"Saya rasa nak buang air kecil lah" kata seorang daripada
pelawat yang datang ke PPKI hari itu kepada rakannya.
Aku yang berada tidak jauh dari situ memandang kearahnya.
Belum sempat untuk ku tunjukkan arah tandas, rakannya telah
menunjukkan kepadanya tandas yang ada di dalam PPKI.
"Tak mahu lah , itu tandas budak cacat". Jawabnya selamba.
Hatiku tersentuh mendengar kata-kata itu. sengaja aku mendiamkan diri.
Seolah-olah tidak mendengar apa-apa.
"Tak apalah guna aje" kawannya memujuk.
"Tak mahu " dia Berkeras dan berjalan keluar dari PPKI.
Aku yang berada tidak jauh dari situ hanya mampu menyoal dalam hati.
Maaf jika aku bersangka buruk .
Tingkahlaku pelawat itu sebenarnya membawa erti yang tersendiri dlm penilaian ku.
"Sampai bila ahli masyarakat hendak memandang rendah kepada anak-anak istimewa ini"
Di luar sedar sebenarnya kita lebih cacat lagi sebab Allah beri otak sempurna tapi tak tahu berfikir bahawa jenis apapun tandas ia tetap tidak boleh mengubah penggunanya dari sempurna menjadi istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan