Alhamdulillah. Aku diberi kesempatan untuk menulis.
Pagi itu, semasa sedang sibuk di pejabat seorang murid perempuan
dari tahap 1 menemuiku.
Dari raut wajahnya kelihatan seperti memerlukan bantuan.
Guru: Ada masalah ke?
Murid: Duit saya hilang cikgu.
Guru: Berapa?
Murid: 5 ringgit.
Guru: Banyaknya awak bawa duit ke sekolah.
Murid: Ayah pulangkan duit yang ayah pinjam 3 ringgit,
2 ringgit lagi duit belanja hari ni.
Guru: Ayah awak pinjam duit untuk apa?
Murid: Tuang minyak motor cikgu.
Bukan untuk menceritakan aib orang lain, namun terdapat
segelintir ibubapa yang kurang menyedari bahawa apabila
bergelar guru banyak masalah yang perlu kami diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan