Selasa, 15 November 2011

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PERNAHKAH KITA ......?

Pernahkah kita terfikir,mengapa kita yang terpilih menjadi guru kepada yang istimewa ini?

Sedang diluar sana  masih ramai yang menanti tanpa ada  jawapan pasti.
Ada ramai yang mengharap  jika diberi ruang.

Pernahkah kita terfikir  akan keuntungan diri?
Kerana beroleh pekerjaan dengan lahirnya insan istimewa di dunia ini?

Pernahkah kita bersyukur dengan ketentuan yang amat bermakna ini?
Beroleh rezeki yang lebih dari orang lain hanya kerana bergelar guru kepada insan ini?


Pernahkah kita mencongak diri ?
Tertunaikah  amanah maha besar dari ILAHI ?
Mendidik si istimewa yang penuh kelemahan dalam diri.?

Pernahkah kita muhasabah diri?
Apakah akan jadi kalau kita diuji memiliki  siistimewa pada suatu  hari nanti?

Hati ini amat tersentuh apabila melihat ada guru-guru  yang membiarkan siistimewa ini...tanpa memberikan apa yang sepatutnya mereka miliki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan