Hari ini hari Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka 2011. Seronok berjumpa rakan-rakan GPK, Penyelaras dan adik-adik Pendidikan Khas. Majlis ini adalah majlis yang dinantikan oleh semua guru-guru Pendidikan Khas.
Terjumpa seorang adik yang dah lama tak jumpa. Ceritanya sama, tentang program yang mempunyai guru-guru yang buat perangai. Tidak bekerjasama, tidak boleh buat kerja lebih. dan paling tak sedap tak hormat penyelaras sendiri. Melawan penyelaras dan suka memburukkan penyelaras dimata pentadbir sekolah. Lagi hebat ada kroni dalam program.
Sebenarnya ini kes yang agak berat juga. Jika penyelaras atau GPK tidak dihormati oleh guru-guru, arahan yang sepatutnya tidak dipatuhi, memang susah program hendak maju. Lebih malang lagi ialah ianya menunjukkan kelemahan kita guru-guru Pendidikan Khas.
Padaku, memang kadangkala penyelaras ada kelemahan mereka sendiri. Bukan semua manusia cukup sempurna. Teguran ikhlas dan membina amat penting dalam mengatasi masalah ini. Penyelaras pun seharusnya selalu muhasabah diri dan peka pada masalah guru-guru bawahan. Jangan rasa diri dah cukup sempurna daripada menerima pandangan orang lain.
Seperkara yang perlu diingat, apabila kita berada dibawah walaupun kelulusan kita tinggi dari penyelaras atau GPK sendiri, rasa hormat wajib ada. Kena faham akan tugas masing-masing, samada sebagai guru atau ketua kepada guru-guru.
Penyelaras atau GPK kita telah diamanahkan. Jadi kenalah ikut arahan. Kalau rasa tidak puas hati jalan paling mudah ialah perbincangan. Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting ikhlas dalam memberi pandangan demi mencapai sebuah kebaikan.
Apabila kita menghormati orang lain, satu hari apabila menjadi ketua orang mudah menghormati kita. Hidup di dunia ini ibarat putaran roda, walauapapun keadaannya, kita sesekali akan berada di atas dan sesekali akan berada di bawah. Jadi belajarlah hormati orang lain agar kita juga akan dihormati.
Khamis, 17 November 2011
Selasa, 15 November 2011
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PERNAHKAH KITA ......?
Pernahkah kita terfikir,mengapa kita yang terpilih menjadi guru kepada yang istimewa ini?
Sedang diluar sana masih ramai yang menanti tanpa ada jawapan pasti.
Ada ramai yang mengharap jika diberi ruang.
Pernahkah kita terfikir akan keuntungan diri?
Kerana beroleh pekerjaan dengan lahirnya insan istimewa di dunia ini?
Pernahkah kita bersyukur dengan ketentuan yang amat bermakna ini?
Beroleh rezeki yang lebih dari orang lain hanya kerana bergelar guru kepada insan ini?
Pernahkah kita mencongak diri ?
Tertunaikah amanah maha besar dari ILAHI ?
Mendidik si istimewa yang penuh kelemahan dalam diri.?
Pernahkah kita muhasabah diri?
Apakah akan jadi kalau kita diuji memiliki siistimewa pada suatu hari nanti?
Hati ini amat tersentuh apabila melihat ada guru-guru yang membiarkan siistimewa ini...tanpa memberikan apa yang sepatutnya mereka miliki.

Ahad, 13 November 2011
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ATUK PUN PERGI DATING
Semalam Taska Raudhatul Sakinah telah selamat melaksanakan Hari Terbuka TRS kali pertama. Majlis yang tidak seberapa tetapi banyak memberi makna pada keluarga ku.
Semua ahli keluarga mengmbil tugas masing-masing. Seronok juga yang baca doa anak buah, pengacara adik sendiri, malah perasmi juga adik sendiri. Yang menyediakan makanan kakak-kakak dan anak saudara. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Terima kasih semua.
Melalui persembahan yang ditunjukkan ternyata semua anak-anak TRS telah punya keyakinan diri yang tinggi. Tahniah anak-anak dan menantuku. Walaupun TRS baru setahun jagung, tetapi kalian telah cuba buat yang terbaik.
Bermula tahun 2012 TRS akan berpindah ke tapak baru . Sekarang TRS beroperasi disebelah tempat tinggal kami sekeluarga.
Aku sangat terhibur bila balik sekolah lihat anak-anakTRS ini menyambutku didepan pintu. Mereka akan berebut-berebut untuk bersalam dan menyebut " assalamualaikum cikgu Hasmah"
Sebenarnya bila usia hampir emas ini kanak-kanak memang menghiburkan. Telatah mereka mencuit hatiku dan suamiku.Seorang dari murid TRS yang baru pandai bercakap selalu panggil aku mak. Bukan apa, mungkin dia selalu dengar anak-anak dan menantuku memanggilku begitu.
Bila aku nak keluar rumah dengan suami pun mereka akan tanya. Cikgu dengan atuk nak pegi mana. Mereka panggil suamiku atuk mungkin sebab melihat suamiku ada janggut dan telah beruban. Suatu petang semasa hendak keluar rumah seorang murid TRS bertanya perkara yang sama . Aku terus menjawap, "Cikgu dengan atuk nak pergi dating" Tiba-tiba anak ini menjawap semula " atukpun pegi dating juga ke?Aku dan suami gelak besar.

Rabu, 9 November 2011
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEMATIAN
AL-FATIHAH...untuk Haikal...
Sekali lagi dalam sejarah hidupku sepanjang bergelar seorang guru melihat kematian insan yang bergelar istimewa. Pemergian yang tidak ada siapa yang boleh menahannya , pasti akan berlaku.
Kesakitan yang selama ini dialami oleh anak ini hanya boleh mendapat rasa simpati dari kita semua. Tanpa kita ketahui hakikatnya bagaimana ia menanggung segalanya. Menjerit, meraung saban masa dan ketika. Menyebabkan kita semua kadangkala hilang punca untuk membantu.
Dari boleh bercakap dia menyendiri. Dari boleh berjalan hanya boleh berdiri. Dan dari duduk dia terbaring. Dan pagi tadi dia telah menemui rehat yang panjang tanpa gangguan dari sesiapa, samada guru mahupun PPMnya.
Sebenarnya Allah yang lebih tahu apakah hikmah disebalik semua ini berlaku. Muga kesedihan kita dapat mengubat kenangan yang kita lalui semasa bersama anak ini.
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan ppm SKUP atas segala usaha dalam membantu anak ini semasa hayatnya. Kalian memang terbaik . Semuga semua sentuhan yang pernah kita berikan kepada anak ini menjadi tanda ingatannya kepada kita semua. Dan lebih berharga jika dia akan memimpin kita bersamanya menuju ke dalam syurga nanti. Insyaallah.
Sabtu, 5 November 2011
KERANAMU TASKA RAUDHATUL SAKINAH
Sebenarnya....
Perjalananku telah terlalu jauh,
Langkahku juga mula rapuh,
Mengharung hari penuh onak duri,
Dari kalian kecil hingga dewasa kini,
Kerapkalinya aku....
Berperang dengan perasaan sendiri,
Mencari sesuatu yang belum pasti,
Untuk kujadikan bukti,
Kejayaan orang yang kudidiki,
Setiap kali kalian menimbulkan masalah,
Aku terpaksa mengalah,
Air mata kadangkala tidak lagi basah,
Memujuk hati menerima dengan redha,
Semuanya adalah ujian Allah.
Aku tidak pernah lupa,
Janji tuhanku..
Pada insan yang selalu berserah,
Saban waktu doa kupohon,
Saban hari jari kususun,
Saban malam sujud kusantun,
Minta Allah jadikan aku tabah,
Dalam membesarkan 6 orang khalifah,
Jika aku lemah,
Telah lama aku mengalah,
Satu persatu, malah beribu,
Ujian silih berganti ,
Diturunkan dalam kehidupanku ini,
Ada kalanya aku hampir lumpuh,
Allah memberi aku kekuatan,
Menjadikan aku makin dewasa,
Dalam membuat keputusan,
Dalam menghadapi cabaran,
Ya tuhan...betapa.....
TASKA RAUDHATUL SAKINAH adalah,
Ilham yang kau tunjukkan,
Ketentuan yang kau berikan,
Indah bersulam impian,
Meredakan hujan yang basah dimata,
Merawat luka dihati.
TASKA RAUDHATUL SAKINAH...
Keranamu.
Aku semakin yakin dengan janji TUHANKU,
Setiap ujian pasti ada hikmah,
Setiap keresahan pasti ada penghujungnya,
Pintaku...
Jika ianya adalah impian,
Menghidupkan sunnah Rasullullah dalam kehidupan,
Menerapkan Islam dalam pendidikan,
Kuharap kalian....
Usaha dan teruskanlah,
Berikanlah kepada putera-putera dan puteri-puteri,
Yang kalian didiki.
Kalian boleh capai impian,
Dalam menggenggam dunia dan mengejar akhirat ini,
Kerana kalian ada ...
TASKA RAUDHATUL SAKINAH.
Jumaat, 4 November 2011
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/GPK PALING SPORTING
Sebagai sebuah program pendidikan khas yang berdekatan dengan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, programku adalah antara program yang akan menerima kedatangan guru-guru pelatih menjalani latihan mengajar pada setiap tahun.
Berbagai kerenah guru pelatih yang telah kuterima. Selalunya yang datang memang nampak begitu berminat untuk belajar bagaimana untuk menjadi guru pendidikan khas yang baik. Tidak kurang juga yang nampak keras kepala, sukar nak ditegur.
Bagiku mereka ini jika tidak berubah juga walaupun telah dinasihati alamatnya apabila keluar posting akan menyusahkan orang lain. Mangsanya ialah anak-anak istimewalah,siapa lagi.
Kebiasaannya selepas memberi taklimat kepada mereka aku akan melantik rakan-rakan guru yang aku rasa layak untuk menjadi guru pembimbing. Aku tegaskan kepada mereka agar merujuk kepadaku jika apa perkara mereka tidak fahami.
Itu adalah salah satu daripada strategiku dalam membimbing guru-guru muda yang ada di programku. Aku lebih suka melantik adik-adik yang baru mengajar tapi berpotensi untuk menjadi guru pembimbing membantu guru-guru pelatih ini.
Niatku ialah biarlah segala ilmu yang mereka dapat dariku disebar luaskan kepada guru-guru pelatih ini. Aku sekali sekala akan memantau dan memberi teguran apabila dirasakan perlu.
Guru-guru yang ada diprogramku memang mudah belajar. Kadangkala idea dan tindakan mereka lebih baik dari yang aku jangkakan. Lebih tepat lagi kadang-kadang lebih baik dari aku sendiri. Itu yang membuatkan aku seronok bekerja sepasukan dengan mereka.
Sebelum aku dipindahkan, entah mengapa aku tergerak hati untuk jadi guru pembimbing. Kulihat 2 orang guru pelatih yang baru melapurkan diri ini semacam aje. Selepas memberi taklimat aku bertanya kepada mereka berdua" Mengapa saya lihat awak berdua macam tak berminat aje". Mereka agak terperanjat dengan soalan itu. "Takdelah kami berminat "jawap mereka.
Hari ke2 dan ke3 aku rasa tekaanku macam tepat. Kesungguhan pada mereka macam tak ade aje. Aku membisikkan rasa hatiku kepada beberapa orang guru di program. Seorang dua dari guru-guruku mengiakan dengan beberapa contoh menunjukkan mereka berdua ini kurang berminat untuk menjadi guru pendidikan khas.
Risau juga. Nak membentuk orang yang tiada minat rasanya agak susah sedikit. Selalunya yang datang tak macamtu. Kebetulan pula waktu itu aku kerap pula kena keluar atas urusan menjadi ketua pengawas UPSR. Jadi aku pesankan pada kawan-kawan agar selalu memantau mereka berdua ini.
Mereka berdua banyak memerhati apa yang kami lakukan. Banyak juga membantu mengurus murid-murid. Waktu rehat makan bersama. Tapi .... entah tak tahu nak tafsirkan mereka berdua ni.
Waktu mereka mengajar aku banyak memberi teguran agar mereka dapat buat dengan lebih baik. Perlahan-lahan ku lihat perubahan berlaku. Sangkaanku rupanya kurang tepat. Rupanya mereka berdua ni lambat sikit panas enjinnya. Selepas 2 minggu baru nampak kesungguhannnya.
Banyak betul yang mereka bantu untuk menambah baik program. Dapur kami berubah ceria 100% atas usaha mereka berdua. Banyak juga duit yang mereka belanjakan untuk menceriakan dapur.
Masa hendak dipantau oleh pensyarah aku membantu mereka membuat bahan bantu mengajar yang belum selesai. Banyak yang perlu mereka baiki dari segi kualiti bbm. Aku memang tak puas hati. Terutama dari segi tulisan, kekemasan dan ketahanan bbm yang mereka buat.
Aku mula membebel untuk memberi teguran. Mereka terima dengan senyum. Aku harap mereka akan melakukan segala nasihatku pada masa akan datang.
Waktu nak habis latihan selalunya kami diprogram akan buat majlis perpisahan ringkas dengan guru-guru ini. Buah tangan dari kami untuk mereka selalunya adalah hasil kerja murid-murid.
Yang paling kelakar dan aku tidak percaya apabila dalam majlis tersebut seorang daripada guru pelath itu berkata adalam ucapannya bahawa aku adalah GPK Pend.Khas paling sporting yang penah mereka jumpa.
Semua rakan-rakanku ketawa besar. Aku lebih-lebih lagi geli hati. Sebenarnya.... aku sendiri tertanya-tanya hingga sekarang betulkah apa yang mereka kata.
Jika ada keikhlasan dalam mendidik, insyaallah ... semuanya akan berjalan dengan baik

Langgan:
Catatan (Atom)