Pagi tadi ceramah di radio IKIM menyentuh hatiku. Tentang seorang tukang kayu yang bertemu tuannya kerana ingin berhenti dari bekerja. Permintaan dari tuannya ialah dirikan sebuah lagi rumah sebagai bakti terakhir tukang kayu itu kepadanya.
Sebagai orang yang sudah tidak berminat untuk bekerja lagi, tukang kayu telah mendirikan rumah tersebut secara alah kadar dan bagai melepaskan batuk ditangga. Hakikatnya tukang kayu sendiri tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya itu. Tetapi sebagai memenuhi hasrat seorang yang telah banyak membantu, dia memaksa diri untuk melakukannya.
Setelah selesai tugas yang diberikan, tukang kayu pergi berjumpa tuannya untuk menyerahkan kunci rumah. Tukang kayu terkejut kerana sebenarnya rumah tersebut adalah sebuah hadiah dari seorang tuan kepada pekerja yang telah banyak menabur jasa.
Betapa menyesalnya tukang kayu itu, kerana tidak mendirikan rumah yang akan menjadi miliknya dengan bersungguh-sungguh seperti mana biasa .
Pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini ialah, sebagai manusia yang telah diamanahkan menjalankan tugas, cubalah buat yang terbaik . Ini adalah kerana, sesuatu tugas yang dilaksanakan dengan baik hasilnya akan datang kepada diri kita sendiri, jika tidak didunia akan kita dapat diakhirat nanti.
Oleh itu, sebagai apapun kita, apapun jawatan yang kita ada, apabila telah diamanahkan dengan sesuatu tugas hendaklah kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menjalankannya. Keikhlasan adalah satu perkara yang perlu ada dalam apa juga tindakan.
Ia adalah umpama seekor semut hitam, diatas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Tiada siapa yang dapat melihatnya kecuali Allah . Tak perlu nak ditegur dan diingatkan selalu kerana ianya perlu lahir dari kesedaran sendiri.
Jika sikap ini ada dalam diri kita semua, insyaallah segala apa yang kita laksanakan akan terhasil dengan baiknya. Dan sebagai ahli di dalam sesebuah organisasi, kita akan berjaya menjadikan organisasi itu sebagai sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti hanya disebabkan satu perkara iaitu keikhlasan hati.
Selasa, 21 Jun 2011
BICARA 11:GURU PENDIDIKAN KHAS
Untuk menjadi guru pendidikan khas yang baik, hendaklah kita sentiasa meletakkan program pendidikan khas tempat kita bertugas sebagai rumah kedua kita. Kerana apabila kita merasakan ia adalah rumah kedua kita , sudah pasti kita tidak akan meninggalkannya begitu saja tanpa dibersihkan dan dihias. Hanya orang yang tidak ada rasa cinta sahaja yang sanggup melihat rumah yang mereka diami berada dalam keadan berselerak,tidak dibersihkan dan tidak terjaga.
AKU HANYA MENULIS SEBAGAI TANDA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI...

Ahad, 19 Jun 2011
Hidup
Hidup adalah sebuah pelayaran,
Dilambung badai dugaan,
Dilanda ribut kedukaan,
Sesekali tenang melabuh tirai,
Hidup adalah sebuah pelayaran,
Yang amat menuntut ketabahan,
Yang amat menuntut kecekalan,
Demi menuju sebuah pelabuhan,
Yang pasti menjanjikan sebuah kegembiraan.

Jumaat, 17 Jun 2011
BICARA 10: GURU PENDIDIKAN KHAS
JIKA DIBERI RUANG
Jika diberi ruang ,
Ingin kubisikkan pada semua ,
Betapa beruntungnya kita,
Bergelar guru pada anak-anak istimewa,
Inginku bisikkan juga,
Kita semua perlu bangga,
Kerana sentiasa bersama ahli-ahli syurga.
Jika diberi ruang,
Inginku paparkan didada langit,
Cerita perjalananku,
Berguru dengan anak-anak istimewa ,
Tentang apa itu kesabaran,
Tentang apa itu kesyukuran,
Tentang apa itu nikmat tuhan,
Agar dapat dibaca oleh semua,
Untuk panduan bersama.
Jika diberi ruang,
Inginku celahi,
Ruang-ruang kosong setiap minda,
Orang yang terlibat dengan anak istimewa,
Dan kukhabarkan kepada mereka,
Betapa mulianya tugas yang telah diterima,
Sebagai guru kepada anak-anak istimewa.
Jika diberi ruang,
Ingin rasanya,
Kubacakan sebuah puisi harapan,
Dari ibubapa anak-anak istimewa,
Tentang betapa mereka,
Menunggu kita,
Memerlukan kita,
Membuat sesuatu perubahan kepada anak-anak mereka,.
Jika diberi ruang,
Inginku ceritakan pada dunia,
Tentang betapa besarnya amanah,
Yang diberi kepada kita,
Yang aku sendiri sesekali takut,
Jika tak dapat untuk memenuhinya.
BICARA 7: GURU PENDIDIKAN KHAS
Tidak akan ada sebuah Program Pendidikan Khas yang boleh dimajukan oleh seorang GPK atau penyelaras Pendidikan Khas jika tiada bantuan dari guru-guru dan PPMnya. Dan agak sukar sebuah Program Pendidikan Khas boleh dimajukan jika tiada GPK atau penyelaras menjadi pemimpinnya. Dari itu, kerjasama semua adalah amat penting didalam membangunkan Program Pendidikan Khas walau dimana sahaja. Sepakat membawa berkat, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Berat sama diipikul, ringan sama dijinjing..... Be the best ,beat the rest.
Khamis, 16 Jun 2011
BICARA 8: GURU PENDIDIKAN KHAS
Semakin lama anda bertugas di Prog Pendidikan Khas, makin banyak perkara baru yang anda pelajari. Semakin ramai murid pendidikan khas yang anda temui, semakin mudah anda membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi. Semakin banyak cabaran yang anda lalui, semakin matang anda dalam mengendali. Teruskanlah usaha mencari, kerana pengajaran paling baik ialah pengalaman justeru pengalaman tidak pernah menipu orang yang melaluinya.
Rabu, 15 Jun 2011
Kematian
Bila sebut tentang kematian, pasti semua orang yang berfikiran sempurna akan memikirkan apakah nasib kita selepas kematian. Tiada siapa yang tahu akan kesudahan baik atau buruk di penghujung sebuah kehidupan. Yang pasti kematian pasti datang menjemput kita, tidak kira siapa dan dimana kita berada.
Anak-anak istimewa juga akan menempuh saat ini. Tidak boleh lari. Kerana yang hidup pasti akan mati. Menoleh kebelakang, dalam ingatan sebagai guru pendidikan khas, aku mengalami 3 peristiwa kehilangan murid istimewa yang meruntun perasaan.
Hati kecil ini sering teringat. Diruang mata sering terpandang, dua daripada mereka ini pergi dengan tenang. Apakah aku atau sesiapa saja yang terlibat dengan anak-anak ini akan mengalami nasib yang sama. Hanya Allah yang tahu jawapannya.
Apabila sesuatu kisah tidak dicatit, sudah pasti tarikh yang tepat tak dapat nak dituliskan. Apapun ianya berlaku sekitar 90an dan awal 2000.
Kisah 1. Dia ini pernah belajar di programku. Melanjutkan pelajaran ke sebuah program integrasi menengah. Seorang murid lelaki bermasalah down syndrome. Anak yatim. Kehilangan ayah sejak kecil. Menumpang hidup dengan ibu tercinta. Hayatnya berakhir disebabkan lukimia. Apa yang menghibakan ialah, berita kematiannya kuterima sehari selepas pengkebumian.
Aku pergi menziarahi ibunya sebagai tanda ucapan takziah walaupun telah lewat sehari. Cerita ibunya amat menyayat hati. Anak ini dikesan lukimia apabila doktor mengambil darah untuk ujian bagi memastikan dia sihat kerana ibunya ingin dia dikhatankan. Dipendekkan cerita, menurut ibunya sejak itu anak ini keluar dan masuk hospital kerana penyakit yang baru dapat dikesan itu.
Bagi ibunya, dia amat terkilan kerana sebelum meninggal dunia anaknya itu telah berkali-kali meminta agar dia dibawa berjumpaku dan dua lagi rakan guru di SKUP. Ibunya menangguhkan permintaan anak itu disebabkan tidak ada kenderaan untuk membawanya datang ke sekolahku. Dia menjangkakan bahawa anak itu akan dibawa ke sekolahku pada hari yang sama dengan tarikh pemeriksaan lanjutan doktor di Hospital Melaka.
Allah menentukan segalanya. Pada hari yang dijanjikan itulah, anak ini menghembuskan nafas terakhir diribanya. Bayangkan betapa hibanya hati ibu tunggal ini, kerana tidak dapat memenuhi impian insan istimewa yang dikasihinya sehingga anak ini menutup mata.
Aku turut mengalirkan air mata mendengar cerita itu. Menurut ibunya lagi, anaknya yang semasa hayat seorang yang pelat tetapi sebelum menghembuskan nafas terakhir telah dapat bercakap dengan baik memohon maaf dan minta dihalalkan segala yang telah diberikan oleh ibunya semasa dia hidup.
Aku bagai tidak percaya dengan cerita itu, kerana aku sendiri ingat bahawa murid ini bermasalah pertuturan dan kata-katanya selalunya sukar untuk difahami. Betapa hebatnya Allah. Boleh menjadikan apa juga yang dikehendakinya. Semuga rohnya dirahmati.
Kisah 2. Seorang murid lelaki juga. Bermasalah slow learner dan bermasalah pertuturan. Meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalanraya.
Aku menerima panggilan telefon dari adikku mengatakan murid ini ditimpa kemalangan jalanraya dijalan besar hadapan rumahnya. Aku bergegas kerumahnya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahku. Sampai disana aku dimaklumkan murid ini meninggal dunia semasa dalam perjalanan kehospital. Dia cedera parah dikepala.
Sehingga 11 malam aku menunggu, tetapi jenazahnya tidak tiba dari hospital. Aku pulang ke rumah tanpa menunggu. Pagi esoknya aku lewat sedikit. Jenazah telah dibawa ke kubur. Aku rasa terkilan. Aku bergegas kekubur. Setibanya disana jenazah telah hendak dimasukkan keliang lahad.
Sekali lagi aku terkilan. Nak minta tengok jenazah, aku malu, sebab aku hanya gurunya. Allah mengetahui niatku. Tiba-tiba ada suara menegur kepada orang yang ingin memasukkan jenazah ke liang. Mungkin orang itu mengenaliku " Bukakan sedikit bagi cikgunya tengok anak murid dia buat kali terakhir".
Alhamdulillah...aku diberi peluang. Akulah orang terakhir yang mengucup dahi dan pipi anak ini sebelum dimasukkan ke liang lahad.
Subhanallah, tenangnya dia. Seperti tidur lena, walupun masih ada darah mengalir dikepalanya. Hiba dalam hati mengenangkan, adakah aku akan pergi setenang dia... semuga diperkenankan.
Selepas pengkebumian, aku kerumahnya. Sempat bersembang dengan ibunya. Dia terkilan kerana pada hari raya anak ini ada mengajaknya berhari raya dirumahku, tapi tak dapat dipenuhi. Hari keluarga yang diadakan disekolah pun dia tak ikut serta, walaupun arwah selalu meminta. Apalah daya tak boleh buat apa, semua tinggal kenangan sahaja.
Kisah 3: Seorang murid perempuan. Epilepsi. Sering tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah yang dihadapinya. Ibunya rakan sekolah menengahku. Aku menerima panggilan telefon dari ibunya minta aku mendoakan anaknya yang telah berhari hari di hospital akibat serangan sawan. Aku tak sempat menziarahinya. Hanya doa dan telefon dari jauh. Pagi itu dalam pukul 10 pagi ibunya menelefonku memberitahu anaknya telah tiada.
Innalillah, aku betul-betul terdesak kerana waktu itu guru untuk menggantikanku tidak ada. Aku tidak dapat keluar. Resah.. tuhan saja yang tahu. Pukul 12.40 tengah hari, sebaik kelas tamat, aku bergegas kerumahnya. Rumahnya juga ditepi jalan besar. Parking bukan main susah nak cari, kereta penuh.
Alhamdulillah, setelah berpusing beberapa kali, aku berjaya mendapat parking. Aku berlari-lari anak takut tak dapat jumpa jenazah . Rasa malas pula nak ke kubur. Sebaik aku melangkah ke pintu rumahnya, ibunya dengan pantas menarik tanganku dan membawa aku terus ke jenazah anaknya yang telah disempurnakan untuk dibawa ke perkuburan.
Sekali lagi Allah menyampaikan hajatku, dan aku juga adalah orang terakhir mengucup dahi dan pipi anak ini sebelum dibawa pergi. Wajah yang seperti tidur itu menyayukan hati kecilku. Apakah ini satu kebetulan yang telah disusun Allah.
Aku begitu bersyukur dengan semua peristiwa yang pernah kulalui ini. Nampak macam tak de apa-apa yang menarik,tetapi bagiku kasih sayang yang ada dihatiku telah memberi peluang kepadaku mengucup kedua-dua anak ini buat kali terakhir.
Muga sentuhan terakhir ini dipandang Allah dan dapat membawa aku bersama-sama mereka ke alam yang lebih indah selepas kematian. Perkenankanlah Ya Allah.

Sabtu, 11 Jun 2011
Bicara guru pendidikan khas
Esok 13 JUN 2011 sesi persekolahan akan bermula kembali. Cuti 2 minggu berlalu bagaikan baru 2 hari. Gembira dan rindu nak jumpa kawan-kawan. Tambah rindu pada semua sikecil di PPKI.
Berdasarkan pengalaman biasanya pada hari pertama selepas cuti panjang begini, keadaan kelas akan sedikit kelam kabut. Jika tidak bijak dalam mengatur perjalanan kelas, keadaan akan lebih jadi huru hara.
Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah kerana masalah tingkahlaku murid-murid akan berulang semula. Ini adalah kerana rutin yang mereka lalui sebelum cuti sekolah tidak diteruskan di rumah.
Adalah satu perkara biasa yang kulalui setelah sekian lama bergelar guru pendidikan khas. Memang ini satu masalah besar yang menuntut banyak kesabaran dalam menghadapinya.
Apabila tidak ada kesinambungan dirumah dalam mengurus tingkahlaku anak-anak ini, yang akan jadi mangsa ialah guru-guru. Semua kemahiran pengurusan tingkahlaku yang telah dikuasai oleh anak-anak ini telah dilupakan dan mereka akan kembali ke tingkahlaku yang asal seperti sebelum berlaku modifikasi tingkahlaku.
Apapun, inilah dia cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pendidikan khas. Kalau aku cakap kena makan suppliment lebih sedikit biar badan kuat bila lepas cuti, memang ramai guru pendidikan khas akan tak percaya dan geli hati. Tetapi itulah realiti, bersedia dari segi kekuatan fizikal dan mental apabila berada dalam situasi ini. Tahap kesabaran dan kesungguhan perlu tinggi.
Menegur, memujuk, memarahi dan berlari mengejar, dengan anak-anak ini . Itulah tugas kita guru pendidikan khas, yang orang lain tidak tahu kerana mereka tidak lalui.
Walaubagaimanapun, situasi ini tidaklah berlaku pada murid-murid yang bergelar slowlearner. Jadi, kepada program-program yang tidak ada murid yang bermasalah tingkahlaku, tidak akan mengalami masalah yang sama seperti kami.
Meskipun begitu, mungkin ada program yang ada masalah begini, tapi guru-gurunya mungkin buat-buat tak perasan. Atau malas nak ambil kisah. Siapakah itu? Mungkin jawapannya sendiri yang mengetahui.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh lupa yang maha kuasa sentiasa memantau pergerakan dan sejauh mana kita menjalankan tugas diberikan. Semua persoalan akan kena kita jawap apabila bertemu dengannya nanti.
Aku menegur dan mengingatkan diri sendiri.

SAJAK BUAT SUAMI
Tatkala lenamu disisiku,
Aku sendu dalam syahdu,
Merintis kenangan berbaris,
Hidup disampingmu,
Kekasihku...
Suamiku.....
Cinta antara kita,
Bukan yang dirancang,
Tetapi ketentuan tuhan,
26 tahun telah berlalu,
Menyelak tirai kehidupan,
Menjalin cinta selepas ambang perkahwinan,
Saling merindui,
Bagai tak dapat dipisahkan.
Aku diberi kasih ,
Bagai puteri kayangan,
Aku bertemu cinta,
Bagai Laila dan Majnun,
Segala kenangan yang berlalu,
Amat indah kurasakan,
Tidak mungkin terlupakan,
Walau nyawa akan hilang dari badan,
Kau cintaku...,
Suamiku.......,
Jika ada sebuah anugerah,
Inginku kalungkan kelehermu,
Sebagai tanda terima kasih,
Atas segala perkongsian yang tak pernah berkira,
Antara kita.
Atas segala pengorbanan,
Hingga aku telah berjaya.
Segala kelemahanku,
Segala kekuranganku,
Kau tutup rapi dalam lipatan hatimu,
Kau kunci mati dibibirmu,
Dalam menjaga hatiku.
Alhamdulillah..........
Dalam kelembutanmu,
Membuat aku menyedari,
Kaulah yang terbaik pilihan Allah buatku,
Dari dulu hingga kini.....
Aku sering mendoakan,
Yang terbaik buat dunia dan akhiratmu,
Kerana aku tahu,
Kau adalah suami mithaliku..
Dipenghujung hari ini,
Aku sering memohon kepadamu,
Kemaafan atas segala kesilapan,
Aku sering memohon padamu,
Kemaafan atas segala kekurangan,
Aku sering memohon padamu
Muga dapat kiranya,
Kau menghalalkan,
Apa yang telah kau berikan,
Bukan kerana aku,
Akan meninggalkanmu,
Kerana kau dan kau tidak tahu,
Siapa yang akan dijemput Allah terlebih dahulu,
Inilah tanda cintaku padamu,
Sering memohon keredhaanmu,
Kerana syurgaku adalah dibawah tapak kakimu,

Khamis, 9 Jun 2011
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS
Begitu besar nikmat Allah kerana tidak menguji dengan memberi kita anak-anak bergelar ISTIMEWA. Begitu besar rahmat Allah kerana memilih kita untuk beroleh pekerjaan sebagai guru yang hanya diamanahkan untuk mendidik anak-anak ISTIMEWA ini. Oleh itu gunakanlah nikmat yang ada, dengan sebaik mungkin kerana jika tiada anak-anak yang bergelar ISTIMEWA siapalah kita didunia yang fana ini. ·
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS
Ketahuilah hati MEREKA sama seperti kita, ingin anak-anak berjaya. Mungkin berjaya bukan untuk masuk Universiti , tetapi berjaya untuk jadi individu yang boleh berdikari apabila MEREKA telah tiada di dunia ini lagi. Oleh itu lakukan yang terbaik untuk anak-anak MEREKA sebagaimana kita lakukan untuk anak-anak kita sendiri. Muga usaha kita diberkati... ...
menyelami hati ibubapa anak-anak istimewa

Khamis, 2 Jun 2011
Muhasabah diri 1 Rejab
Makin dekat aku,
Dengan garis penamat kehidupan,
Terasakan aku makin jauh ketinggalan,
Dalam menambah amal,
Dalam menjauh kemungkaran,
Bagi meningkatkan keimanan,
Kerapnya diri ini,
Menyedari segala kekurangan diri,
Kelalaianku untuk segera menutupi,
Telah menggelapkan kamar hati,
Detik demi detik, hari demi hari,
Silih berganti ...
Antara senyum dan tangis meratapi,
Cahaya dan kegelapan hati,
KAU juga yang mengetahui,
Semakin kerap aku diuji,
Semakin resah dihati,
Semakin aku cuba merapatimu,
Semakin lalai kurasakan diri ini,
Aku pasrah...
Aku rehda......
Aku menyedari....
Aku sedang diuji.
Jika saban bari,
Di akhir malam aku syahdu menatapmu,
Namun, mentari siang bagai menjauhkan aku darimu,
Aku cuba berlari dari dikejari ujianmu,
Tapi... aku lesu, tidak mampu...
Pun begitu aku menyedari,
Kau memang menyayangiku,
Tidak pernah melepaskanku,
Walau sedetik dalam usiaku,
Terus merahamatiku,
Walau aku sering kufur kepadamu,
Tetap menghulurkan kasihmu,
Walau aku derhaka padamu.
Kau lebih tahu segala-galanya tentang aku.
Sesekali aku takut pada bayangan sendiri,
Kau yang lebih mengetahui,
Kerapnya aku takut dengan kurangnya amalan,
Mugakau mengampuni,
Ya ALLAH, ya tuhanku,
Jika dapat diterima air mata ini,
Aku tetap akan mensyukuri,
Ya Allah, ya tuhanku,
Muga sedikit resah ini,
Dapat memberati,
Timbang amalku dihadapanmu nanti.
Amin.......
HASIL KARYA INI PERNAH DISIARKAN DI MAJALAH FARDU AIN SIRI 5

Rabu, 1 Jun 2011
JUALAN UNTUK MENAMBAH WANG TABUNG PPK(I)
Hari guru sudah berlalu. Memang dah jadi kebiasaan semua program pendidikan khas melakukan aktiviti jualan berbentuk cenderamata untuk dibeli oleh murid-murid dan dijadikan hadiah sempena hari tersebut. Ini sebagai menambah pendapatan tabung PPKI. Aku dan rakan-rakan lain tidak pernah melepaskan peluang untuk berbuat perkara yang sama.
Ada program yang buat jualan bunga. Ada yang jual kek, kad ucapan, penanda buku dan berbagai lagi. Bagi kami , berbagai benda telah cuba kami jual. Yang penting boleh dijadikan hadiah untuk hari guru. Bagiku aku suka menjual bunga. Bukan apa, modal tidak besar. Apabila bunga tidak habis dijual, boleh disimpan untuk tahun berikutnya. Lebih mudah lagi ialah bunga boleh digubah untuk jadi perhiasan meja makan di dapur atau meja guru di stesen pembelajaran.
Sebenarnya sebelum ini tidak ada bantuan untuk murid-murid pendidikan khas. So...kalau hendak cari duit untuk majukan program, kena pandai-pandai sendiri. Jadi, macam-macam projek perlu dibuat asalkan boleh dapat mendatangkan hasil, .
Pernah sekali program kami buat hari kantin sekolah. Alhamdulillah banyak juga keuntungan yang kami dapat. Ibubapa dari program pendidikan khas ramai yang membantu. Bila terpandang sebuah buaian besi yang ada di program sekarang, teringat itu adalah salah satu dari peralatan yang dibeli hasil keuntungan jualan hari kantin.
Kalau tidak ada usaha, memang semua aktiviti yang memerlukan duit tidak dapat dilaksanan. Hendak mengajar masakan, hendak ceriakan kelas, hendak buat sambutan hari lahir semuanya perlukan duit.
Kalau setakat diperli oleh guru-guru aliran perdana yang tidak suka apa yang kami buat untuk dapatkan duit memang sudah menjadi cerita biasa. Sudah lali telinga. Apapun buat tidak tahu sahaja. Kalau ikut hati yang marah, semua tidak akan menjadi.
Selalunya aku lebih suka berdiam diri apbila orang mengata. Sebab bila beri respond lagi panjang cerita. Matlamat aku satu sahaja. Murid-murid Pendidikan Khas yang tercinta. Soal apa orang lain kata, perkara nombor dua. Yang penting apa yang dirancang untuk satu tahun perlu terlaksana.
Cerita pasal jual bunga teringat aku tentang satu kisah . Tahun yang tepat tidak dapat untuk ku ingat. Tetapi yang nyata, masa itu anak ketigaku masih di sekolah rendah bersamaku. Terdapat sedikit pergolakan di sekolah. Punca sebenar rasanya tidaklah begitu besar , tetapi melibatkan seorang guru besar baru di sekolah aku bertugas.
Difitnah orang mungkin, atau lebih tepat ujian untuk ku dalam membangunkan PPKI. Namaku dilibatkan sama dalam masalah tersebut. Satu perkara besar yang aku pelajari dari peristiwa ini ialah kalau perkara tidak penting dan tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jangan over sangat kita hendak sertai. Jauhkan diri daripada kroni. Lebih baik selesaikan kerja sendiri dari ambil tahu perkara yang tidak ada kaitan dengan pembangunan program.
Akupun tidak dapat membaca apa sebenarnya yang tersirat. Yang penting jualan bungaku telah diboikot. Seorang guru telah berkempen di dalam kelas. Mungkin dia sengaja, supaya sampai ke telingaku. Anakku mengadu padaku ."Cikgu....... kata kalau sesiapa beli bunga dari kelas khas dan beri pada saya, saya akan buang dalam bakul sampah. Jangan ada sesiapapun yang berani beli bunga dan beri pada saya." Itu satu amaran, bisik hatiku.
Apapun,bila menghadapi situasi seperti ini, nasihatku jangan mudah melatah. Fikirkan sesuatu agar masalah dapat diselesaikan. Aku tidak berminat untuk memanjangkan cerita. Walaupun pada masa itu aku berhak bersuara. Ini adalah kerana aktiviti itu telah mendapat restu dari Guru Besar sekolah. Aku hanya mendiamkan diri dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang ada.
Ini adalah satu prinsip yang ada dalam diriku, tidak suka membesarkan masalah yang ada. Mohon pada Allah untuk bantu. Dia lebih tahu segalanya. Apa yang telah, sedang dan akan berlaku semuanya dalam pengetahuannya. Mungkin ada sesuatu hikmah di sebalik perkara yang berlaku itu.
Bunga sudah banyak tersedia. Mati akal juga seketika dibuatnya. Allah sentiasa membantu urusanku. Jika memang kita di pihak yang benar tidak ada apa yang perlu dirunsingkan. Alhamdulillah, ada seorang rakan guru sedang berkursus di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka yang dihantar oleh Allah untuk membantuku. Semua bunga-bunga yang telah disediakan dijual oleh guru tersebut kepada guru-guru pelatih yang sedang berkursus bersamanya.
Sebenarnya dalam menerajui Program Pendidikan Khas telah terlalu ramai insan bergelar guru kutemui. Yang suka dengan pendidikan khas dan yang tidak perasan dengan kewujudan pendidikan khas pun ada. Tetapi jangan tidak tahu bahawa yang tidak suka pada pendidikan khas pun tidak kurang juga.
Tidaklah aku tahu apa puncanya. Ujian Allah untuk orang yang ada hati seperti ini. Kadangkala, aku dan rakan-rakan cuba buat yang terbaik agar semuanya biar berjalan dengan lancar. Yang lebih penting ialah untuk memuaskan hati semua orang didalam sekolah yang sama. Tetapi, sebenarnya pada pandanganku, insan seperti ini adalah golongan yang suka memandang buruk orang lain. Serba tidak kena di matanya apa juga yang guru-guru dan murid pendidikan khas lakukan.Semuga kita tidak tergolong dalam golongan insan yang saya nyatakan ini.
Pernah juga aku terjumpa juga dengan pentadbir yang tidak suka pada murid-murid ini. Sebenarnya, soal menyukai seseorang terutamanya murid-murid istimewa ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat-buat. Keikhlasan akan boleh dibaca apatah lagi oleh anak-anak istimewa ini. Jika seseorang itu tidak ikhlas dalam melayani anak-anak ini, ternyata mereka boleh membacanya.
Pengalamanku pernah sekali seorang murid yang tidak pernah mengganggu orang lain, tiba-tiba menarik cermin mata seorang guru senoir yang datang ke kelasku. Kami semua terperanjat dan tidak sempat berbuat apa-apa. Dalam hati kecil kami di PPKI masa itu sebenarnya sudah boleh membaca bahawa memang guru tersebut tidak suka pada murid-murid istimewa. Balasannya itulah dia.
Tidak perlu mereka lahirkan dengan perkataan pun sudah boleh dibaca akan perasaan orang seperti ini. Ada juga yang kata-katanya menyentuh hati. " "Bila budak-budak khas cuti, aman sekolah". Orang seperti ini sebenarnya sentiasa membayangkan murid-murid pendidikan khas ini menimbulkan huru hara di sekolah.
Pernah juga seorang pentadbir bertanya kepada saya "Mengapa kelas khas ini tidak diasingkan dari kelas perdana" macam SKPK. Aku menerangkan kepada nya apakah maksud integrasi dan tujuan integrasi diadakan di negara kita. Walaupun pentadbir ini faham penjelasanku, namun ternyata dia kurang gemar adanya program integrasi disekolah harian biasa. Sebab-sebabnya tidak mahu dijelaskan kepadaku.
Bagiku. orang-orang seperti ini adalah orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang tuhan beri. Mungkin sebab anak-anak mereka semuanya lulusan university jadi bagi mereka kehadiran anak-anak istimewa ini menyusahkan mereka sahaja. Serahkan sahaja pada Allah, kalau tidak anak mereka , tidak mustahil cucu cicit mereka pula yang bergelar istimewa. Mungkin masa itu, mereka akan tahu langit ini tinggi atau rendah.
Dari semua kisah yang kulalui ini, dari semua insan yang pernah kutemui ini terlalu banyak perkara yang aku telah pelajari. Semuanya kujadikan tauladan dalam menempuh ranjau hidup sebagai seorang guru pendidikan khas.
Ada juga yang kujadikan sempadan agar ianya tidak kuulangi sebagai satu kesalahan yang mengganggu tugasanku dalam memajukan program pendidikan khas. Yang lebih penting dan perlu diingat bahawa janganlah kita mengalah apabila berhadapan dengan insan-insan yang tidak menyukai apa yang bergelar PPKI.
Bulatkan tekad, kuatkan azam dan banyakkan doa semuga cita-cita kita untuk membantu anak-anak ini dipermudahkan oleh Allah. Insyaallah...

Langgan:
Catatan (Atom)