Sebagai salah seorang panel penilai Hari Kualiti Pendidikan
Khas 2012, aku diberi peluang memantau kali ke 2 sebuah program
pendidikan khas integrasi menengah.
Program ini telah terpilih untuk 4 kategori yang dipertandingkan.
Persediaan yang dibuat memang hebat. Pada padanganku,
Guru dan PPM telah cuba membuat yang terbaik.
Semua kategori layak untuk aku berikan cemerlang. Dua
perkara yang aku pesankan sebelum aku meninggalkan
program,
1. RPI
Hendaklah dibuat dengan lebih teliti dan lengkap
kerana ia adalah tempat rujukan guru untuk mencapai
objektif pembelajaran.
RPI yang tidak lengkap tidak dapat membantu guru menjalankan
P&P dengan baik dan berkesan.
RPI adalah satu perjanjian bertulis antara guru dan ibubapa
tentang objektif yang perlu dicapai oleh murid .
2.P&P
Dalam mengejar anugerah untuk program guru jangan lupa
tentang tanggungjawap P&P murid.
Segalanya akan dipersoalkan oleh ALLAH kelak. Sejauhmana
kita bersungguh-sungguh membantu mereka dalam menguasai
3 M disamping mata pelajaran lain yang telah ditetapkan.
Tekankan kepada mereka tentang kewajipan solat dan lain-lain
perkara fardu ain yang patut mereka ketahui.
TAHNIAH... SEMUGA BERJAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan