ini lebih memudahkan lagi sesi pembelajaran.


Kami pada masa itu adalah guru-guru yang terpaksa menjadi  macam guru  pakar untuk membantu anak-anak ini. Anak-anak ini yang mempunyai masalah haiperaktif ,down syndrome,autisme, ADHD, sindrome hunter dan berbagai-bagai lagi adalah mangsa kepada kekurangan kami. Walaupun amat sukar kami terpaksa lalui demi sebuah tanggungjawap.  

Kepincangan ini bagiku bukanlah satu perkara yang perlu diletakkan dibahu guru-guru malahan adalah tanggungjawap  bersama dari semua pihak agar semuanya dapat diatasi. Walaubagaimanapun alasanku  pada waktu itu macam tidak kukuh dan tidak diterima oleh mereka . Tetapi aku puas hati sebab berpeluang bersuara. Masa itu baru aku tahu sebenarnya  kita masih terlalu  banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan.

Esoknya, waktu minum pagi aku semeja dengan seorang GPK HEM sebuah sekolah yang ada program pendidikan khas. Dia memang tahu aku juga PK Khas. Nampaknya dia ni berani  cakap depan.  Aku suka orang macam ni. Senang nak share pendapat.  

Tanya aku apa pentingnya Pembantu Pengurusan Murid di Program Pendidikan Khas.  Jawapanku diterima dengan tangan terbuka, tetapi.... katanya apa yang aku kata tentang tugas Pembantu Pengurusan Murid itu tak berlaku disekolahnya  . Dia rasa   PPM  disekolahnya makan gaji buta.  Terkejut dengan perkataan makan gaji  buta.


Aku respon  juga, iaitu  semuanya  bergantung  pada pengurusan sesebuah program, dan aku juga memberi idea kepadanya supaya  pentadbir panggil semua guru pendidikan khas dan ppm bincang cara nak atasi masalah ini, agar semua tahu tugas masing-masing yang sebenarnya. Minta penyelaras sediakan fail meja PPM. Itu lebih baik. 

Dia kata akan cuba suarakan pada guru besar perkara tersebut. Aku seronok juga paling kurang tanggungjawap kecil sudah kutunaikan.

Sebenarnya apa juga yang mereka cakapkan itu memang ada kebenarannya.  Awal  tahun 2011 ini aku menerima  seorang murid lelaki  yang dalam rekod perubatannya tertulis bermasalah autisme dan ADHD.  Sedikit terperanjat aku mendengar apabila ibunya menjelaskan kepadaku bahawa telah 3 tahun anak ini duduk belajar bersama anak-anak   normal di sebuah sekolah di negeri jiran dan bukannya belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi.


Persoalanku kepadanya mengapa jadi begitu? Sedangkan ibubapa telah tahu bahawa anak  itu istimewa.  Jawapannya telus sekali. Dia dah pergi memantau beberapa program  integrasi tetapi  tidak berpuas hati kerana murid-murid di sana lebih banyak mewarna dan menuntun tv daripada belajar.

Ibubapa yang menghantar anak-anak ke program integrasi itu juga tidak berpuas hati dengan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.  Aku sempat juga menjelaskan padanya  bahawa bukan semua program pendidikan khas berkeadaan  begitu.
Sebenarnya  diluar sedar kita,  orang di sekeliling memerhati dan menilai. Kita kena peka pada perkara ini. Bukan nak sangka buruk pada orang, tetapi itulah hakikatnya. Fikirkan sesuatu agar jangan menunjukkan sangat kelemahan kita sebagai guru Pendidikan Khas. 

Menjadi guru Pendidikan Khas perlu kreatif dalam  menangani masalah  murid.  Perlu sentiasa berbincang sesama guru dan mencari idea-idea baru bagi memenuhi kehendak pembelajaran semasa.  Apatah lagi kita berhadapan dengan anak-anak istimewa yang memerlukan lebih perhatian, kelainan pada kaedah pembelajaran dan  bimbingan yang lebih  serta berterusan .

Sebenarnya adalah sangat menyakitkan hati kalau dah bekerja separuh mati orang sedap-sedap kata kita relax. Tapi kita kena berubah minda dan sikap. Sahut cabaran-cabaran yang datang dengan dada dan fikiran terbuka. Cuba baiki semua kelemahan yang sedang berlaku di dalam program  Pendidikan Khas agar tak nampak ketara.
Jangan biarkan bisul yang ada dalam program jadi nanah.  Kerana yang jadi mangsa ialah murid-murid kita. Jadi guru pendidikan khas memang tak boleh lemah dalam semangat bekerja. Jangan jadikan masalah peribadi penghalang dalam menjalankan tugas di sekolah.    Bina keyakinan diri ,cuba buat yang terbaik untuk anak-anak ini. 


Soal  apa orang kata usah ditakutkan, fikirkan cara nak atasinya  agar tidak berterusan.  Jika kita buat yang terbaik dan betul Allah pasti bersama kita. Dan yang lebih  penting kita buat kerja yang sepatutnya dan jangan sambil lewa. Insyaallah  pasti berjaya.

Jika kita sentiasa berusaha membangunkan program dan anak-anak murid kita , sudah pasti tak akan timbul apa-apa cerita negative yang menyakitkan telinga.
Hubungan baik dengan semua adalah satu perkara paling penting dalam nak jadikan program pendidikan khas yang berjaya.  Hubungan dengan pentadbir, rakan-rakan guru dan semua staff sokongan juga murid-murid aliran perdana jangan ketinggalan. Waimah pakcik jaga dan orang kantin juga adalah orang yang perlu dibuat baik.  

Aku lebih suka tekankan bahawa  pada waktu pembelajaran, kita adalah milik pendidikan khas. Habis waktu itu kita adalah milik sekolah. Apa yang diarahkan kita kena akur.  Memang sukar , tapi itulah yang kulalui sejak menjadi guru pendidikan khas.

Must do everything to get something iaitu keyakinan pentadbir pada kita. Jika berkira alamatnya .... boleh fikir sendirilah, tak perlu lagi dijawapkan.
Berbalik pasal mulut laser. Aku sebenarnya cuba juga  nak berhenti menegur. Kalau tengok tak puas hati nak cuba diam. Tapi nampaknya tak boleh. Apapun bila difikirkan selagi ada hayat dan selagi boleh membantu akan akan terus berusaha demi pendidikan khas negeri Melaka.  

Cuma yang kuharapkan sebagai manusia dapatlah kiranya dimaafkan jika selama ini ada yang tersentuh apabila mendengar apa yang kucakapkan. Harap jangan simpan didalam hati. 

Bagiku dah lama aku memaafkan sesiapa saja  yang pernah mengata atau apa saja di belakangku.  Muga semua perkara  dapat dilakukan dengan baik dengan adanya niat baik dalam hati kita.Insyallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan