Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Anak istimewa boleh melakukan banyak perkara
dengan baik andai dilatih dan dibantu.
Perkara utama yang guru perlu tekankan ialah
konsisten melatih.
Ke dua, jangan putus asa apabila mereka gagal atau
lambat menguasai. Teruskan mencuba.
Biar sampai dapat walaupun lambat.
Lihat contoh.
Salah satu hasil usaha murid dengan bantuan guru
telah berjaya mendatangkan pendapatan sampingan
untuk membantu apabila aktiviti memerlukan
belanja diperlukan.
PPKI SK Tambak Paya.
"Program Jejari Kreatif"
Tahniah.
Rabu, 31 Oktober 2018
Isnin, 29 Oktober 2018
BICARA YB/ AMANAH
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Apabila mengajar di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pmebelajaran,
sering kita berhadapan dengan kelakuan anak-anak istimewa ini yang menguji
kesabaran.
Buang air besar dan air kecil di dalam seluar, memukul kawan, mencuri,
bermain di dalam bilik air, berlari keluar kelas sewaktu PnP dan sebagainya.
Ini adalah antara kerenah yang menguji kesabaran.
Apabila berhadapan dengan kes begini, andai tidak bersabar, pasti ada guru
ataupun pembantu pengurusan murid yang "terlepas tangan", memukul.
Namun, tidak kurang juga guru yang mampu tersenyum melayan kerenah
mereka ini.
Itulah yang dikatakan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan semua guru atau
pembantu pengurusan murid boleh melakukannya.
Hanya yang memahami, bahawa murid-murid ini adalah amanah daripada
Allah sahaja yang boleh bersabar dan melaksanakan tugas mereka dengan
penuh kasih sayang dan bertanggung jawab.
Sabar datang daripada Allah. Marah datang daripada syaitan.
Mohonlah kepada Allah agar kita diberi kesabaran.
Insya Allah.

Khamis, 25 Oktober 2018
BICARA YB/DARI SYURGA KE SYURGA
Alhamdulillah. Dizinkan saya menulis.
Saya adalah bekas guru Pendidikan Khas.
Bersama anak-anak syurga ini lebih kurang 19 tahun lamanya.
Dalam jangkamasa yang begitu lama, berbagai kisah
pengalaman yang saya dengari daripada ibu bapa anak-anak
syurga tersebut. Semuanya masih segar di ingatan.
Namun, hari ini berlaianan pula. Bukan lagi saya mendengar
cerita, namun saya membaca sebuah buku yang membuatkan saya
tidak dapat menahan air mata.
Tajuk: Dari Syurga Ke Syurga.
Penulis: Siti Suhaila Samian.
Penerbit: Legacy.
Kisah pengalaman seorang ibu bergelut cabaran besar selama 7
tahun menjaga anak istimewa sehingga Allah menjemput anak
itu ke syurga.
Sedih! Sangat sedih!
Penulis berjaya membawa saya berada dalam situasi sebenar
dan melihat sendiri kesedihan dan kepanikan yang dilalui oleh
penulis dan suami setiap kali anak menderita diserang sawan.
Emosi saya bertukar ganti bersama dada berdebar-debar sepanjang
membaca buku ini.
"Apa lagi yang akan terjadi?"
"Apa lagi selepas ini?"
Allahuakhbar. Bukan calang-calang orang mampu lalui semua
yang dilalui oleh ibu ini.
Andai ada di antara kita sedang dilanda resah dengan
kerenah anak-anak, bacalah buku ini.
Akan datang rasa syukur kerana ada orang lain yang diuji
lebih berat daripada yang kita lalui.
Sediakan tisu.
Bukan omong kosong sahabat.
Beli dan baca.

Rabu, 10 Oktober 2018
BICARA YB/ SELINGAN
ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Murid yang menghadapi masalah pembelajaran mempunyai
tumpuan yang singkat.
Apabila menjalankan aktiviti pembelajaran guru perlu
menyediakan aktiviti selingan supaya mereka tidak merasa bosan.
Antara aktiviti yang sesuai adalah aktiviti pengasingan seperti
gambar di bawah.
Melalui aktiviti selingan ini murid akan memperolehi kemahiran
berikut:
1. Kemahiran mengira.
2. Kemahiran mengenal warna.
3. Kemahiran mengasingkan.
4. Kemahiran motor halus (menggerakkan jari memungut kayu kecil)
Disamping kemahiran yang sepatutnya kita sedang mengajar.
Mengajar murid yang menghadapi masalah pembelajaran
menuntut kesabaran dan kesungguhan.
Banyakkan berdoa.
Semoga Allah permudahkan.

Jumaat, 21 September 2018
BICARA YB/ MENDAKI AWAN
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Rasa rendah diri, gigih dia melawan.
Segala kekurangan tidak dibesar-besarkan.
Kesungguhan mengatasi kekurangan.
Halangan dirempuh dengan tabah.
Jatuh, berpapah, bangun dan berlari semula.
Akhirnya dia menjadi OKU yang berjaya.
Tahniah. Dato' Dr Azizon Othman.
Kisah menarik di dalam buku berjudul:
"Mendaki Awan Menyulam Bintang"
Kisah budak cacat menjadi doktor pakar.

Sabtu, 15 September 2018
BICARA YB/ HOMESTAY PAK ALI
Alhamdulillah Di izinkan saya menulis.
Di awal ketibaan saya di dewan ceramah Home Stay
Pak Ali keadaan memang lengang.
Ada seorang saja ibu yang hadir.
Bagi saya itu adalah situasi biasa apabila mengadakan
ceramah untuk ibu bapa. Biasa bagi saya.
Sementara menanti Puan Faizah memasang "PA sistem"
saya bersembang dengan ibu tersebut. Kata saya.
"Datang mendengar ceramah di sekolah ni sama susahnya
dengan menghadiri majlis ilmu".
"Tak kuat semangat tak sampai"
"Masa nak keluar rumah barulah teringat nak buat
itu dan ini, kenduri sana, sini dan sebagainya.
Tapi, bila dah duduk dan dengar baru kita sedar.
" Oh! Baik pun aku datang, banyak dapat belajar perkara baru."
Ibu itu mengangguk mengiakan kata-kata saya.
Apabila ceramah sudah separuh jalan, kelihatan dewan mulai penuh.
Tak apalah, bagi saya dapat sedikit lebih baik berbanding melepas terus.
Tahniah Program Pendidikan Khas Merlimau 2.
Usaha yang sangat baik.
Program yang sangat menarik.

Jumaat, 10 Ogos 2018
BICARA YB/ INGAT
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Saya masih teringat kisah seorang murid bermasalah Autisme
yang saya ajarkan menulis dengan cara yang betul.
Murid lelaki itu saya namakan R. R mula belajar di PPKI
tempat saya bertugas sekitar berumur 8 tahun. Dia telah
boleh menulis, namun tulisan R terlalu rapat.
Di antara setiap perkataan langsung tidak ada ruang kosong.
Memang tidak boleh dibaca makna perkataan yang ditulisnya
kerana bersambung di antara satu sama lain.
Puas saya memikirkan cara mengatasi. Akhirnya Allah beri
ilham.
Saya melaksanakan pengajaran secara individu setiap kali
ingin menyuruh R menulis.
Selesai dia menulis satu perkataan saya akan mengarahkan
R meletakkan satu jari sebagai pemisah diantara huruf yang
telah dan yang akan ditulis.
Saya kurang pasti berapa lama masa yang saya ambil untuk
memastikan R menguasai kemahiran menulis dengan betul.
Namun saya amat gembira apabila pada suatu hari emak
bercerita kepada saya.
Ibu R sangat bangga kerana berkat latihtubi yang saya berikan
semasa R bersekolah rendah, tulisan R masih kekal kemas dan
cantik meskipun R telah tamat bersekolah dan kini berusia awal
20-an.
Isitmewanya anak Autisme ialah, meraka sukar untuk menerima
sesuatu kemahiran baru, namun apabila telah menguasainya,
mereka akan mengamalkan untuk selamanya.
Belakang parang, anadai diasah akan tajam juga.
Usaha dana doa usah dipisahkan.

Khamis, 2 Ogos 2018
BICARA YB/ PERSEDIAAN
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Persediaan untuk masa hadapan anak istimewa meskipun
hanya "slow leaner" perlu dirancang awal.
Ibu bapa jangan sekali-kali berasa selesa dengan pertolongan
anak-anak yang lain kepada anak isitmewa tersebut, sehingga
terlupa suatu hari nanti apabila ibu bapa telah tiada, apa akan
terjadi kepada anak istimewa andai dia tidak boleh berdikari.
Bukan kita tidak mempercayai kasih sayang dan ketulusan
adik beradik normal yang lain. Bukan juga kita mahu bersangka
buruk.
Banyak kisah yang telah berlaku. Anak-anak istimewa ini
terbiar tanpa bantuan dan perhatian apabila ibu bapa telah
tiada. Mereka dipinggirkan oleh adik beradik sendiri.
Oleh itu perancangan awal dan bimbingan berterusan perlu
dibuat demi masa depan anak tersebut.
Perhatikan setiap kekuatan yang ada pada diri anak
istimewa tersebut yang boleh diasah secara berterusan
untuk dijadikan kerjaya kepada mereka apabila dewasa.
Jangan sekali membuat pilihan berdasarkan apa yang
ibu bapa suka sedangkan anak tersebut langsung tidak ada
kekuatan untuk melakukannya.
Saya berikan comtoh.
Seorang anak istimewa perempuan sangat
suka mengurus dapur dan membantu ibu
memasak.
Pekerjaaan yang sesuai untuk anak ini ialah
samada menjadi pembantu atau membuka kedai
makan. Teruskan memberi bimbingan dan
galakan kepada anak tersebut demi mencapai
cita-cita.
Jangan sekali-kali ibu bapa memaksa anak ini
menjadi pengasuh bayi kerana memikirkan ianya
lebih sesuai.
Tindakan serupa ini akan mengundang masalah
yang lebih besar. Keinginan berusaha akan menjadi
terbantut. Kemahiran baru ini lambat untuk dicapai.
Mereka akan berputus asa.
Ini akan menguatkan lagi sangkaan buruk
ahli masyarakat bahawa anak istimewa memang
tidak boleh buat apa-apa. Jadi cuba elakkannya.
Perlu diketahui bahawa persediaan awal untuk mereka
berdikari bukan sahaja tugas guru, namun ibu bapa juga
perlu mengambil peranan di rumah.
Kesinambungan di rumah terhadap pembelajaran sesuatu
kemahiran sangat membantu anak istimewa untuk berdikari.
Selalu yakinkan bahawa mereka boleh. Terangkan selalu
setiap target kita.
Bnyakkan solat hajat dab berdoa. Insya Allah akan berjaya.
Sediakan payung sebelum hujan.

Selasa, 24 Julai 2018
BICARA YB/ SEMINAR
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Seminar : Mengoptimumkan Potensi Anak-Anak.
Antara Tingkahlaku atau anugerah.
Slot 2: En Mohd Adli Yahya,
Pengasas Autisme Cafe Project Malaysia.
Intipati perkongsian:
1. Apabila tidak boleh menerima anak Autisme, itulah
punca kepada segala masalah.
2. Cari jalan biar apabila kita tiada, anak boleh berdikari.
3. Ajar anak istimewa hati kena "kering".
4. Allah memberi sesuatu "bersebab".
5. Jangan terlalu "melindungi"
6. Latih anak cara untuk hidup.
7. Cari jalan dengan memilih pekerjaan yang anak suka.
8. Cari pekerjaan yang mudah tetapi perlu.
Contoh: Laundry
Mencuci kereta.
Kafeteria
"Usaha disaluti doa"

Sabtu, 21 Julai 2018
BICARA YB/ SEMINAR
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Seminar Mengoptimumkan Potensi Kanak--Kanak.
21 Julai 2018.
9.00 pagi-12.00 tengah hari
Auditorium KAYM
Anjuran PPKI SK Ayer Molek
Penceramah: Puan Mahfuzah Zainol dan
En Mohd Adli Yahya.
Seminar Mengoptimumkan Potensi Kanak--Kanak.
21 Julai 2018.
9.00 pagi-12.00 tengah hari
Auditorium KAYM
Anjuran PPKI SK Ayer Molek
Penceramah: Puan Mahfuzah Zainol dan
En Mohd Adli Yahya.
Jumaat, 20 Julai 2018
BICARA YB/ "TEAM WORK"
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Mendidik anak istimewa tidak boleh dilakukan sendirian.
Bergerak "solo" bakal menimbulkan tekanan
kepada individu yang terlibat dengan anak-anak ini.
Perlu ada "team work".
Ibu bapa, ahli keluarga, guru, pembantu pengurusan murid,
seluruh warga sekolah, ( guru, kakitangan sekolah, murid
tipikal) ahli perubatan dan ahli masyarakat.
"Team Work" membawa anak istimewa ke mercu jaya.
Banyakkan doa di dalam setiap usaha.

Rabu, 18 Julai 2018
BICARA YB/ SOLUSI
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Solusi keluaran 114.
Mengenengahkan kisah Tuah Anak Istimewa oleh
Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud dan
isteri beliau Norhayati Hj Ahmad Mansor.
7 pesanan untuk ibu bapa anak istimewa:
1. Bawa anak ke mana sahaja ibu bapa pergi.
2. Ibu bapa perlu banyak pengorbanan.
3. Hantar anak ke sekolah.
4. Bimbing anak solat.
5. Hantar ke fisioterapi.
6. Beri pendidikan agama.
7. Tidak malu mengaku ada anak istimewa.

Isnin, 16 Julai 2018
BICARA YB/ DOA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Mengiringi setiap langkah anak istimewa dengan doa
akan mententearamkan jiwa.
Jangan berhenti berdoa. Selagi hayat dikandung badan
Mengiringi setiap langkah anak istimewa dengan doa
akan mententearamkan jiwa.
Jangan berhenti berdoa. Selagi hayat dikandung badan
BICARA YB/ SEMARAK KASIH
Ujian kehidupan untuk setiap insan
adalah berbeza.
Mengikut kesesuaian seperti yang lebih
diketahui oleh Yang Maha Pencipta.
Mengikut kesesuaian seperti yang lebih
diketahui oleh Yang Maha Pencipta.
Bacalah buku "Semarak Kasih" selenggaraan
Tuan Mohamad Kholid ini.
Tuan Mohamad Kholid ini.
Akan timbul rasa bersyukur kerana ramai
rakan kita di luar sana yang lebih teruji
kehidupan mereka daripada kita.
Sebuah buku mengisahkan pengalaman sebenar
mengurus anak istimewa.
mengurus anak istimewa.
Banyak yang boleh diambil ibrah, untuk kita
menjadi lebih tabah.
menjadi lebih tabah.
Tahniah Tuan Mohamad Kholid dan "team".
Sabtu, 7 Julai 2018
BICARA YB/ LABEL
ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
LABEL
Ada di kalangan murid-murid kita yang lewat kematangannya.
Guru-guru jangan terlalu cepat "melabel".
"Budak ini istimewa".
Banyak aspek yang perlu dilihat untuk memastikan mereka
"istimewa". Bukan pemerhatian sekali lalu.
Murid perlu disahkan masalah mereka oleh pengamal perubatan
berdaftar disamping laporan jujur daripada ibu bapa serta guru
sebelumnya.
Memang ada di kalangan murid di sekolah rendah yang mempunyai
satu atau dua ciri "istimewa", namun mereka bukan total "istimewa".
Mereka tidak memerlukan Pendidikan Khas.
Mereka cuma memerlukan perhatian yang lebih daripada guru
dan ibu bapa.
Semoga bermanfaat.

BICARA YB/ TIPS
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Mengajar membaca murid-murid yang bermasalah
pembelajaran memerlukan "kerja lebih" dan penyusunan
langkah pengajaran di kalangan ibu bapa ataupun guru.
Tips yang boleh digunakan.
Tajuk: Huruf vokal.
1. Bina bahan bantu (huruf vokal) dalam bentuk
tulisan yang besar. (flash card/carta)
# Boleh menarik minat dan perhatian minat murid.
2. Jangan mengajar terlalu banyak isi pelajaran
dalam satu sesi pembelajaran.
Contoh: Kenalkan huruf "a"sahaja.
# Isi pelajaran yang banyak akan membuatkan
kanak-kanak keliru dan sukar untuk mengingat.
# Punca mereka merasakan pelajaran itu sangat "susah"
dan membebankan.
# Punca mereka tidak mahu belajar.
Bersambung ...

Ahad, 1 Julai 2018
BICARA YB/ MURID
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Wanita muda ini adalah bekas anak murid saya
20 tahun yang lalu.
Disebelah adalah anak beliau yang baru berusia 4 tahun.
Tadi, beliau tiba daripada Kuala Lumpur, dan saya mengambil
beliau di Melaka Central lalu membawanya pulang
beraya di rumah saya.
Allah!
Daripada semalam dia merancang untuk bertemu saya.
Sungguh panjang cerita, nak ditulis tak larat rasanya.
Berbelit-belit.
Nak gelak ada, nak marahpun ada.
Apapun, alhamdulilah.
Dia tiba di rumah saya. Hajat kami Allah sampaikan juga.
Setelah saya anak beranak dan dia juga sama-sama pening kepala.
Anak murid istimewa. Cikgupun kadang-kadang serupa juga.
Ha...ha....ha...💕

Selasa, 29 Mei 2018
BICARA YB/ PENGALAMAN
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Pengalaman mengajar anak-anak istimewa ini selama
hampir 19 tahun sebenarnya banyak menyuluh
kegelapan
hati saya. Kadangkala, terasa mereka sebenarnya lebih
ikhlas melakukan sesuatu berbanding kita yang
sempurna.
Pemberian kita mengharap ganjaran. Bantuan kepada yang
boleh memberi balasan. Sedangkan
mereka tidaklah
demikian.
Malah mereka sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu
menagih
sanjungan. Bantuan yang dihulurkan adalah
lahir daripada sikap
tanggungjawab dan bukan pujian
yang di harap.
Khamis, 24 Mei 2018
BICARA YB/ BOTOL SPRAY
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Menggunakan botol spray sebagai satu aktiviti pembelajaran adalah
amat menyeronokkan murid-murid.
Botol spray yang mengandungi air yang dibancuh warna dapat membantu
perkembangan murid-murid seperti berikut:
1. Perkembangan motor halus-menggunakan jari untuk memicit
pemetik botol spray.
2.Tumpuan- murid memberi tumpuan untuk melihat air berwarna
yang melimpah di kertas.
3. Warna- murid diajar mengenal warna.
Setiap usaha pasti akan ada hasilnya andai dilakukan
secara istiqamah.
Rabu, 23 Mei 2018
BICARA YB/ PENYEPIT BAJU
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Kalau kita melihat gambar penyepit baju ini kita mungkin
tidak menduga ianya boleh memberi kesan positif yang
banyak kepada proses perkembangan murid-murid, terutama
yang mengalami Masalah Pembelajaran.
Suka ingin saya kongsikan kebaikan penyepit baju ini
andai dapat digunakan semasa sesi pembelajaran.
1. Murid tidak merasa bahawa mereka sedang belajar,.
Kerana tugas mereka ialah memilih huruf dan menyepitkannya
di kad huruf.
2. Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus iaitu
membuka dan memasang penyepit di kad huruf.
3. Murid dapat mengenal warna.
4. Murid dapat mengira jumlah sepit.
5. Murid dapat mengenal huruf a.
6. Murid dapat mengenal perbezaan dan persamaan huruf dan warna.
Lihat. Hanya dengan penyepit baju dan kad huruf ini murid telah dapat
meningkatkan banyak kemahiran asas yang membantu mereka untuk
berkembang dengan lebih baik.
Oleh itu, kurangkan pensel dan kertas. Gantilah dengan bahan-bahan
Bantu yang boleh menarik minat murid untuk duduk belajar.
Banyakkan doa kerana pencapaian murid adalah dengan izin Allah.

Selasa, 22 Mei 2018
BICARA YB/ BELAJAR ATAU BERMAIN
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Seringkali saya mendengar rungutan ibu bapa
tentang anak yang tidak mahu belajar serta
sangat fobia dengan perkataan " belajar".
Saya juga pernah mengalami situasi ini dengan
seorang murid yang bermasalah slow learner.
Dia langsung tidak mahu masuk kelas apatah
lagi duduk di kerusi.
Alhamdulillah. Sedikit ilham Allah berikan.
Saya memujuk beliau dengan berkata.
"Jom kita bermain sama-sama".
Dia mula merapati saya dan duduk di kerusi
meskipun masih belum bersedia untuk membuat
aktiviti pembelajaran.
Saya langsung tidak menunjukkan pensel, lembaran
kerja ataupun buku kepada beliau.
Namun saya mengeluarkan peralatan permaian
seperti lego, puzzle huruf, straw dan sepit baju,
tanah liat dan sebagainya yang bersesuaian.
Dengan permainan itu saya mengajar beliau mengenal
nombor, warna dan huruf.
Setelah beberapa kali pertemuan akhirnya
murid tersebut masuk kelas dengan sukarela
dan duduk di kerusi untuk "bermain" bersama saya.
Selamat mencuba.

Selasa, 8 Mei 2018
BICARA YB/ INTERVENSI
Alhamdulillah.Diizinkan saya menulis.
Anak-anak istimewa yang diberikan intervensi
awal adalah lebih cepat berkembang kemahiran
kognitif mereka berbanding anak istimewa
yang tidak diberikan intervensi awal.
Apapun, banyakkan berdoa. Semoga Allah
permudahkan.

Ahad, 6 Mei 2018
BICARA YB/ LATIHAN
ALhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Latihan membuat kerja rumah yang mudah adalah
sangat penting untuk anak-anak istimewa.
Ianya boleh membantu perkembangan kemahiran berikut:
Saya berikan contoh.
1. Membuka dan menutup pintu:
i. Kemahiran mendengar dan mematuhi arahan.
ii. Kemahiran motor halus (memegang dan memulas
tombol pintu)
2. Menyusun kasut di rak kasut.
i. Kemahiran mendengar arahan.
ii. Kemahiran motor halus
iii. Kemahiran kognitif. ( susun kasut ikut pasangan)
3. Menyusun pinggan mangkuk dan yang seumpama
dengannya.
i. Kemahiran mendengar arahan.
ii. Kemahiran motor halus
iii Kemahiran .kognitif. (sama saiz. Sama warna, urutan)
Ada banyak lagi latihan asas di rumah yang boleh dilakukan oleh
anak-anak istimewa bagi membantu berbagai perkembangan diri
mereka, terutama pengurusan diri.
Banyakkan berdoa. Allah akan membantu kita kerana anak-anak
isitmewa adalah satu hadiah

Jumaat, 4 Mei 2018
BICARA YB/ PENGAJARAN INDIVIDU.
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Mengajar anak-anak istimewa meskipun di dalam kumpulan
kecil, (6 orang) namun ianya adalah satu cabaran besar.
Tingkahlaku mereka yang berbagai disamping tahap
kemahiran dan pencapaian yang berbeza menyukarkan
guru untuk mengajar secara "kelas".
Untuk mengajar secara individu pula memerlukan
tahap kemahiran dan kepakaran pada diri seseorang
guru. Andaikata, guru yang baru menjalankan tugas
sebagai guru Pendidikan Khas ianya adalah sangat
mencabar.
Saya pernah lakukan begini.
1. Bahan bantu mengajar dan latihan bertulis untuk murid
perlu disediakan terlebih awal sebelum pdp.
2.Setelah seorang murid diajar, terus berikan latihan bertulis
kepada murid tersebut, sementara guru mengajar murid lain.
3.Andai murid tersebut telah berjaya menyelesakan tugasan,
sedangkan murid lain masih belum diajar secara individu,
guru boleh menambah lagi latihan bertulis kepada murid tersebut.
4. Jika murid telah bosan, guru boleh selang selikan dengan aktiviti
lain yang membantu perkembangan kognitif mereka, ( bermain lego,
plastesin, puzzle dsbnya).
Boleh juga diberikan aktiviti yang mereka suka, asalkan membantu
perkembangan.
-Saya berikan satu contoh:
Kes pertama:
Saya pernah mengajar seorang murid downsindrome yang haiperaktif.
Beliau suka berlari apabila tidak diberi perhatian kepada guru.
Saya mengenalpasti beliau suka mengasah pensel.
Oleh itu, setiap kali tugasan beliau selesai, saya akan memberikan
kepada beliau pensel-pensel warna untuk di asah.
Pada masa melakukan aktiviti tersebut, tanpa kita sedari sebenarnya
beliau sedang menguasai kemahiran motor halus, pengamatan dan
pengurusan tingkahlaku.
Kes kedua:
Seorang murid autisme haiperaktif yang suka melukis dan mewarna.
Setiap kali siap tugasan dan ingin bangun daripada tempat
duduk saya akan mengulurkan kertas lukisan dan pensel warna
untuk beliau melakukan aktiviti yang diminatinya itu.
Hasil yang boleh didapati daripada kaedah yang saya gunakan ini ialah:
1. Setiap murid dapat merasa pengajaran secara individu, disamping
saya tidak mengabaikan murid lain.
2. Dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motor halus,
pengamatan dan pengurusan tingkahlaku.
3. Mereka belajar berdikari dengan melakukan aktiviti kesukaan
mereka tanpa bantuan guru.
4. Mereka juga belajar untuk mematuhi arahan.
Jangan lupa untuk melibatkan kerjasama dengan Pembantu Pengurusan
Murid kerana ia sangat penting bagi melancarkan sesi pembelajaran.
Semuanya adalah izin Allah juga. Sekecil manapun usaha kita,
banyakkan berdoa. Semoga berjaya.
BICARA YB/ DOA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Sebagai guru mahupun ibubapa yang terlibat
mendidik anak istimewa, sudah pasti tidak dapat lari
daripada perasaan tidak dapat bersabar, kerana kelewatan
anak-anak ini memahami dan menguasai setiap perkara yang
diajarkan kepada mereka. Ditambah dengan tingkahlaku
mereka yang tidak boleh diurus.
Kadangkala, perasaan tidak sabar ini boleh menyebabkan
kita naik tangan ataupun mengeluarkan kata-kata
kasar kepada mereka.
Perlu diingat. Kata-kata ibu bapa dan guru adalah satu
doa kepada anak-anak ini.
Ia sebenarnya sangat berbahaya. Meskipun tidak menimbulkan
kesan kepada tubuh mereka, namun boleh memberi kesan
kepada perkembangan emosi mereka.
"Bagusnya!"
"Bijak! "
"Pandai!"
"Cuba lagi! "
Ini adalah contoh kata-kata positif yang boleh memberi
kesan yang baik kepada perkembangan emosi
anak-anak ini, berbanding,,
"Mengapa teruk sangat! "
"Apasal susah sangat nak dapatni?"
"Mengapa nakal sangat?"
yang merupakan kata-katan negatif kasar yang menjadi satu doa
agar anak-anak ini menjadi lebih kritikal.
Ada di antara kita kurang menyedari perkara ini.
Rungutan lahir daripada mulut kita.
"Mengapa anak murid saya semakin nakal?"
"Mengapa anak saya makin degil?"
Jawapan sebenarnya ada pada diri ibu bapa mahupun guru
itu sendiri.
Masakan anak itu akan menjadi semakin baik.
Sedangkan saban hari kata-kata kasar yang negatif
keluar daripada mulut ibu bapa ataupun guru
serta menjadi doa untuk mereka.

Khamis, 26 April 2018
BICARA YB/ MENGAJAR MEMBACA KVKV
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh
digunakan untuk mengajar kanak-kanak
yang menghadapi
Masalah Pembelajaran untuk membaca.
Contoh:
Kemahiran
|
Panduan
|
kvkv
|
Diperingkat awal mengajar murid mengenal perkataan kvkv, adalah lebih
sesuai menggunakan kad sukukata dan kad perkataan.
Tulisan yang besar di kad perkataan lebih menarik perhatian murid.
|
|
Ajarkan kepada murid perkataan kvkv sehingga
mereka boleh membaca dan
menulisnya.
|
|
Jangan ubah kepada kemahiran
kvk selagi kemahiran di atas tidak dikuasai sepenuhnya.
Berbagai kemahiran diajar serentak boleh menyebabkan murid berasa sukar dan membantutkan minat mereka untuk terus
belajar.
|
|
Latihan yang ada di dalam buku-buku
latihan
yang dijual di pasaran
kebanyakannya tidak
bersesuaian kerana dicampur
adukkan berbagai
tahap kemahiran sukukata.
Ianya boleh mengganggu pengecaman dan
ingatan murid.
|
|
Diperingkat awal guru perlu bekerja lebih sedikit untuk menyusun
perkataan dan membina lembaran kerja dengan perkataan kvkv.
Lembaran kerja perlu dimuatkan hanya dengan 4 atau 5 soalan sahaja.
Faktor banyaknya soalan di
dalam lembaran kerja akan membuatkan
fikiran mereka bercelaru dan akan membantutkan keinginan mencuba.
|
|
Wujudkan modul berdasarkan perkataan kvkv untuk memudahkan ibu bapa
melakukan kesinambungan di rumah.
|
|
Sediakan paling kurang 50 patah perkataan kvkv untuk dikuasai oleh
murid.
|
|
Tulisan di carta dan gantungkan di dalam kelas perkataan kvkv yang
telah guru susun, supaya ianya boleh menjadi bahan bantu pengukuhan ataupun latihtubi semasa guru mengajar dan waktu relief
guru lain.
|
|
Sediakan senarai semak pencapaian murid.
|
|
Murid dikira telah menguasai kemahiran apabila semua ataupun tiga
perempat daripada 50 perkataan tersebut telah boleh dibaca dan ditulis.
|
|
Setiap kali ingin memulakan pengajaran berikan ejaan perkataan kvkv
untuk menggalakkan murid berfikir dan mengingat.
|
|
Sediakan ganjaran positif untuk menarik minat mereka.
|
|
Guru boleh terus mengajar murid membaca ayat melalui perkataan kvkv
yang telah diajar.
|
|
Akhir sekali guru boleh membina petikan mudah daripada perkataan kvkv
dan melatih murid menjawab soalan kefahaman.
|
Boleh juga digunakan di kelas aliran perdana untuk murid Pemulihan
Khas dan murid yang terlibat dengan Program LINUS.
Banykkan berdoa. Allah sahaja yang boleh
memberi kejayaan kepada
mereka asbab daripada
usaha kita sebagai guru ataupun ibu bapa.
Rabu, 25 April 2018
BICARA YB/ SENARAI SEMAK
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran
sukar
untuk mengingat apa yang telah
mereka pelajari. Oleh itu mereka
mengambil masa yang lama untuk menguasai
sesuatu kemahiran.
Kadangkala, disebabkan masa untuk menguasai sesuatu
kemahiran
terlalu lama, guru sendiri
kurang pasti tahap sebenar pencapaian
murid tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini saya suka untuk mencadangkan
agar
guru menyediakan senarai semak untuk setiap murid.
Antara kebaikan senarai semak ialah:
i.
Dapat membantu guru
mengenalpasti tahap pencapaian murid.
ii.
Merupakan bahan bukti
pembelajaran dan pencapaian murid
serta bukti penilaian telah dibuat
oleh guru.
iii. Merupakan bahan bukti
bertulis yang boleh ditunjukkan
kepada ibu bapa atau penjaga terhadap
pencapaian murid.
iv.
Mengelakkan guru daripada mengajar
kemahiran yang serupa.
v.
Menjadi panduan kepada guru
yang baru mengambilalih
mengajar murid.
vi.
Menjadi panduan kepada guru
untuk mengenal pasti kemahiran
yang perlukan pengayaan dan yang perlu pengukuhan.
Ada berbagai cara senarai semak ini boleh dibuat.
Salah satu
cara yang mudah adalah seperti berikut:
Kelas: Harapan 1
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Senarai semak pencapaian huruf vokal.
Tarikh mula mengajar:_____________
Nama/Kemahiran
|
a
|
e
|
i
|
o
|
u
|
|||||
1.Hamidah
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2. Ravi
|
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3. Siti
|
T
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4.Ahmad
|
T
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Musa
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Aminah
|
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanda tangan guru: Tandatangan
Guru Besar:
______________________ _______________________
Petunjuk:
( /) Murid
Telah Kuasai. (X) Murid Tidak Kuasai. (T)Penguasaan Tidak Menentu
Tujuan saya menyediakan dua ruangan kosong di dalam setiap
kemahiran
mengenal huruf vokal ini ialah untuk memudahkan guru menandakan
tahap
pencapaian pada kali kedua penilaian andai murid masih tidak
kuasai. Andai
perlu boleh juga disediakan 3 ruangan kosong, untuk
memudahkan guru menilai kali ke tiga.
Boleh juga dituliskan tarikh penilaian dibuat pada
pencapaian murid.
Guru boleh menulis senarai semak ini samada di bahagian belakang
buku ringkasan mengajar ataupun ditulis dimanila kad dan digantung
di dalam
kelas supaya murid boleh melihat sama pencapaian mereka.
Banyakkan berdoa. Semoga Allah terangkan hati anak-anak ini
mengingati setiap yang dipelajari.
Langgan:
Catatan (Atom)