Sabtu, 1 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NASIHAT

Alhamdulillah.  Diizinkan untukku menulis.

Email ini kuterima pada 3 Sept 2014. Luahan hati seorang PPM.

"Saya ppm. Saya tengah usaha cari kerja lain. Seriously kami
 dikastakan. Letih dipandang hina. Cukuplah 6 thn pengalaman." 

Sudah pasti email ini tercetus dari perasaan  kecewa dan marah.


Sebagai orang yang tidak tahu pucuk  dan pangkal cerita 
ingin kuhulurkan  sedikit basihat . Jika dapat difikirkan. , 
Alhamdulillah.

Sebenarnya guru dan PPM adalah pasangan ideal yang diperlukan untuk 
mendidik anak-anak istimewa. Gabungan mantap ini boleh
melahirkan modal insan yang berdikari selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara  dan Falsafah Pendidikan Khas.

Hasrat akan tinggal hasrat jika guru dan PPM tidak ada
penyatuan hati. 

Kepada semua PPM yang kukasihi. Ikhlaskan  diri di dalam
melakukan  sesuatu.  Pasti hati akan lebih  tenang, 
Tidak merasa kecewa dan tertekan.

Jangan rasa dibuli apabila lebih tugasan diberi. Semakin
banyak tanggungjawab yang kita berjaya selesaikan,
maka bertambahlah bekal yang akan dibawa bersama di
alam yang kekal.  Itulah  sebenarnya matlamat hidup.

Kepada guru PK yang amat kukasihi.  Bersyukurlah selalu
dengan segala kemudahan dan nikmat yang Allah beri.

berbanding sebelum ini. 

Kita semua adalah pemimpin kepada PPM . Usahlah
mereka dianak tiri.  Mereka ada hak untuk dihormati dan
dihargai.

Jangan bangga dengan jawatan yang ada. Tidak ada
gunanya disisi Allah jika tanggungjawab tidak ditunaikan
dengan sempurna. 

Binalah hubungan baik dengan rakan-rakan kita meskipun
mereka hanya  PPM. Semuanya adalah pahala.

Jika hari ini kita mendabik dada. Tunggulah harinya
dimana kita tunduk tanpa bicara apabila berada di
hadapan Allah yang maha berkuasa.

Mesti ada salah di mana-mana dan perlu diperbetulkan
Ambil yang positif dan buang yang sebaliknya.

Tidak salah tegur menegur . Tapi biar dengan cara yang 
betul. Jika ada rasa kasih dan sayangkerana Allah 
semasa hamba  pasti segala kekusutan dapat diselesaikan segera. 

Kudoakan semoga kita semua lebih bersatu hati didalam
membantu anak-anank istimewa ini.

Buang yang keroh. Ambil yang jernih.

Wallahua'Lam




BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TANGGUNG DAN JAWAB

Alhamdulillah. Diizinkan aku untuk menulis.

Setiap kali aku menulis sebenarnya bukan untuk sesiapa.
Ia adalah teguran untuk diri sendiri dan aku yang lebih  memerlukan
berbanding orang yang membaca.

Pun begitu,  jika ada insan  lain yang sudi  mengambil ikhtibar daripada
yang kutulis, Alhamdulillah.


Sebagai hamba kita lahir di dunia untuk  memikul banyak tanggungjawab.
Sejauhmana kita menunaikan tanggungjawab, kita sendiri mengetahuinya.

Ada antara kita yang ambil mudah tentang  tanggungjawab.
Berlebih lagi aku yang menulis ini. Apabila memikirkannya kembali
terlalu banyak tanggungjawab yang gagal aku tunaikan dengan
sempurna. Semoga Allah mengampuni.

Tidak kurang antara kita yang penuh bertanggungjawab. Aku
amat mengagumi.  Allah amat menyayangi.

Sebenarnya apabila kita  menunaikan tanggungjawab dengan
sempurna kita telah memperolehi banyak kebaikan dunia apatah
lagi akhirat.


Juga yang lebih penting ialah

Segala  tanggungan  di dunia perlu dijawab di akhirat.

OLEH ITU JANGANLAH KITA MENGAMBIL MUDAH
DENGAN TANGGUNG JAWAB







Sabtu, 25 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KACA

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Melihat kanak-kanak lelaki itu berselipar dan jalan
terjengkit-jengkit  aku  menarik tangannya  mendekatiku.

Kenapa tak pakai kasut sekolah? soalku.

Kaki sakit cikgu? dia menjawab gugup.

Aku memandang kearah kakinya  dan tidak kelihatan sebarang
kecederaan,

Setelah mendapat penjelasan,  baru kuketahui  yang sakit
ialah di bahagian tapak kakinya.

Aku mempelawanya duduk  di sebelahku dan meminta
dia menunjukkan tempat sakit yang sebenar.

Aku menelitinya. Subhanallah.

Serpihan kaca rupanya. Dia menolak
tanganku yang cuba untuk menarik kaca itu keluar.

Dia kesakitan.

Setelah memujuk,  aku berjaya mengeluarkan serpihan kaca  tersebut.

Setelah melihat dia tenang aku menyoal.

Di mana kaki awak terkena kaca? .

Di rumah cikgu? jawabnya.

Beginilah.... siapa yang harus dipersalahkan jika
ibubapa sendiri tidak mengambil kisah  tentang anak-anak.

Selalunya  ibubapa  meletakkan kesalahan di bahu guru jika
ada kemalangan di sekolah.

Kejadian yang boleh membawa kita fikirkan  bersama
tentang dimanakah hilangnya rasa tanggungjawab.
















Peringatan untuk diri sendiri.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IKHLAS

Alhamdulillah. Diizinkan  untukku menulis sesuatu.

Perkongsian  dari majlis ilmu :

Ikhlas umpama cahaya pelita dalam kegelapan.
Ikhlas adalah ketenangan,
Ikhlas adalah anugerah tuhan.

Terlalu sukar untuk kita perolehi.
Usahakanlah dalam kehidupan  kerana  sesuatu
yang sukar untuk dilaksanakan pasti akan beroleh
ganjaran  pahala yang besar.

Insya Allah


Selasa, 21 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PENGAJARAN

Alahmadulillah. Diizinkan aku untuk menulis sesuatu.

Pengajaran yang dapat aku ambil daripada pencerapan PdP
terhadap  seorang ustaz  semalam ialah:

"Pemimpin Islam  terdahulu  menjadi hebat kerana hubungan
mereka dengan Allah juga hebat. "

Subhanallah.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERITA

Alhamdulillah. Aku  diberi kesempatan untuk menulis.

Pagi itu,  semasa sedang sibuk di pejabat seorang murid perempuan
dari tahap 1  menemuiku.
Dari raut wajahnya  kelihatan seperti memerlukan bantuan.

Guru: Ada masalah ke?
Murid: Duit saya hilang cikgu.
Guru: Berapa?
Murid: 5 ringgit.
Guru: Banyaknya awak bawa duit ke sekolah.
Murid: Ayah pulangkan duit yang ayah  pinjam  3 ringgit,
            2 ringgit lagi  duit belanja hari ni.
Guru: Ayah awak pinjam duit untuk apa?
Murid: Tuang minyak motor  cikgu.

Bukan untuk menceritakan aib orang lain, namun terdapat
segelintir ibubapa yang kurang  menyedari bahawa apabila
bergelar guru banyak masalah yang perlu kami diselesaikan.


Isnin, 20 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MENGAMBIL HIKMAH

Alahamdulillah. Diberi ruang untuk menulis sesuatu,

Mendengar keluhan insan  lain di sekitarku tentang  kenaikan
harga minyak petrol membuatkan aku menulis  sesuatu.

Sesungguhnya setiap  ujian yang menimpa  seseorang hamba
haruslah diterima dengan rasa syukur dan setelah itu  ambil
dan raikanlah hikmahnya yang tersirat.

Insya Allah.


Selasa, 14 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

Majlis persaraan Puan Hjh Aminah Umar .
Guru Besar SK Kg Tun Razak.

Antara kata-kata dalam ucapannya:

"Pengalaman mengajar di pendalaman adalah
pengalaman  mahal yang tidak boleh dijual beli"

Membangkitkan kenangan silamku:

Tahun 1985.
Sebagai guru lepasan maktab bertugas di SK Lepar Hilir 2
Gambang Kuantan.
Berbasikal dari rumah peneroka ke sekolah. Membonceng
raga penuh dengan bahan bantu.
Menjadi kerani, tukang kebun juga guru kerana
sekolah baru tidak ada semua kemudahan staff.
Yang ada hanya seorang guru besar dan 7 orang guru
lepasan maktab.

Bercahayakan pelita dimalam hari.
Bermandikan air sungai setiap hari.

Amat indah dan penuh memori.


Selasa, 7 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CIKGU SIHAT?

Menyambut murid di pagar sekolah bukanlah menjadi rutinku.
Tugasan yang menghambat  di pejabat adalah penghalang,

Pagi tadi, Allah lapangkan sedikit ruang waktu.
Aku melangkah ke pintu pagar .
Bersalaman dengan semua murid yang baru sampai di
sekolah.

Tiba-tiba,  semasa  bersalam dengan seorang
murid lelaki, satu soalan keluar daripada  mulutnya,

Cikgu sihat?

Aku tergamam.  Pertama kali di sekolah ini soalan
serupa itu dikemukakan kepadaku.  Entah mengapa ada satu
perasaan halus menyelinap di hati. Sukar untuk dinyatakan
dalam bentuk ayat. Hanya Allah yang  mengetahui.

Aku mencapai kembali tangannya yang telah kulepaskan.

Menjawap pendek. Saya sihat.

Bertanya kembali.  Kamu dari kelas mana? 

4 Afdal cikgu . Jawabnya.

Murid-murid kelas kedua terakhir tergambar di ruang mataku.

Ada sesuatu yang boleh aku pelajari pagi ini.




Jumaat, 3 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH DI PEJABAT.

Alhamdulillah. Diberi ruang kepadaku untuk menulis,


Petang itu dipejabat sekolah:

Guru: Ada apa encik hendak jumpa saya?

Bapa: Saya malu nak cakap cikgu.

Guru: Tidak mengapa, cakap sajalah,
          tiada siapa disini, Hanya saya. 

Bapa menjeling ke luar pejabat . Sebagai memastikan
tidak ada siapa di pintu. Setelah senyap beberapa
ketika dia bersuara.

Bapa: Saya nak minta duit sikit cikgu.

Guru terkejut dengan kenyataan itu.
Masa itu tiba-tiba hilang rasa simpati,
Yang ada ,  geram dan sedikit benci.

Bukan ada rasa kedekut. Namun sejarah
bapa itu memang di dalam poket  guru.
Terasa malas untuk  diulas.

Guru mencari idea apa yang ingin dijawab. Agar
sibapa tidak kecil hati.

Guru: Saya tidak boleh tolong encik.

Guru menjawab tegas.
Anaknya yang dibawa bersama terkelip-kelip
mendengar jawapan itu. Begitu juga dengan sibapa.
Pejabat sunyi seketika. Hanya mata bertemua mata
tanpa suara.

Tiba-tiba.

Guru: Maaf saya nak tanya bolehke?
Bapa: Boleh cikgu.
Guru: Encik sembahyang tak?

Bapa terkejut dengan soalan itu.
Tunduk kelantai. Mungkin  memikirkan jawapan.

Bapa: Kadang -kadang cikgu
Guru: Awak sembahyang tak? 
Anak: Tak cikgu.

Jawapan yang membuka jalan  kepada guru untuk
memberi nasihat.

Guru: Rezeki  datang daripada Allah.
           Allah Maha Pemurah. 
           Kena rajin meminta daripadaNYA.
           Bagaimana Allah hendak memberi, sedangkan
           encik tidak meminta.
           Doalah banyak-banyak masa sembahyang
           supaya rezeki ALLAH  murahkan.
                    

Bapa mengangguk-angguk perlahan. Tanda faham

Guru bersuara lagi.

Guru: Encik sedang membuat kesilapan bersar.

Bapa memandang guru kehairanan. Tiada suara yang kedengaran,

Guru: Encik sedang mengajar anak encik meminta-minta
          dan bukan berusaha dan berdoa. Kasihan dia. 
          Dia akan mewarisi kemiskinan encik  dengan cara ini. 

Bapa: Saya faham cikgu.
           Kalau  tak boleh bagi saya duit , saya  balik dulu cikgu. 

Nampak dia  dan anaknya hampa.

Sebelum dia keluar guru menghulurkan sehelai wang
kertas ketangan anaknya.

Kedua-dua mereka  tidak menduga . Tersenyum  gembira
dan mengucapkan terima kasih.

Sebenarnya,  jauh disudut  hati guru  itu sangat gembira  kerana telah
berjaya menyampaikan sesuatu nasihat yang baik.

Dia mendoakan semuga Allah memberi hidayah  dan kemurahan
rezeki kepada mereka sekeluarga.

Begitulah. Ujian Allah kepada hambanya berbeza. Semua adalah
sebagai tanda kasih sayangNYA.












Khamis, 2 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERITA

Alhamdulillah. Diberi peluang untuk menulis sesuatu.

Cerita minggu lalu...

Mendengar cerita ibu muda itu tentang cabaran yang
sedang  dilalui dalam membesarkan anak lelaki sulungnya
membuatkan aku simpati.

Dalam usia muda dia telah menjadi ibu tunggal.
Sendiri mencari nafkah untuk membesarkan anak.
Jika aku berada ditempatnya kesukaran
sama pasti aku lalui.

Namun... dalam benakku hingga kini masih  keliru.
Aku membayangkan bagaimana dia boleh bercerita
tentang pegangannya yang kuat  pada agama ,
sedangkan pakaiannya semasa menemuiku
langsung tidak melambangkan apa yang diperkata.

Wallahhu  a'lam

Semoga Allah mengampuniku kerana tidak berjaya menegurnya.


Selasa, 30 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TEGURAN

Alhamdulillah. Diberi ruang untuk menulis sesuatu.

Adakalanya kata-kata orang muda boleh
memberi makna besar jika kita mendalaminya.

Seorang guru muda pernah menyuarakan rasa hati:

Bila saya tua biarlah kelakuan saya  yang baik 
jadi tauladan,
kata-kata  saya yang baik  jadi ikutan.

Alhamdulillah sebenarnya ia adalah teguran. Allah
buatku...


Isnin, 29 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SIBUK

Semarak minda daripada DJ radio IKIM:

Sibukkanlah diri untuk membuat kebaikan,
sehingga tiada masa untuk membuat kejahatan.





BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TETAMU

Alhamdulillah. Dengan izinNYA aku dapat menulis sesuatu.

Kehadiran tetamu adalah salah satu rahmat daripada
Allah s.w.t kepada  hambanya.

Pahala kepada sesiapa yang menerima tetamu
amat besar. Tidak kira  samada  di sekolah mahupun
dirumah.

Ini menyebabkan agak sukar untukku menolak
tetamu yang hadir di sekolah walaupun aku dalam
keadaan sibuk.

Pagi itu aku menerima seorang tetamu lelaki. Muda,

Hati tertanya-tanya bagaimana dia boleh mengenali nama
dan tempat aku mengajar. Aku tidak pernah bertemunya.
Memang curiga pada awalnya. Al maklum sekarang adalah
zaman di mana berbagai cara manusia lain memperdaya.

Setelah berbual seketika, barulah aku tahu bahawa dia
adalah seorang guru Penddikan Khas,

Mengenaliku melalui buku TERISTIMEWA UNTUKMU dan
blog ini.

Menurutnya dia dalam program lawatan ke Melaka bersama
murid-murid PK. Menyewa  home stay di sebelah sekolah.

Apabila mendapat maklumat daripada seorang pelajar
yang aku adalah guru besar sekolah, dia memberanikan
diri menemuiku .(  membuat lawatan mengejut),

Terima kasih cikgu. Aku amat menghargainya.

Maaf  ingin  kupohon kepada  cikgu Dzulhaimi Muda
dari SK Kedai Buluh Kuala Terengganu kerana terlalu
banyak memberi nasihat dan peringatan, meskipun baru
saja berjumpa.

Semoga pertemuan meskipun  singkat dapat memberi
manfaat kepada kita sebagai guru Pendidikan khas.





Ahad, 28 September 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ RENUNGAN

Alhamdulillah. Dengan izinNYA  aku dapat  menulis sesuatu.

Renungan untuk diri sendiri.









Jika kita telah berjaya  janganlah  angkuh diri.

Beryukurlah kepada Allah. Hanya dengan rahmatNYA
kita berada dalam situasi yang  ada sekarang.