Khamis, 2 Ogos 2018

BICARA YB/ PERSEDIAAN

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Persediaan untuk masa hadapan anak istimewa meskipun
hanya "slow leaner" perlu dirancang awal.

Ibu bapa jangan sekali-kali berasa selesa dengan pertolongan
anak-anak yang lain kepada anak isitmewa tersebut, sehingga
terlupa suatu hari nanti apabila ibu bapa telah tiada,  apa akan
terjadi kepada anak istimewa andai dia tidak boleh berdikari.

Bukan kita tidak mempercayai kasih sayang dan ketulusan
adik beradik normal yang lain. Bukan juga kita mahu bersangka
buruk.

Banyak kisah yang telah berlaku. Anak-anak istimewa ini
terbiar tanpa bantuan dan perhatian apabila ibu bapa telah
tiada. Mereka dipinggirkan oleh adik beradik sendiri.

Oleh itu perancangan awal dan bimbingan berterusan perlu
dibuat demi masa depan anak tersebut.

Perhatikan  setiap  kekuatan yang ada pada diri anak
istimewa tersebut yang boleh diasah secara berterusan
untuk dijadikan kerjaya kepada mereka apabila  dewasa.

Jangan sekali membuat pilihan berdasarkan apa yang
ibu bapa  suka sedangkan anak tersebut langsung tidak ada
kekuatan untuk melakukannya.

Saya berikan comtoh.

Seorang anak istimewa perempuan sangat
suka mengurus dapur dan membantu ibu
memasak.

Pekerjaaan yang sesuai untuk anak ini ialah
samada menjadi pembantu atau membuka kedai
makan.  Teruskan memberi bimbingan dan
galakan kepada anak tersebut demi mencapai
cita-cita.

Jangan sekali-kali ibu bapa memaksa anak ini
menjadi pengasuh  bayi kerana memikirkan ianya
lebih sesuai.

Tindakan serupa ini akan mengundang masalah
yang lebih besar. Keinginan berusaha akan menjadi
terbantut. Kemahiran baru ini lambat untuk dicapai.
Mereka akan berputus asa.

Ini akan menguatkan lagi sangkaan buruk
ahli masyarakat bahawa anak istimewa memang
tidak boleh buat apa-apa. Jadi  cuba elakkannya.

Perlu diketahui bahawa persediaan awal untuk mereka
berdikari bukan sahaja tugas guru, namun ibu bapa juga
perlu mengambil  peranan di rumah.

Kesinambungan  di rumah terhadap pembelajaran sesuatu
kemahiran sangat membantu anak istimewa untuk berdikari.
Selalu yakinkan bahawa mereka boleh. Terangkan selalu
setiap target kita.

Bnyakkan solat hajat dab berdoa. Insya Allah akan berjaya.

Sediakan payung sebelum hujan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan