ALhamdulillah. Diiznkan saya menulis.
Betulkah?
Orang yang sering menyusahkan hidup kita itu
datang dengan kerelaan hatinya, bukan atas kehendak
sesiapa?
Jika kita yakin tentang ketetapan Allah, pasti
sangkaan itu tidak timbul.
Yakinlah. Orang yang selalu meremukkan hati
kita itu adalah hadiah Allah kepada kita.
Bukan hadiah biasa-biasa.Namun hadiah istimewa.
Semakin banyak PERANGAInya yang menjeruk hati,
menyakitkan mata, mengeratkan lagi hubungan kita
denganNYA.
Membolehkan kita sering meminta kepadaNYA dan
tidak leka.
Membolehkan kita sering sujud merendah diri kepadaNYA
dan tidak bebangga-bangga.
Ikatlah dia kepada kebaikan melalui doa kita.
Semua itu pahala. Semua itu ibadah. Andai kita redha.
Jangan dijauhi mereka andai inginkan Allah sentiasa
mendekati kita.
Memaparkan catatan dengan label Mencari bahagia. Papar semua catatan

Jumaat, 22 September 2017
Rabu, 23 Ogos 2017
BICARA YB/ILMU
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Menuntut ilmu sangat penting.
Beramal /praktikkan ilmu yang dipelajari
adalah lebih penting.
Tidak akan jadi seorang pakar/ mahir dalam
apa juga bidang andai boleh bercakap berdasar
ilmu namun tidak pernah beramal dengannya.
Kerana pengalaman adalah guru di dalam
memantapkan ilmu.
Kenangan 1992 yang tidak akan dilupakan.

Khamis, 3 Ogos 2017
BICARA YB/ MUHASABAH DIRI
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Hari ini anak yang bongsu berkata kepada saya:
"Mak bila memasak dapur mesti bersepah"
Tiba-tiba saya teringat ayat yang sama pernah
dilontarkan kepada emak satu masa dahulu.
Moralnya:
1.Sejarah kehidupan pasti berulang.
2.Banyakkan bertaubat atas dosa lalu.
3.Jangan salahkan anak andai mereka lakukan
kesilapan.
Jelaskan cara yang betul dan selalu muhasabah diri.

BICARA YB/ 3 HB OGOS 1985
Alhamdulillah. Diizinkan saya untuk menulis.
Gambar kenangan 32 tahun
dahulu pada hari ini.
3 hb Ogos 1985
Bersama,
Berpenat lelah mengarungi ombak
kehidupan.
Kadangkala kami terhempas.
Masya Allah. Sakit. Perit.
Namun
Kerap juga kami bersama berenang
tenang.
Menuju pantai.
Bermain di pesisiran.
Sehingga melalaikan.
Tatkala tersedar.
Kami merayu kembali kepadaMU.
Hati terpujuk di atas sejadah.
Kami insan yang lemah.
Perlukan keampunan dan hidayah.
Berilah. Kepada kami yang selalu alpa.
Gambar kenangan 32 tahun
dahulu pada hari ini.
3 hb Ogos 1985
Bersama,
Berpenat lelah mengarungi ombak
kehidupan.
Kadangkala kami terhempas.
Masya Allah. Sakit. Perit.
Namun
Kerap juga kami bersama berenang
tenang.
Menuju pantai.
Bermain di pesisiran.
Sehingga melalaikan.
Tatkala tersedar.
Kami merayu kembali kepadaMU.
Hati terpujuk di atas sejadah.
Kami insan yang lemah.
Perlukan keampunan dan hidayah.
Berilah. Kepada kami yang selalu alpa.
Rabu, 26 Julai 2017
BICARA YB/HATI IBU
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Seawal 9.00 pagi saya sudah berada di kaunter farmasi
Klinik Ayer Keroh. Setelah mengambil nombor giliran,
saya menuju ke kerusi yang bersusun di ruang legar farmasi.
Tiba -tiba mata saya tertumpu kepada seorang kanak-kanak
lelaki ( lingkungan 11 atau 12 tahun) menolak kerusi roda
seorang wanita tua menuju ke arah yang sama.
Setelah mendekati mereka, saya mengucapkan salam dan
bersalaman dengan wanita tua itu sambil bertanya.
"Sakit apa makcik?"
"Sakit kaki", jawabnya sambil menunjukkan kaki kirinya kepada saya.
Saya hanya melihat dari jauh. Nampak biasa-biasa sahaja di mata
saya. Namun mungkin sakitnya itu hanya empunya diri yang rasa.
"Doktor kata apa?" Tanya saya kembali.
"Doktor kata tak boleh sejuk" jawabnya.
"Allah sayang makcik" . Kata saya kepadanya.
Kata-kata itu memang biasa digunakan untuk memujuk
diri sendiri ketika sakit atau siapa sahaja yang saya ziarahi
dan mengadu sakit kepada saya.
"Allah sayang?" Wanita tua itu memandang saya dan
bertanya dengan raut wajah kehairanan.
Setelah itu dia menutup mulut dengan kedua tangannya
sambil ketawa kecil dan mengulangi kata-kata saya itu.
Ternyata dia tidak memahami maksud yang tersirat di
sebalik kata-kata saya itu.
Atau dia rasa saya bergurau. Allah sayang, tapi beri sakit.
Melihat keadaannya itu, saya terus duduk di kerusi
berhampiran dengan kerusi roda yang didudukinya.
"Memang Allah sayang . DIA beri sakit supaya dosa-dosa
kita dapat diampunkan".
Saya menjelaskan kepada wanita tua itu.
Dia memandang wajah saya dan berkata lagi.
"Dah sakit macam ni , matipun tak apa".
Allahuakhbar. Lain benar bunyinya. Bisik hati saya.
Seperti putus asa, kecewa.
"Tak baik cakap macam tu". Saya cuba memujuk.
"Anak makcik berapa orang?"
Saya cuba mengubah tajuk perbualan supaya orang
tua itu tidak panjang kecewanya.
"Ramai, 8 orang. Itupun bila nak minta tolong
hantar ke klinik, dia kata dia, dia kata dia. Susah".
Jawapan yang diberikan itu sedikit sebanyak menerangkan
kepada saya tentang isi hati kecilnya.
Dia kecewa di atas sikap anak-anaknya.
"Dah tu siapa yang hantar makcik tadi? Saya bertanya kembali.
"Tu, anak bongsu makcik" sambil tangannya menunjuk kearah
seorang lelaki yang duduk di hadapan saya.
Dalam masa sama saya memandang, tiba-tiba lelaki itu menoleh.
Mungkin dia sebenarnya memasang telinga sejak tadi, mendengar
perbualan kami.
"Orang tua ni (dimaksudkan kepada makcik tersebut) tak de duit.
Itu yang semua tak mahu hantar. Cuba kalau banyak duit,
berebut nanti."
"Biarkan, esok-esok anak dia orang, buat macam tu juga kat
dia orang, baru padan muka".
Lelaki itu berkata sebagai melahirkan rasa marah dan
tidak berpuashati kepada adik beradiknya yang lain.
Saya terdiam. Kata-kata lelaki itu membantutkan hajat
saya untuk terus bersembang dengan wanita tua itu.
Kebetulan, nombor giliran saya dipanggil. Sayapun
bersalaman dengan wanita tua itu dan berlalu untuk
mengambil ubat.
Begitulah. Apabila telah tua, hati mudah terasa.
Kecewa dan sedih. Saya juga kadangkala mengalaminya.
Namun, setelah memikirkan bahawa Allah ingin mengampuni
dosa lalu saya, pernah berkasar kepada ibu bapa menyebabkan
saya cepat-cepat beristigfar dan memaafkan anak-anak saya.
Namun sebagai anak-anak fahamilah bahawa ibu qbapa yang
telah tua perlukan perhatian. Cubalah luangkan masa dan hulurkan
tenaga untuk membantu mereka sementara mereka masih lagi ada
didunia.
Menjaga ibu bapa demi mendapatkan syurga lebih baik berbanding
dunia dan segala isinya.

