Ahad, 30 September 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF

KALI ini ingin aku menulis sebuah kisah lucu tentang
murid  sama yang tidak mahu masuk kelas waktu mata pelajaran
Matematik. Dia juga  aku inklusifkan  semasa mata pelajaran
Bahasa Melayu.

Sebenarnya  seluruh  sekolah amat menyayangi murid  yang
bermasalah autisme ini.  Ini adalah kerana kerenahnya amat
mencuit hati.

Sebagai persediaan untuk menduduki UPSR pada tahun berikutnya,
maka ianya telah aku inklusifkan di tahun 5 .  Guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu adalah  guru veteran yang boleh
juga aku kategorikan sebagai seorang guru yang pakar dalam
mata pelajaran tersebut.

Pada suatu hari  semasa makan,  guru tersebut bercerita tentang
murid berkenaan. Sebagai orang yang tidak suka dimarahi dan
tidak suka dengar orang marah-marah dia telan menulis satu nota
di dalam buku latihannya yang ditujukan kepada guru tersebut.

" Mengapa cikgu suka marah saya?"  Dengan mengambil langkah
yang sama guru tersebut telah menjawap soalan tersebut juga di dalam
buku  yang sama."Cikgu marah  sebab awak  tidak siapkan kerja
rumah" .

Setelah tahu jawapan sebenar, dan sedar akan kesilapan sendiri
murid itu tidak lagi bertanya soalan yang sama.

DIA AKAN FAHAM JIKA MENADAPAT PENJELASAN YANG BETUL 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan