masih jelas terbayang diruang mata. Setiap hujah
yang dilemparkan oleh ibu itu masih jelas ditelinga.
Renungan matanya yang merendahkan orang
lain, masih terbayang dan sukar dilupakan.
Betapa ibu itu sedang diuji. Ujian tidak suka mengaku
kelemahan diri sendiri. Ujian kerana suka menyalahkan
orang lain. Ujian tidak mahu berdepan dengan realiti yang
anaknya sedang menghadapi masalah rumit sekali
dan perlukan bantuan daripadanya.
Pada masa yang sama kesabaranku turut teruji.
Pun begitu aku mengucapkan subhanallah di dalam
hati. Minta Allah memberkati hasil perbincangan pada
hari itu.
Sesekali suaraku turut meninggi. Tujuan menjelaskan
perkara sebenar. Pun begitu, bukan satu perkara mudah
untuk mematahkan segala hujahnya. Dia bukan sembarangan
orang yang mudah untuk beralah dan menerima pandangan
orang lain apabila berhujah.
orang yang mudah untuk beralah dan menerima pandangan
orang lain apabila berhujah.
Apabila dapat berfkir dengan lebih baik suaraku mula
mendatar kembali. Dapat aku bayangkan kekusutan
tidak akan terlerai, masalah tidak akan selesai jika aku
mengikutkan nafsu amarahku pada ketika itu.
Hasil perbincangan akhirnya dicapai. Setelah hampir sejam
bersma ibu itu aku memohon mengundur diri kerana
ada urusan lain.
Sepanjang perjalanan balik, aku turut rasa bersyukur kerana
ujian merasa rendah diri dan tidak yakin apabila dipindah ke sekolah
baru mungkin lebih baik berbanding ibu itu yang diuji mempunyai
baru mungkin lebih baik berbanding ibu itu yang diuji mempunyai
sifat ego dengan keupayaan diri sendiri sehingga tidak menerima
pandangan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan