Rabu, 9 November 2011

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KEMATIAN


AL-FATIHAH...untuk Haikal...

Sekali lagi dalam sejarah hidupku sepanjang bergelar seorang guru melihat kematian insan yang bergelar istimewa.  Pemergian  yang tidak ada siapa yang boleh menahannya , pasti akan berlaku.

Kesakitan yang selama ini  dialami oleh anak ini hanya boleh mendapat rasa simpati dari kita semua.  Tanpa  kita ketahui hakikatnya bagaimana ia menanggung segalanya. Menjerit, meraung saban masa dan ketika.  Menyebabkan kita semua kadangkala  hilang punca untuk membantu.

Dari boleh bercakap dia menyendiri.  Dari boleh berjalan hanya boleh berdiri.  Dan dari duduk dia  terbaring. Dan pagi tadi dia telah menemui rehat yang panjang tanpa gangguan dari sesiapa, samada guru mahupun PPMnya.

Sebenarnya Allah yang lebih tahu apakah hikmah disebalik semua ini berlaku.  Muga kesedihan kita dapat mengubat kenangan  yang kita lalui semasa  bersama anak ini.


Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan ppm SKUP atas segala usaha dalam membantu anak ini semasa hayatnya. Kalian memang terbaik . Semuga semua sentuhan yang pernah kita berikan kepada anak ini  menjadi tanda  ingatannya kepada kita semua.  Dan lebih berharga jika dia akan memimpin kita bersamanya menuju ke dalam syurga nanti.  Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan