Alhamdulillah. Diizinkan aku untuk menulis.
Setiap kali aku menulis sebenarnya bukan untuk sesiapa.
Ia adalah teguran untuk diri sendiri dan aku yang lebih memerlukan
berbanding orang yang membaca.
Pun begitu, jika ada insan lain yang sudi mengambil ikhtibar daripada
yang kutulis, Alhamdulillah.
Sebagai hamba kita lahir di dunia untuk memikul banyak tanggungjawab.
Sejauhmana kita menunaikan tanggungjawab, kita sendiri mengetahuinya.
Ada antara kita yang ambil mudah tentang tanggungjawab.
Berlebih lagi aku yang menulis ini. Apabila memikirkannya kembali
terlalu banyak tanggungjawab yang gagal aku tunaikan dengan
sempurna. Semoga Allah mengampuni.
Tidak kurang antara kita yang penuh bertanggungjawab. Aku
amat mengagumi. Allah amat menyayangi.
Sebenarnya apabila kita menunaikan tanggungjawab dengan
sempurna kita telah memperolehi banyak kebaikan dunia apatah
lagi akhirat.
Juga yang lebih penting ialah
Segala tanggungan di dunia perlu dijawab di akhirat.
OLEH ITU JANGANLAH KITA MENGAMBIL MUDAH
DENGAN TANGGUNG JAWAB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan