Berhenti daripada memikirkan kelemahan dan keburukan orang lain
dapat menjauhkan diri daripada banyak perkara mazmumah.
Ahad, 21 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH
Ujian Allah pada hari ini adalah penebus dosa lalu kepada
hambanya yang dikasihi. Semuga aku dan semua yang menerima
apa juga ujian tabah dalam mengharunginya.
INSYAALLAH

Sabtu, 20 Oktober 2012
Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang pemimpin di sebuah
sekolah selain daripada mendapat sokongan dan kerjasama yang
amat padu dikalangan orang yang dipimpinnya.
Rabu, 17 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ IZINMU
AKU...
DAPAT BERNAFAS
DENGAN IZINMU,
BERKATA-KATA JUGA
DENGAN IZINMU,
MELANGKAH
DENGAN IZINMU,
SEGALA-GALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU
TIDAK ADA SATUPUN BOLEH DIBANGGAKAN
KERANA SEGALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU,
TANPAMU...
SIAPALAH AKU...
OH TUHANKU

DAPAT BERNAFAS
DENGAN IZINMU,
BERKATA-KATA JUGA
DENGAN IZINMU,
MELANGKAH
DENGAN IZINMU,
SEGALA-GALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU
TIDAK ADA SATUPUN BOLEH DIBANGGAKAN
KERANA SEGALANYA ADALAH
DENGAN IZINMU,
TANPAMU...
SIAPALAH AKU...
OH TUHANKU
Selasa, 16 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH
MENGAPA TIDAK JADIKAN KERJA KITA SEBAGAI SATU
AMANAH BERAT YANG PERLU DIPIKUL SERTA DILAKSANAKAN
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAP LILLAHITAALA
BUKAN....
KERJA YANG DILAKUKAN KERANA TERPAKSA ATAU UNTUK
MENUNJUK-NUNJUK.
GAMBAR HIASAN

Isnin, 15 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH
SELALULAH FIKIRKAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI,
SUPAYA KITA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK
MEMIKIRKAN KELEMAHAN ORANG LAIN.
PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN YANG SUDI MEMAHAMI

Khamis, 11 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PESANAN
Sebagai salah seorang panel penilai Hari Kualiti Pendidikan
Khas 2012, aku diberi peluang memantau kali ke 2 sebuah program
pendidikan khas integrasi menengah.
Program ini telah terpilih untuk 4 kategori yang dipertandingkan.
Persediaan yang dibuat memang hebat. Pada padanganku,
Guru dan PPM telah cuba membuat yang terbaik.
Semua kategori layak untuk aku berikan cemerlang. Dua
perkara yang aku pesankan sebelum aku meninggalkan
program,
1. RPI
Hendaklah dibuat dengan lebih teliti dan lengkap
kerana ia adalah tempat rujukan guru untuk mencapai
objektif pembelajaran.
RPI yang tidak lengkap tidak dapat membantu guru menjalankan
P&P dengan baik dan berkesan.
RPI adalah satu perjanjian bertulis antara guru dan ibubapa
tentang objektif yang perlu dicapai oleh murid .
2.P&P
Dalam mengejar anugerah untuk program guru jangan lupa
tentang tanggungjawap P&P murid.
Segalanya akan dipersoalkan oleh ALLAH kelak. Sejauhmana
kita bersungguh-sungguh membantu mereka dalam menguasai
3 M disamping mata pelajaran lain yang telah ditetapkan.
Tekankan kepada mereka tentang kewajipan solat dan lain-lain
perkara fardu ain yang patut mereka ketahui.
TAHNIAH... SEMUGA BERJAYA

Selasa, 9 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH
Adakalanya kita menuding jari kepada
orang lain bagi menutup kesalahan yang kita sendiri lakukan.
MUGA KITA TERPELIHARA DARIPADA SIKAP BEGINI.
TIDAK SALAH MENGAKUI KESALAHAN,
TIDAK RUGI MENGAKUI KELEMAHAN,
TIDAK ADA KURANGNYA JIKA MENYEDARI KEKURANGAN.
SEGALANYA DEMI SEBUAH KEBAIKAN.

Jumaat, 5 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/
Dua minggu lepas aku bertemu dengan seorang ibu yang
mempunyai anak istimewa yang terencat akal teruk. Anak
lelakinya berusia 4 tahun. Tidak boleh duduk dan hanya
berbaring.
Apabila aku melihat tempat duduk anak itu tergambar padaku
bahawa ianya tidak dapat membantu anak itu duduk seleasa.
Dia merengek, mungkin kesakitan. Sepatutnya anak itu disediakan
sebuah kerusi roda khas.
Aku mencadangkan ibu itu memohon kerusi roda khas di
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malangnya maklumat yang
aku dapati bahawa anak itu tidak mempunyai kad OKU.
Dia tidak berkesempatan untuk mendapatkan pengesahan
doktor bagi membolehkan anaknya mendapat kad OKU.
Sedih hatiku . Mustahil dia tidak sedar akan pentingnya
kad OKU kepada anak seperti itu.
Aku mula memberi nasihat, kulihat ibu itu seperti marah.
Melihat keadaan itu, aku mula terfikir . Bukan semua orang suka
menerima pandangan yang kuberikan. Aku akhirnya berhenti
berkata-kata dan mula menukarn tajuk perbualan.
Melihatkan latarbelakang pendidikan ibu itu aku tidak menjangkakan
bahawa dia sanggup membiarkan anaknya terus begitu tanpa bantuan
yang sepatutnya. Bagiku, anak itu boleh dipulihkan walaupun tidak
sepenuhnya. Jika ada kesungguhan ibunya sudah pasti anak itu akan
menjadi lebih baik lagi.
APA YANG KITA FIKIR TIDAK SAMA DENGAN ORANG LAIN...
Ahad, 30 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF
KALI ini ingin aku menulis sebuah kisah lucu tentang
murid sama yang tidak mahu masuk kelas waktu mata pelajaran
Matematik. Dia juga aku inklusifkan semasa mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Sebenarnya seluruh sekolah amat menyayangi murid yang
bermasalah autisme ini. Ini adalah kerana kerenahnya amat
mencuit hati.
Sebagai persediaan untuk menduduki UPSR pada tahun berikutnya,
maka ianya telah aku inklusifkan di tahun 5 . Guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu adalah guru veteran yang boleh
juga aku kategorikan sebagai seorang guru yang pakar dalam
mata pelajaran tersebut.
Pada suatu hari semasa makan, guru tersebut bercerita tentang
murid berkenaan. Sebagai orang yang tidak suka dimarahi dan
tidak suka dengar orang marah-marah dia telan menulis satu nota
di dalam buku latihannya yang ditujukan kepada guru tersebut.
" Mengapa cikgu suka marah saya?" Dengan mengambil langkah
yang sama guru tersebut telah menjawap soalan tersebut juga di dalam
buku yang sama."Cikgu marah sebab awak tidak siapkan kerja
rumah" .
Setelah tahu jawapan sebenar, dan sedar akan kesilapan sendiri
murid itu tidak lagi bertanya soalan yang sama.
DIA AKAN FAHAM JIKA MENADAPAT PENJELASAN YANG BETUL

