Sabtu, 1 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NASIHAT

Alhamdulillah.  Diizinkan untukku menulis.

Email ini kuterima pada 3 Sept 2014. Luahan hati seorang PPM.

"Saya ppm. Saya tengah usaha cari kerja lain. Seriously kami
 dikastakan. Letih dipandang hina. Cukuplah 6 thn pengalaman." 

Sudah pasti email ini tercetus dari perasaan  kecewa dan marah.


Sebagai orang yang tidak tahu pucuk  dan pangkal cerita 
ingin kuhulurkan  sedikit basihat . Jika dapat difikirkan. , 
Alhamdulillah.

Sebenarnya guru dan PPM adalah pasangan ideal yang diperlukan untuk 
mendidik anak-anak istimewa. Gabungan mantap ini boleh
melahirkan modal insan yang berdikari selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara  dan Falsafah Pendidikan Khas.

Hasrat akan tinggal hasrat jika guru dan PPM tidak ada
penyatuan hati. 

Kepada semua PPM yang kukasihi. Ikhlaskan  diri di dalam
melakukan  sesuatu.  Pasti hati akan lebih  tenang, 
Tidak merasa kecewa dan tertekan.

Jangan rasa dibuli apabila lebih tugasan diberi. Semakin
banyak tanggungjawab yang kita berjaya selesaikan,
maka bertambahlah bekal yang akan dibawa bersama di
alam yang kekal.  Itulah  sebenarnya matlamat hidup.

Kepada guru PK yang amat kukasihi.  Bersyukurlah selalu
dengan segala kemudahan dan nikmat yang Allah beri.

berbanding sebelum ini. 

Kita semua adalah pemimpin kepada PPM . Usahlah
mereka dianak tiri.  Mereka ada hak untuk dihormati dan
dihargai.

Jangan bangga dengan jawatan yang ada. Tidak ada
gunanya disisi Allah jika tanggungjawab tidak ditunaikan
dengan sempurna. 

Binalah hubungan baik dengan rakan-rakan kita meskipun
mereka hanya  PPM. Semuanya adalah pahala.

Jika hari ini kita mendabik dada. Tunggulah harinya
dimana kita tunduk tanpa bicara apabila berada di
hadapan Allah yang maha berkuasa.

Mesti ada salah di mana-mana dan perlu diperbetulkan
Ambil yang positif dan buang yang sebaliknya.

Tidak salah tegur menegur . Tapi biar dengan cara yang 
betul. Jika ada rasa kasih dan sayangkerana Allah 
semasa hamba  pasti segala kekusutan dapat diselesaikan segera. 

Kudoakan semoga kita semua lebih bersatu hati didalam
membantu anak-anank istimewa ini.

Buang yang keroh. Ambil yang jernih.

Wallahua'Lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan