Khamis, 17 November 2011

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BELAJAR MENGHORMATI,...

Hari ini hari   Kualiti Pendidikan Khas Negeri Melaka  2011.  Seronok  berjumpa rakan-rakan GPK, Penyelaras dan adik-adik Pendidikan Khas. Majlis  ini adalah majlis yang  dinantikan oleh semua guru-guru Pendidikan Khas.

Terjumpa seorang adik yang dah lama tak jumpa.  Ceritanya sama,  tentang program yang  mempunyai guru-guru yang buat perangai.  Tidak bekerjasama, tidak boleh buat kerja lebih.  dan paling tak sedap tak hormat penyelaras sendiri. Melawan penyelaras dan  suka memburukkan penyelaras dimata pentadbir sekolah. Lagi hebat ada kroni dalam program.

Sebenarnya ini kes yang agak berat juga. Jika penyelaras atau GPK tidak  dihormati oleh  guru-guru, arahan yang sepatutnya tidak dipatuhi, memang susah program hendak maju. Lebih  malang lagi  ialah ianya menunjukkan kelemahan kita guru-guru Pendidikan Khas.

Padaku, memang kadangkala penyelaras ada kelemahan mereka sendiri.  Bukan semua manusia cukup sempurna. Teguran ikhlas  dan membina amat penting dalam mengatasi masalah ini. Penyelaras pun seharusnya selalu muhasabah diri dan peka pada masalah guru-guru bawahan.  Jangan rasa diri dah cukup sempurna daripada menerima pandangan orang lain.

Seperkara yang perlu diingat, apabila kita berada dibawah  walaupun kelulusan kita tinggi  dari penyelaras atau GPK sendiri,  rasa hormat wajib ada.  Kena faham akan tugas masing-masing, samada sebagai guru atau ketua kepada guru-guru.

Penyelaras atau GPK kita telah diamanahkan. Jadi kenalah ikut arahan. Kalau rasa tidak puas hati jalan paling mudah ialah  perbincangan. Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.  Yang penting ikhlas  dalam  memberi pandangan demi mencapai sebuah kebaikan.

Apabila   kita  menghormati orang lain, satu hari apabila menjadi ketua orang mudah menghormati kita. Hidup di dunia ini  ibarat putaran roda, walauapapun  keadaannya,   kita sesekali akan berada di atas dan sesekali akan berada di bawah. Jadi belajarlah hormati orang lain agar kita juga akan dihormati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan