Isnin, 29 Oktober 2018

BICARA YB/ AMANAH

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Apabila mengajar di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pmebelajaran,
sering kita berhadapan  dengan kelakuan anak-anak istimewa ini yang menguji
kesabaran.

Buang air besar dan air kecil di dalam seluar, memukul kawan, mencuri,
bermain di dalam bilik air, berlari keluar kelas sewaktu PnP dan sebagainya.
Ini adalah antara kerenah yang menguji kesabaran.

Apabila berhadapan dengan kes begini, andai tidak bersabar, pasti ada guru
 ataupun pembantu pengurusan murid yang "terlepas tangan",  memukul.

Namun, tidak kurang juga guru yang mampu tersenyum melayan kerenah
mereka ini.

Itulah yang dikatakan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan semua guru atau
pembantu pengurusan murid boleh melakukannya.

Hanya yang memahami, bahawa murid-murid ini adalah amanah daripada
Allah sahaja yang boleh bersabar dan  melaksanakan tugas mereka dengan
penuh kasih sayang dan bertanggung jawab.

 Sabar datang daripada Allah. Marah datang daripada syaitan.
Mohonlah kepada Allah agar kita diberi kesabaran.

Insya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan