Selasa, 9 Julai 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ADAKALANYA

Adakalanya   manusia  begitu  bangga  dengan  pangkat  dan  kuasa
yang dimiliki. Hingga  sanggup   mengeluarkan  kata-kata tanpa
mengira  perasaan  orang lain. Itulah yang menimpa diriku.

Pun begitu, sebagai  hambaNYA yang lemah Aku terima  dengan redha.
Mesti ada hikmah disebalik kisah itu.  Pun begitu,  jauh disudut hati,
 luka  itu  higga kini  masih  terasa pedihnya.

Siapalah  aku   hendak  melawan  takdir tuhan.  Siapalah aku
hendak  menolak apa yang  telah ditentukann .  Aku tidak meminta
semua itu berlaku.  Sebenarnya jika ada orang yang boleh menyelami
perasaan ini sudah pasti akan dapat diketahui apa yang aku rasai.
Berat  mata memandang, berat lagi bahu ini yang memikul.

Peringatan  untuk  diriku  sendiri  dan  rakan-rakan yang
sudi   memahami.

Yang membezakan manusia dari pandangan Allah  bukan
harta dan pangkat,  tetapi  amal soleh yang dimiliki.

Selamat  menyambut  Ramadhan  Al  Mubarak


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan