Jumaat, 28 September 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF

Pemantauan daripada guru-guru pendidikan khas terhadap perjalanan program
inklusif amat penting bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jaya.

Kali ini aku  ingin menulis sebuah kisah  yang aku lalui akibat  daripada tidak
membuat pemantauan berterusan terhadap murid yang mengikuti program
inklusif.

Oleh kerana sebelumnya tidak ada masalah yang timbul maka aku tidak  terfikir
bahawa  ianya boleh berlaku.Dengan penuh kepercayaan , aku telah melepaskan
begitu sahaja seorang murid lelaki bermasalah autisme pergi  dan  balik ke kelas
inklusif (separa) tanpa pemantaun  yang sepatutnya.

Entah mengapa,  pada suatu hari hati ini tergerak untuk bertanya kepada guru
yang terlibat di aliran perdana tentang perkembangan murid tersebut. Alangkah
terperanjatnya aku apabila dimaklumkan bahawa telah hampir seminggu
murid tersebut tidak memasuki kelas inklusif (mata pelajaran matematik)
yang sepatutnya dia hadiri.

Dalam fikiranku,timbul persolana ke mana dia pergi sepanjang seminggu 
pada masa mata pelajaran tersebut. Ini adalah kerana murid tersebut
pergi  dan balik tepat pada waktunya.  Dia memang tidak perlu diingatkan
tentang jadual inklusfinya kerana semuanya  telah diingati.

Tindakan yang aku ambil ialah bertanya  sendiri kepada murid tersebut.
Jawapan yang aku  terima amat memeranjatkan kerana menurutnya dia
tidak mahu masuk kelas inklusif sebab cikgu matematik garang sangat.
Oleh sebab itu dia bersembunyi di dalam  tandas setiap kali waktu inklusif.

Nyata disini ianya adalah berpunca daripada kelemahanku  sendiri.
Tidak memantau  perjalanan program ini dan memberi kepercayaan
penuh hanya kepada murid dan guru di program inklusif.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan