Semalam Taska Raudhatul Sakinah telah selamat melaksanakan Hari Terbuka TRS kali pertama. Majlis yang tidak seberapa tetapi banyak memberi makna pada keluarga ku.
Semua ahli keluarga mengmbil tugas masing-masing. Seronok juga yang baca doa anak buah, pengacara adik sendiri, malah perasmi juga adik sendiri. Yang menyediakan makanan kakak-kakak dan anak saudara. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Terima kasih semua.
Melalui persembahan yang ditunjukkan ternyata semua anak-anak TRS telah punya keyakinan diri yang tinggi. Tahniah anak-anak dan menantuku. Walaupun TRS baru setahun jagung, tetapi kalian telah cuba buat yang terbaik.
Bermula tahun 2012 TRS akan berpindah ke tapak baru . Sekarang TRS beroperasi disebelah tempat tinggal kami sekeluarga.
Aku sangat terhibur bila balik sekolah lihat anak-anakTRS ini menyambutku didepan pintu. Mereka akan berebut-berebut untuk bersalam dan menyebut " assalamualaikum cikgu Hasmah"
Sebenarnya bila usia hampir emas ini kanak-kanak memang menghiburkan. Telatah mereka mencuit hatiku dan suamiku.Seorang dari murid TRS yang baru pandai bercakap selalu panggil aku mak. Bukan apa, mungkin dia selalu dengar anak-anak dan menantuku memanggilku begitu.
Bila aku nak keluar rumah dengan suami pun mereka akan tanya. Cikgu dengan atuk nak pegi mana. Mereka panggil suamiku atuk mungkin sebab melihat suamiku ada janggut dan telah beruban. Suatu petang semasa hendak keluar rumah seorang murid TRS bertanya perkara yang sama . Aku terus menjawap, "Cikgu dengan atuk nak pergi dating" Tiba-tiba anak ini menjawap semula " atukpun pegi dating juga ke?Aku dan suami gelak besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan