Rabu, 20 November 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SATUKAN DOA

Terlalu  sukar bagiku memilih  ayat yang sesuai bagi
menulis kisah  ini.  Pun begitu yang dapat di katakan ialah
selagi ia tidak  tertulis terasa ada sesuatu yang belum
aku selesaikan .

Jadi.... kutuliskan ceritanya...
 
Seorang bapa datang berdiri disebelahku selepas aku menyampaikan
slip keputusan UPSR kepada murid-murid yang mendapat keputusan
5A dan 4A  pada hari itu.

Dia meminta kebenaran untuk berbual  sebentar. Daripada berdiri
aku mempelawanya duduk.

Rasanya  tidak perlu aku tuliskan pandangan baik  yang diberikan
sepanjang aku bergelar guru besar di sekolah hebat itu. 

Pun begitu aku amat terharu dengan satu kenyataan ikhlas darinya.

"Saya rasa terkilan kerana semasa ingin memohon  doa puan minta
semua ibubapa dan anak-anak ini datang agar doa dapat disatukan.
Agar permintaan Allah  kabulkan. Dengan doa semua hasilnya walaupun
tidak cemerlang dapat kita perolehi hari ini.

Saya mengambil cuti sebagai memenuhi  jemputan  puan

Tetapi.... apabila keputusan diumumkan puan hanya meraikan yang
berjaya. Yang kurang berjaya dibiarkan begitu sahaja.
Puan tidak beri peluang kepada mereka  untuk
bersalam buat kali terakhir sebelum mereka ke sekolah menengah.

Tidakkah puan dapat  rasakan kehampaan dihati mereka dan ibubapa yang
hadir pada hari ini?"

Tiada jawapan dapat aku berikan selain memohon maaf.
Terasa satu kesilapan besar telah kulakukan.
Diluar sedar   airmata mengalir.

Pun begitu sudah telewat. Mereka yang kurang berjaya gagal
untuk  aku raikan. Mereka  telah mula beredar   setelah mengambil
keputusan peperiksaan  daripada guru kelas masing-masing.

Segalanya masih segar dalam ingatan. Apa yang  kuharapkan
ialah semoga kesilapan tidak berlaku lagi pada tahun hadapan.


Aku bersyukur kerana Allah menghantar seseorang untuk menegur
akan kesilapan yang telah kulakukan.

Terimakasih.... semoga kita menjadi insan yang saling ingat
mengingatkan.  Insyaallah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan