Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Pengalaman mengajar anak-anak istimewa ini selama
hampir 19 tahun sebenarnya banyak menyuluh
kegelapan
hati saya. Kadangkala, terasa mereka sebenarnya lebih
ikhlas melakukan sesuatu berbanding kita yang
sempurna.
Pemberian kita mengharap ganjaran. Bantuan kepada yang
boleh memberi balasan. Sedangkan
mereka tidaklah
demikian.
Malah mereka sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu
menagih
sanjungan. Bantuan yang dihulurkan adalah
lahir daripada sikap
tanggungjawab dan bukan pujian
yang di harap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan