Alhamdulillah. Dengan izinNYA aku dapat menulis sesuatu.
Kehadiran tetamu adalah salah satu rahmat daripada
Allah s.w.t kepada hambanya.
Pahala kepada sesiapa yang menerima tetamu
amat besar. Tidak kira samada di sekolah mahupun
dirumah.
Ini menyebabkan agak sukar untukku menolak
tetamu yang hadir di sekolah walaupun aku dalam
keadaan sibuk.
Pagi itu aku menerima seorang tetamu lelaki. Muda,
Hati tertanya-tanya bagaimana dia boleh mengenali nama
dan tempat aku mengajar. Aku tidak pernah bertemunya.
Memang curiga pada awalnya. Al maklum sekarang adalah
zaman di mana berbagai cara manusia lain memperdaya.
Setelah berbual seketika, barulah aku tahu bahawa dia
adalah seorang guru Penddikan Khas,
Mengenaliku melalui buku TERISTIMEWA UNTUKMU dan
blog ini.
Menurutnya dia dalam program lawatan ke Melaka bersama
murid-murid PK. Menyewa home stay di sebelah sekolah.
Apabila mendapat maklumat daripada seorang pelajar
yang aku adalah guru besar sekolah, dia memberanikan
diri menemuiku .( membuat lawatan mengejut),
Terima kasih cikgu. Aku amat menghargainya.
Maaf ingin kupohon kepada cikgu Dzulhaimi Muda
dari SK Kedai Buluh Kuala Terengganu kerana terlalu
banyak memberi nasihat dan peringatan, meskipun baru
saja berjumpa.
Semoga pertemuan meskipun singkat dapat memberi
manfaat kepada kita sebagai guru Pendidikan khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan