Jumaat, 10 Ogos 2018

BICARA YB/ INGAT

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Saya masih teringat kisah seorang murid bermasalah Autisme
yang saya ajarkan  menulis dengan cara yang betul.

Murid lelaki itu saya namakan R. R mula belajar di PPKI
tempat saya bertugas sekitar berumur 8 tahun. Dia telah
boleh menulis, namun tulisan R terlalu rapat.

Di antara setiap perkataan langsung tidak ada ruang kosong.
Memang tidak boleh dibaca makna perkataan yang ditulisnya
kerana bersambung di antara satu sama lain.

Puas saya memikirkan cara mengatasi. Akhirnya Allah beri
ilham.

Saya melaksanakan pengajaran secara individu setiap kali
ingin menyuruh R menulis.

Selesai dia menulis satu perkataan saya akan mengarahkan
R meletakkan satu jari sebagai pemisah diantara huruf yang
telah dan yang akan  ditulis.

Saya kurang pasti berapa lama masa yang saya ambil untuk
memastikan R menguasai kemahiran menulis dengan betul.

Namun saya amat gembira  apabila pada suatu hari emak
bercerita kepada saya.

Ibu R sangat bangga kerana berkat  latihtubi yang saya berikan
semasa R bersekolah rendah, tulisan R masih kekal kemas dan
cantik meskipun R telah tamat bersekolah dan kini berusia awal
20-an.

Isitmewanya anak Autisme ialah,  meraka sukar untuk menerima
sesuatu kemahiran baru, namun apabila telah menguasainya,
mereka  akan mengamalkan untuk selamanya.

Belakang parang, anadai diasah akan tajam juga.

Usaha dana doa usah dipisahkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan