Jumaat, 3 Oktober 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH DI PEJABAT.

Alhamdulillah. Diberi ruang kepadaku untuk menulis,


Petang itu dipejabat sekolah:

Guru: Ada apa encik hendak jumpa saya?

Bapa: Saya malu nak cakap cikgu.

Guru: Tidak mengapa, cakap sajalah,
          tiada siapa disini, Hanya saya. 

Bapa menjeling ke luar pejabat . Sebagai memastikan
tidak ada siapa di pintu. Setelah senyap beberapa
ketika dia bersuara.

Bapa: Saya nak minta duit sikit cikgu.

Guru terkejut dengan kenyataan itu.
Masa itu tiba-tiba hilang rasa simpati,
Yang ada ,  geram dan sedikit benci.

Bukan ada rasa kedekut. Namun sejarah
bapa itu memang di dalam poket  guru.
Terasa malas untuk  diulas.

Guru mencari idea apa yang ingin dijawab. Agar
sibapa tidak kecil hati.

Guru: Saya tidak boleh tolong encik.

Guru menjawab tegas.
Anaknya yang dibawa bersama terkelip-kelip
mendengar jawapan itu. Begitu juga dengan sibapa.
Pejabat sunyi seketika. Hanya mata bertemua mata
tanpa suara.

Tiba-tiba.

Guru: Maaf saya nak tanya bolehke?
Bapa: Boleh cikgu.
Guru: Encik sembahyang tak?

Bapa terkejut dengan soalan itu.
Tunduk kelantai. Mungkin  memikirkan jawapan.

Bapa: Kadang -kadang cikgu
Guru: Awak sembahyang tak? 
Anak: Tak cikgu.

Jawapan yang membuka jalan  kepada guru untuk
memberi nasihat.

Guru: Rezeki  datang daripada Allah.
           Allah Maha Pemurah. 
           Kena rajin meminta daripadaNYA.
           Bagaimana Allah hendak memberi, sedangkan
           encik tidak meminta.
           Doalah banyak-banyak masa sembahyang
           supaya rezeki ALLAH  murahkan.
                    

Bapa mengangguk-angguk perlahan. Tanda faham

Guru bersuara lagi.

Guru: Encik sedang membuat kesilapan bersar.

Bapa memandang guru kehairanan. Tiada suara yang kedengaran,

Guru: Encik sedang mengajar anak encik meminta-minta
          dan bukan berusaha dan berdoa. Kasihan dia. 
          Dia akan mewarisi kemiskinan encik  dengan cara ini. 

Bapa: Saya faham cikgu.
           Kalau  tak boleh bagi saya duit , saya  balik dulu cikgu. 

Nampak dia  dan anaknya hampa.

Sebelum dia keluar guru menghulurkan sehelai wang
kertas ketangan anaknya.

Kedua-dua mereka  tidak menduga . Tersenyum  gembira
dan mengucapkan terima kasih.

Sebenarnya,  jauh disudut  hati guru  itu sangat gembira  kerana telah
berjaya menyampaikan sesuatu nasihat yang baik.

Dia mendoakan semuga Allah memberi hidayah  dan kemurahan
rezeki kepada mereka sekeluarga.

Begitulah. Ujian Allah kepada hambanya berbeza. Semua adalah
sebagai tanda kasih sayangNYA.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan