Tatkala lenamu disisiku,
Aku sendu dalam syahdu,
Merintis kenangan berbaris,
Hidup disampingmu,
Kekasihku...
Suamiku.....
Cinta antara kita,
Bukan yang dirancang,
Tetapi ketentuan tuhan,
26 tahun telah berlalu,
Menyelak tirai kehidupan,
Menjalin cinta selepas ambang perkahwinan,
Saling merindui,
Bagai tak dapat dipisahkan.
Aku diberi kasih ,
Bagai puteri kayangan,
Aku bertemu cinta,
Bagai Laila dan Majnun,
Segala kenangan yang berlalu,
Amat indah kurasakan,
Tidak mungkin terlupakan,
Walau nyawa akan hilang dari badan,
Kau cintaku...,
Suamiku.......,
Jika ada sebuah anugerah,
Inginku kalungkan kelehermu,
Sebagai tanda terima kasih,
Atas segala perkongsian yang tak pernah berkira,
Antara kita.
Atas segala pengorbanan,
Hingga aku telah berjaya.
Segala kelemahanku,
Segala kekuranganku,
Kau tutup rapi dalam lipatan hatimu,
Kau kunci mati dibibirmu,
Dalam menjaga hatiku.
Alhamdulillah..........
Dalam kelembutanmu,
Membuat aku menyedari,
Kaulah yang terbaik pilihan Allah buatku,
Dari dulu hingga kini.....
Aku sering mendoakan,
Yang terbaik buat dunia dan akhiratmu,
Kerana aku tahu,
Kau adalah suami mithaliku..
Dipenghujung hari ini,
Aku sering memohon kepadamu,
Kemaafan atas segala kesilapan,
Aku sering memohon padamu,
Kemaafan atas segala kekurangan,
Aku sering memohon padamu
Muga dapat kiranya,
Kau menghalalkan,
Apa yang telah kau berikan,
Bukan kerana aku,
Akan meninggalkanmu,
Kerana kau dan kau tidak tahu,
Siapa yang akan dijemput Allah terlebih dahulu,
Inilah tanda cintaku padamu,
Sering memohon keredhaanmu,
Kerana syurgaku adalah dibawah tapak kakimu,
Suamiku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan