Ahad, 22 September 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ELAUN MURID KHAS



Sentiasa dibantu  adakalanya  menjadikannya manusia malas
untuk  berusaha.  Meskipun bukan semua antara kita bersikap
demikian, namun jika diteliti perkara ini banyak berlaku sekarang.

ELaun murid khas (EMK) Ini adalah salah satu daripada 
bantuan yang diberikan kepada anak-anak istimewa.
Malangnya ia telah disalahguna oleh kalangan ibu bapa
yang kurang rasa tanggungjawab.

Tanpa segan silu ada antara mereka yang mengeluarkan
semua  bantuan ini sehingga berbaki hanya Rm 10.  Apabila
ada keperluan untuk aktiviti , elaun ini telah habis ibu apa gunakan.
Sehingga  yuran pun tidak selesai dilunaskan.

Aku dan rakan lain sering menghadapi masalah apabila 
cuba mempertahankan  EMK anak-anak ini.

" Saya bukan tidak mahu bekerja puan, tapi saya tidak sihat"
Jawapan  ku terima daripada bapa yang berusia lewat
30an itu. Dia ingin mengeluarkan semua EMK anaknya 
untuk keperluan keluarga.

 "Tubuh yang sasa dikatakan tidak sihat". Aku merungut dalam hati.

"Elaun ini bukan untuk baiki motorsikal  atau beli baju raya anak-anak
 yang lain.  Itu semua adalah tabggungjawab encik sebagai ketua keluarga, 
 aku bersuara lagi.

"Saya tahu, tapi tak boleh buat apa puan,  saya memang betul-betul 
takde duit, itu sebab nak keluarkan duit EMK"

Perasaan sabar ku tercabar juga apabila berbalah dengan beliau.
Setiap cadangan mengatasi masalah yang ku berikan pasti ada 
jawapan yang tidak masuk akal. Semuanya sebagai satu alasan 
membela diri dan menutup kemalasan sendiri. 

Akhirnya aku mengalah kerana aku  tahu bahawa aku tidak berhak 
menahan  EMK daripada digunakan oleh ibu bapa. Meskipun niat ku
baik,  namun aku bimbang mengundang masalah lain, kerana bapa
Itu dikatakan pernah menyerang pengetua di sebuah  sekolah menengah
atas sebab sama.

Ternyata dia memilih jalan mudah untuk dapat wang, 
Hidup  hanya goyang kaki.  Tulang empat kerat langsung tidak mahu 
digunakan untuk mencari rezeki.

Aku amat terkilan, apabila sebelum meninggalkan pejabat bapa itu
berkata bahawa selama ini dia mendapatkan bantuan kewangan daripada 
seorang datuk setiap kali menghadapi masalah kewangan. 

Kasihan bapa itu. Kerana sentiasa bergantung kepada bantuan orang 
lain, dia terlupa akan tempat yang sepatutnya dia meminta iaitu
ALLAH yang maha kaya lagi pemurah.....yang tidak pernah berkira 
dalam membantu hambanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan