Isnin, 21 September 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Hidup akan menjadi lebih mudah apabila  kita boleh menerima
sesuatu  dengan cara mudah dan menganggap sebagai  ujianNYA
bagi  meningkatkan  keimanan.


                            KEMARAHAN


"Apa hak puan nak menghadkan  jumlah murid di dalam
 setiap kelas?"

"Mengapa puan tidak membuat permohonan  bangunan baru
 bagi  menampung pertambahan  murid?"

"Takkanlah cucu saya seorang pun tidak boleh diterima?"

"Sekolah yang puan cadangkan itu susah nak pergi, bas
sekolah tidak lalu".

"Kawan-kawan  cucu saya  ramai di sini"

"Saya pun senang nak uruskan dia kalau bersekolah di sini.
Mak dia akan bekerja nanti."

Semua soalan yang diajukan telah kujawab dengan cara
yang paling berhemah beserta alasan kukuh.

Cuba memberi pandangan bagi setiap masalah yang sengaja
ditimbulkan. Pun begitu, dia terus merayu.

Keputusan muktamad.  Bilangan murid di setiap kelas
sudah penuh. Rayuan untuk cucunya  tidak aku terima.

Akhirnya........

"Saya  juga bekas penjawat awam. Sudah berurusan dengan ramai
pegawai  kerajaan, Tetapi saya tak pernah jumpa orang macam puan,
Tak boleh dibuat berbincang langsung".

Kata-kata dilontarkan kepadaku  dengan nada angkuh dan menghina.


Dia bangun dan meninggalkan pejabat dengan rasa marah 
yang tergambar jelas di wajah. Hatinya terbakar.

Aku bersalaman dengan isteri dan anak perempuannya. 
Memohon maaf.  

Hakikatnya hatiku juga  terbakar. Keegoaanku sebagai seorang
guru besar benar-benar  tercabar ketika itu.

Pun begitu, alhamdulillah. Allah mengasihiku. Aku dipelihara
daripada  terbakar sama. 

 Sabar memang pahit. Namun buahnya manis. 

Hingga kini masih terkenang.

Benarlah. Setiap perkara yang  berlaku, menjadi sepertimana
yang kita terima .

Sabar dan senyum. Akhirnya di permudahkan.

Alhamdulillah.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan