Jumaat, 5 Oktober 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/
Dua minggu lepas aku bertemu dengan seorang ibu yang
mempunyai anak istimewa yang terencat akal teruk. Anak
lelakinya berusia 4 tahun. Tidak boleh duduk dan hanya
berbaring.
Apabila aku melihat tempat duduk anak itu tergambar padaku
bahawa ianya tidak dapat membantu anak itu duduk seleasa.
Dia merengek, mungkin kesakitan. Sepatutnya anak itu disediakan
sebuah kerusi roda khas.
Aku mencadangkan ibu itu memohon kerusi roda khas di
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malangnya maklumat yang
aku dapati bahawa anak itu tidak mempunyai kad OKU.
Dia tidak berkesempatan untuk mendapatkan pengesahan
doktor bagi membolehkan anaknya mendapat kad OKU.
Sedih hatiku . Mustahil dia tidak sedar akan pentingnya
kad OKU kepada anak seperti itu.
Aku mula memberi nasihat, kulihat ibu itu seperti marah.
Melihat keadaan itu, aku mula terfikir . Bukan semua orang suka
menerima pandangan yang kuberikan. Aku akhirnya berhenti
berkata-kata dan mula menukarn tajuk perbualan.
Melihatkan latarbelakang pendidikan ibu itu aku tidak menjangkakan
bahawa dia sanggup membiarkan anaknya terus begitu tanpa bantuan
yang sepatutnya. Bagiku, anak itu boleh dipulihkan walaupun tidak
sepenuhnya. Jika ada kesungguhan ibunya sudah pasti anak itu akan
menjadi lebih baik lagi.
APA YANG KITA FIKIR TIDAK SAMA DENGAN ORANG LAIN...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan