29 MEI 2013 peluang diberikan kepadaku untuk berkongsi pengalaman
tentang peranan PPM dalam pengurusan tingkah laku murid pendidikan
Khas.
Terima kasih kepada UPK dan peserta kursus atas kerjasama yang
diberikan . Terlalu banyak kekurangan dapat kurasakan. Banyak tutur
kata yang telah menyentuh hati. Jari sepuluh kususun minta dimaafkan
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesungguhnya kalian
adalah PPM yang hebat. Teruskan usaha. Sama-Sama kita cuba membantu
anak-anak istimewa ini.
Sedikit gambr kenangan.
Jumaat, 31 Mei 2013
Ahad, 26 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/POHON HARAPAN
Ibu bapa yang datang kepada kita sentiasa dengan harapan.
Mereka ingin melihat anak mereka berubah dalam pengurusan
Tingkahlakunya.
Inilah jjjanji guru Pra Sek Pendidikan Khas Kawasan Timur dalam
merealisasikan harapan ibu apa.
Terdapat 5 kumpulan yang mempunyai cara berbeza.
Semoga segala ilmu dapat diaplikasikan dalam PdP
dalam memenuhi harapan ibu bapa
Gembirakan hati orang lain pasti Allah akan gembirakan hati kita.
Sampaikan hajat orang lain pasti Allah kan sampaikan hajat kita.
Berikan sedikit masa kita untuk orang lain, pasti Allah akan memberi
lebih banyak masa kepada kita.
Lakukan yang terbaik untuk PTL anak-anak istimewa.
Berikan sedikit masa kita untuk orang lain, pasti Allah akan memberi
lebih banyak masa kepada kita.
Lakukan yang terbaik untuk PTL anak-anak istimewa.
BIcara guru pendidikan khas/kursus
Tahniah kepada BP Khas kerana berjaya menganjurkan kursus
Pengurusan tingkah laku Pra Sekolah Pend.Khas
23-26 Mei 2013
HOtel. Grand Continental Kuala Terengganu
Sedikit gambar kenangan
Pengurusan tingkah laku Pra Sekolah Pend.Khas
23-26 Mei 2013
HOtel. Grand Continental Kuala Terengganu
Sedikit gambar kenangan
Isnin, 20 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ REDHA DAN SYUKUR
Redha dan sentiasa bersyukur dengan ujian Allah adalah satu sifat yang
terpuji. Bukan satu perkara mudah untuk kita memiliki sifat ini. Dengan
ujian berat yang Allah beri, Bukan semua orang boleh lalui.
Ibu muda itu adalah antara insan yang terpilih. Diberi ujian oleh
Allah memiliki anak istimnewa .
Sebaik sahaja dia telah mengenalpasti anaknya bermasalah haiperaktif,
doa ibu muda itu tidak pernah berhenti. Surah yasin menjadi mainan dibibirnya.
Solat hajat menjadi amalan hariannya.
Meskipun adakalanya dia seperti mengalah, namun usahanya tidak
pernah berhenti. Seawal 4 tahun anaknya telah dihantar belajar membaca
di rumahku pada hujung minggu. Meskipun jarak rumah kami jauh, tetapi
tidak pernah mengeluh.
Dia amat menitikberatkan soal solat dan mengaji anaknya itu. Meskipun
pahalanya Allah sahaja yang tahu, namun dia teruskan usaha. Rupa-rupanya
anak haiperaktif itu ada istimewanya.
Dia begitu mudah mengingat. Quran telah khatam dibacanya semasa berusia
10 tahun. Meskipun bacaan tajwidnya tidak sempura, namun Allah maha
menerima.
Zikir selepas solat telah ada dihujung jarinya. Azan sudah boleh
dilaungkannya. Menjadi imam dirumah sudah jadi basahannya.
Itulah hasil daripada redha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Setiap kali anak itu berselawat, mengaji, melaungkan azan , menjadi imam pada
rakan-rakannya sewaktu solat, tidak siapa menduga anak ini sebenarnya
sentiasa menimbulkan huru-hara di rumahnya.
Apa yang tidak pecah bila dipegangnya. Apa yang tidak hilang bila diamanahkan
menjaganya. Siapa yang tidak jatuh bila dilanggarnya. Lauk mana yang tidak
tumpah bila dia menceduknya. Air mana yang tidak melimpah bila dia yang menuangnya.
Dan paling lucu, siapa yang tidak ketawa kerana setiap kali kenduri dialah
orangnya yang sering jatuh terduduk di dalam dulang hidangan.
Pun begitu, rasa syukur dan redha menghilangkan kemarahan. Ia juga jadi
penawar segala kesedihan. Menggantikan kedukaan kepada kegembiraan.
Pernah sekali apabila anaknya yang normal buat perangai ibu itu berkata.
"Bila fikir-fikir semula, lebih senang lagi saya jaga yang istimewa"
Redhalah dengan ujian pasti kebahagiaan menjelma.

Isnin, 13 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PRIHATIN
Setelah keluar daripada wad kerana jangkitan kuman pada
paru-paru aku menyambung cuti selama seminggu di rumah.
Batuk masih tidak berhenti meskipun ubat telah habis kutelan .
Sejarah dalam hidup ku, cuti begitu lama . Selama bergelar guru
aku memang sukar untuk ambil cuti sakit kecuali semasa cuti
bersalin.
Selalunya jika pening atau demam-demam air ia akan sembuh
apabila sampai sekolah. Bersama anak- anak istimewa ini buatkan
semua kesakitan ku hilang. Itu lah keindahannya hidup sebagai
guru Pendidikan Khas.
Sewaktu mengandung Allah lebih banyak membantuku. Aku tidak
pening dan loya sepanjang berada di sekolah. Waktu mabuk hanya
datang selepas maghrib. Betapa besar nya kuasa Allah .
pening dan loya sepanjang berada di sekolah. Waktu mabuk hanya
datang selepas maghrib. Betapa besar nya kuasa Allah .
Memberi mengikut keperluan insan. Dia maha mengetahui akan segala
yang tersirat.
Berbalik cerita batuk tak henti-henti , akhirnya aku bertugas semula.
Batuk yang tidak henti-henti amat mengganggu tuigas harianku.
Meskipun begitu, terpaksa kulalui.
Dalam keadaan batuk tidak henti-henti itu tiba-tiba terasa ada jari-jari halus
mengurut belakang ku. Aku menoleh. Seorang murid lelaki bermasalah
ADHD berdiri dekat dibelakang sambil tersenyum manja.
Hati kecil ku tersentuh. Anak itu kerap aku marahi kerana sikap
nakalnya dan tidak mengikut arahan. Rupanya dia tidak mengambil hati.
Dia tetap menghulurkan bantuan, meskipun kerap dimarahi.
Dia tetap menghulurkan bantuan, meskipun kerap dimarahi.
Itulah nilai keperibadian yang tinggi dan sukar untuk kita cari dalam
kehidupan normal kini.
Ahad, 12 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/CERITA
Anak-anak istimewa punya perasaan seperti kita semua.
Rasa cinta, kasih dan sayang tetap sama. Beza yang ada
adalah dari sudut kesetiaan.
Anak -anak istimewa yang pernah kukenali mempunyai kesetiaan
yang sejati berbanding kita yang kerap berbelah bagi apabila
bertemu yang baru dan lebih memikat hati.
"Awak. sayang ke suami awak? "aku menyoal remaja
yang bermasalah slowlearner itu.
"Mestilah sayang. Cikgu, dia cinta pertama saya" jawapannya
sambil tersenyum.
"Kalaulah macam tu janganlah selalu marah dan bertengkar dengan dia, dia
kan keluar bekerja bukan ke mana pun". Aku menasihatinya.
Dia kelihatan muram dan seperti ingin menceritakan sesuatu.
"TApi cikgu , saya rasa dia ada makwe baru" katanya sambil
merenung mataku.
"Mana awak tahu?"
Aku Menyoal lagi ingin kepastian.
"Saya terbaca sms kat handphone dia, selalu perempuan tu tulis
macam-macam"
"AWak tak tanya suami awak sendiri siapa perempuantu". Aku menyoal semula.
"Dah cikgu, dia kata kawan biasa aje" jawabnya .
"Tak cerita pada mak mertua awak ke hal ni?"
"Dah cikgu, tapi mak mertua saya kata jangan marah suami saya,kalau saya marah
nanti suami saya kahwin lain"
Aku terdiam apabila mendengar jawapan daripadanya.
Beginilah nasib anak-anak istimewa ini. Harapkan orang dewasa melindungi
namun perkara sebaliknya terjadi.
Usia perkahwinan yang masih muda hancur begitu saja. Perkhabaran ku dengar
anak ini diceraikan selepas 6 bulan melayari bahtera rumahtangga.
SIapa lagi yang boleh membela mereka jika bukan kita.
Anak ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Jumaat, 10 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ENTAH DI MANA
\
Sebagai orang yang beragama, semua kita yakin akan adanya
kematian. Samada kita adalah insan sempurna mahupun bergelar
istimewa kematian adalah penghujung sebuah perjalanan.
Cara kematian, bukan kita yang tentukan. Ia adalah ketetapan
Tuhan . Meskipun begitu, amalan semasa hidup akan mempengaruhi
cara kita dijemput menghadapNYA.
Percaya atau tidak, ingin aku tuliskan sedikit kisah. Tentang seorang
insan istimewa yang bermasalah terencat akal. Dia adalah anak
saudara sulongku
Perjalanan hidupnya meskipun istimewa tidaklah dipersiakan oleh
ahli keluarga.
Meskipun tidak pernah belajar di program Pendidikan Khas,
tidak tahu menulis dan membaca , namun atas didikan keluarga
dia boleh berdikari.
Remajanya dihabiskan di surau dan masjid. Membersih, dan
mencuci apa yang telah diamanahkan kepadanya.
Siangnya dia bertugas sebagai tukang cuci. Yang indahnya dapat
kutuliskan disini ialah dia tidak pernah tinggal solat magrib, isya dan
subuh berjemaah. Diterima atau tidak pahalanya Allah yang tentukan.
Kayuhan basikalnya akan membelah dingin subuh seawal 5.30 pagi.
Allah sentiasa memeliharanya. Meskipun penghidap lelah yang
serius tetapi dia tidak pernah mengalah untuk meneruskan kehidupan.
Suatu malam, semasa duduk di masjid mendengar ceramah agama dia
rebah. Dia dikejarkan kehospital. Semua ahli keluarga bergegas kehospital
menziarahinya.
Sarat tubuhnya dilekatkan bermacam alat bantuan bagi membantu
dia bernafas kembali. Kami sekeluarga berkumpul di luar bilik kecemasan.
Membaca yasin berarami-ramai minta Allah permudahkan segalanya.
Yang pergi tetap akan pergi bila telah tiba masa. Dia pergi juga tengah malam
itu semasa berusia 38 tahun. Meskipun telah berlalu beberapa tahun, namun aku
masih terkenang akan satu kisah.
Tepat 10 Muharam yang lalu dia datang dalam mimpiku.
Subhanallah, terlalu kacak hingga aku tidak mengenalinya. Seperti
raja sehari. Wangi semerbak kasturi. Senyumannya hingga kini dapat
aku bayangkan. Dia memelukku. Nafasnya dapat aku rasakan.
Mimpi terganggu. Allah mengejutkanku. Pertemuan singkat di alam
roh membuat aku semakin yakin. Maha suci Allah telah meletakkan
insan istimewa itu disyurganya.
Kita yang serba sempurna, penuh dosa yang dibawa, entah akan
berada di mana.
Rabu, 8 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERITA
Dalam hidup ada banyak cerita yang kita ada. Sebahagiannya
boleh dilupakan. Tidak kurang yang sentiasa berlegar diingatan.
Cerita remaja perempuan bermasalah slowlearner itu sukar
untuk aku lupakan. 2 bulan yang lalu ceritanya aku dengar
daripada mulut seorang rakan. Kesohihannya kuragukan.
Hari ini Allah menghantarnya di hadapan sekolah untuk memberi
ingatan kepadaku. Nasib anak istimewa ini sebenarnya memang
tidak terbela.
Pengesahan dari mulutnya sendiri amat melukakan hatiku.
Tanpa aku sedari airmata ini mengalir. Apalah nasib malang
yang dia ada.
Setelah dirogol beramai-ramai di dalam ladang sawit dia telah
diberhentikan persekolahannya . Selama 3 tahun dia diasuh akhlaknya
dipusat pemulihan .
Terlalu panjang dan beronak duri cerita perjalanan hidupnya.
Tidak tergamak untuk aku menulisnya di sini. Yang pasti aku
menasihatinya untuk berubah.
Allah tidak pernah zalim pada hambanya. Allah lebih mengetahu
segalanya. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kuberikan kepadanya seutas tasbih sebagai hadiah sebelum
dia meninggalkan pejabat sekolah. Kupesankan dia untuk terus
bertaubat dari dosa lalu. Jaga aurat dan jangan tinggal solat.
Apa yang ada pada anak remaja ini lagi, selain melalui sisa
hidup dengan disahkan menghidap kanser rahim dalam usia
yang begitu muda.
Kudoakan dia akan selamat dan terus tabah.
Semoga ada sinar mentari buat anak-anak istimewa yang senasib
dengannya.

Selasa, 7 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BELAJARLAH DARIPADA MEREKA
Melihat anak-anak autisme membuatkan kita selalu
memberi tanggapan bahawa mereka tidak
peka kepada persekitaran.
Dalam fikiran kita semua, mereka ada dunia tersendiri.
Sukar untuk dibantu.
Meskipun begitu, pengalaman yang kulalui memberi aku
ruang untuk berfikir dari sudut yang berbeza.
Sepertimana biasa, setiap kali perhimpunan pagi, 3 atau
4 buah kerusi akan disusun oleh Pembantu Pengurusan Murid
untuk menempatkan 2 orang murid yang severe serta tidak
boleh berdiri lama.
Apabila tamat perhimpunan, kerusi itu biasanya diletakkan
semula oleh Pembantu Pengurusan Murid ditempat asalnya.
Namun pagi itu kemungkinan besar PPM terlupa. Aku melihat
semua murid dan guru yang lalu di situ mengelak supaya kerusi
itu tidak mengganggu perjalananan mereka.
Allahhuakhbar. Allah yang lebih mengetahui segala rahsia
yang tersimpan di dalam seketul hati. Tanpa bicara tiba-tiba
seorang murid autisme mengangkat kerusi itu dan meletakkannya
di tempat asal.
Tidak ada siapa yang terperasan dengan bakti yang telah
dia curahkan. Tidak ada pujian dari orang sekeliling kerana
dia hanya seorang murid istimewa.
Aku yang melihat daripada jauh, mengucap subhanallah di
dalam hati kerana sebenarnya autisme adalah lebih peka
pada persekitaran daripada kita semua yang normal.
Belajarlah daripada anak-anak istimewa ini kerana dalam
beberapa perkara adakalanya mereka lebih mulia daripada
kita semua.
Isnin, 6 Mei 2013
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FIKIRKAN
Daripada 200 orang Pembantu Pengurusan Murid yang hadir dalam
kursus pada hari itu, beberapa oranng daripadanya datang bertemuku
di hadapan dewan sebaik usai sesi ceramah.
Seorang daripadanya kelihatan teragak-agak untuk berterus terang.
Meskipun didesak dia tetap tidak mahu memberitahu tempat bertugasnya.
Mungkin dia mencurigaiku akan menyampaikan semula masalah
yang dia ceritakan.
"Saya kasihan melihat budak-budak Pendidikan Khas itu puan".
Dia memulakan ceritanya. Aku merenung matanya.
Ada keikhlasan diwajahnya.
"Tiap-tiap hari budak-budak tu hanya mewarna gambar
dan menyambung titik-titik. Tak ada aktiviti lain".
Dia menambah lagi.
"Cikgu-cikgunya buat apa?. Aku menyoal.
"Kadangkala ditinggalkan saja budak-budaktu dengan saya, dia pergi
duduk bersembang dengan guru yang free" . Jawab PPM itu.
"Awak tak cuba tanya guru tersebut tentang aktiviti-aktiviti lain yang sepatutnya
budak-budak tu buat?" aku menyoal semula.
"Tak pula puan, saya baru lagi, tak tahu apa-apa, hanya ikut arahan".
Dia menjawab jujur.
"Kalau macamtu apa yang boleh saya buat untuk membantu awak
menyelesaikan masalah ?" Aku inginkan kepastian.
"Saya hanya nak tahu apa yang sepatutnya saya buat?"
Dia menjawab lagi.
Aku mencadangkannya untuk menghubungi Unit Pendidikan
Khas. Ketua Unit boleh membantu menyelesaikan
masalahnya itu.
Dia setuju dengan cadanganku itu.
"Awak doakan saja agar guru-guru itu berubah dan sedar
tentang tanggungjawab sendiri". Aku menasihatinya.
"Dalam masa yang sama, saya harap awak tidak jadi
seperti mereka.. Kasihan budak-budak tu".
Nasihat aku berikan sebelum kami berpisah.
Meskipun bukan semua yang bertindak sedemikian, namun
untuk kita semua yang bergelar guru, fikirkan bersama tentang
tanggungjawab sendiri.
Kalau kita sebagai orang yang telah di amanahkan tidak menjalankan
tugas yang sepatutnya, bagaimana pula orang lain dapat melaksanakannya
dengan lebih baik.
Murid istimewa tanggungjawab kita bersama.
.
Langgan:
Catatan (Atom)