Ingin aku menyambung cerita tentang masalah murid inklusif
yang tidak masuk ke kelas gara-gara kelalaianku tidak
membuat pemantauan berterusan setiap kali murid tersebut
menghadiri kelas inklusif.
Aku bertindak bertanya kepada guru yang berkaitan di aliran perdana.
Tiada jawapan pasti yang aku terima kerana menurut cikgu tersebut
muridku tidak menimbulkan apa-apa masalah di dalam kelas.
Dia juga tidak pernah dimarahi.
Untuk berlaku adil aku menyoal murid yang terlibat. Baru aku
tahu bahawa dia tidak suka masuk kelas inklusif sebab menurutnya
cikgu itu terlalu garang . Setelah mendengar jawapan ikhlas daripadanya
aku berbincang dengan guru kelas tersebut bagaimana masalah
tersebut boleh diatasi.
Sukar juga apabila menghadapi masalah ini. Muridku rupanya
terasa apabila rakan-rakan lain dimarahi walaupun bukan dia
yang terlibat.
Setelah berbincang dengan mengambil kira kepentingan menegur
murid lain di kelas yang sama, maka aku mencadangkan agar apabila
hendak memarahi murid lain cikgu tersebut jangan langsung memandang
muridku. Kalau didengar kaedah ini memang menyukarkan guru
tersebut. Namun itu sahaja jalan yang ada bagi mengatasi masalah itu.
Alhamdulillah, rupanya kaedah itu berjaya. Apabila marah
guru tersebut tidak langsung memandang muridku itu. Semenjak
itu dia tidak lagi ponteng kelas .
MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG JUGA MUDAH TERASA.

Jumaat, 28 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF
Pemantauan daripada guru-guru pendidikan khas terhadap perjalanan program
inklusif amat penting bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jaya.
Kali ini aku ingin menulis sebuah kisah yang aku lalui akibat daripada tidak
membuat pemantauan berterusan terhadap murid yang mengikuti program
inklusif.
Oleh kerana sebelumnya tidak ada masalah yang timbul maka aku tidak terfikir
bahawa ianya boleh berlaku.Dengan penuh kepercayaan , aku telah melepaskan
begitu sahaja seorang murid lelaki bermasalah autisme pergi dan balik ke kelas
inklusif (separa) tanpa pemantaun yang sepatutnya.
Entah mengapa, pada suatu hari hati ini tergerak untuk bertanya kepada guru
yang terlibat di aliran perdana tentang perkembangan murid tersebut. Alangkah
terperanjatnya aku apabila dimaklumkan bahawa telah hampir seminggu
murid tersebut tidak memasuki kelas inklusif (mata pelajaran matematik)
yang sepatutnya dia hadiri.
Dalam fikiranku,timbul persolana ke mana dia pergi sepanjang seminggu
pada masa mata pelajaran tersebut. Ini adalah kerana murid tersebut
pergi dan balik tepat pada waktunya. Dia memang tidak perlu diingatkan
tentang jadual inklusfinya kerana semuanya telah diingati.
Tindakan yang aku ambil ialah bertanya sendiri kepada murid tersebut.
Jawapan yang aku terima amat memeranjatkan kerana menurutnya dia
tidak mahu masuk kelas inklusif sebab cikgu matematik garang sangat.
Oleh sebab itu dia bersembunyi di dalam tandas setiap kali waktu inklusif.
Nyata disini ianya adalah berpunca daripada kelemahanku sendiri.
Tidak memantau perjalanan program ini dan memberi kepercayaan
penuh hanya kepada murid dan guru di program inklusif.

Isnin, 24 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH
BETAPA BANYAK PELUANG TELAH KAU BERIKAN,
BETAPA BANYAK RUANG TELAH KAU ISIKAN,
BETAPA BANYAK PERMINTAAN TELAH KAU KABULKAN,
BETAPA BANYAK MASA TELAH KAU LUANGKAN,
BETAPA BANYAK NIKMAT TELAH KAU HULURKAN,
PADAKU...HAMBAMU
PUN BEGITU AKU MASIH LAGI LUPA,
PUN BEGITU AKU MASIH LAGI ALPA,
TENTANG...
HARI PERTEMUAN
YANG ENTAH BILA....
YANG ENTAH DI MANA...
YANG ENTAH BAGAIMANA...
MUGA DAPAT PETUNJUKMU HINGGA AKHIR HAYAT INI INSYAALLAH

Langgan:
Catatan (Atom)