Ahad, 23 Julai 2017
BICARA YB/ PEKERJAAN
Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.
Beroleh pekerjaan mengikut seperti yang kita
cita-citakan adalah rezeki daripada Allah kepada
hambanya.
Namun tidak dinafikan ada di antara kita yang
bekerja kerana terpaksa.
Untuk menyara diri dan keluarga.
Ataupun untuk membayar kembali pinjaman
semasa belajar.
Namun hati sering tidak gembira.
Semua yang dibuat serba tidak kena.
Kerja tidak dengan sepenuh hati.
Ikhlas jauh sekali.
Kerana pekerjaan yang di miliki jauh daripada
impian di hati.
Pun begitu, perlu disedari.
Tidak semestinya Allah memberi apa yang kita hajati.
Kerana mungkin ia baik di mata kita tetapi tidak
disisiNYA.
Apa yang sedang berada di hadapan mata hadapilah
dengan gembira.
Kecaplah sedikit manis daripadanya.
Lupakan masam, masin dan pahitnya.
Latihlah hati untuk beralah dengan ketentuan.
Pasti ada hikmah yang telah ditentukan.
Kadangkala kita perlu pasrah dan tabah.
Demi secebis kegembiraan di dalam kehidupan.
Teringat kepada luahan hati seseorang kepada saya.
"Walaupun saya tidak berminat dengan kerja yang ada
sekarang, tetapi saya sedang cuba buat yang terbaik
supaya dapat menghalalkan gaji yang saya terima".
Hidup ini indah apabila kita sentiasa berlapang dada.
Selasa, 11 Julai 2017
BICARA YB/ KHATAM AL QURAN
Alhamdulillah.
Kisah di hujung Ramadhan yang lalu.
Suara yang kedengaran di telefon bimbit pagi itu membuatkan
hati saya berdebar.
Sahabat saya menelefon saya sambil menangis.
Saya yang sedang berdiri ketika itu terus duduk di kerusi
yang berdekatan.
Ingatan saya terus menerpa kepada ibu sahabat saya itu.
Telah tua dan kurang sihat .
Adakah ibunya meninggal dunia ?
Mengapa dia menangis beria-ria ?
Namun setelah dia bersuara dengan tenang baru saya
memahami apa yang ingin disampaikan.
MasyaAllah. Rupanya dia ingin menyampaikan kepada
saya satu berita gembira.
Dia berjaya mengkhatamkan Al Quran setelah bersungguhan
mengaji sepanjang bulan Ramadhan.
Perkara yang pertama kali berjaya dilakukan setelah
berpuluh tahun diberi usia oleh Allah.
Saya turut menangis gembira dengan perkhabaran itu.
Bagi saya sahabat saya itu adalah pilihan Allah.
Cita-citanya untuk boleh membaca Al -Quran telah
Allah perkenankan.
Hampir setahun dia berguru dengan saya. Bermula daripada
Iqraq 1 hingga Iqraq 6.
Diteruskan dengan membaca Quran. Akhirnya bulan
Feb 2016 dia bersama 3 lagi rakan- rakan mengaji
dewasanya telah khatam Al- Quran di rumah saya.
Mengimbas kembali saat dia berguru dengan saya
sangat memotivasikan saya untuk mengajar.
Tidak kenal putus asa dan kecewa. Meskipun pada
mulanya terasa sukar namun usaha dan doanya yang
tidak berhenti telah membuahkan hasil.
Syukur. Dia berjaya mencapai cita-citanya.
Saya berpeluang beroleh pahala melalui dia.
Gembira menjadi guru kepadanya.
Akhir perbualannya, dia bersungguhan meminta saya
mendoakannya.
Biar dapat khatam Al Quran di hadapan Baitullah.
Airmata saya meluncur laju mendengar permintaannya.
Insyaallah sahabat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Marilah kita sama -sama meminta.

Jumaat, 3 Mac 2017
BICARA YB/HARAPAN
Alhamdulillah.
Setiap kali melihat statusnya di Muka Buku saya terbayangkan
wajahnya semasa masih bergelar murid sekolah rendah
di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi.
Amat jauh berubah. Umpama langit dan bumi.
Ketika dia datang ke sekolah untuk menziarahi
saya, hampir tidak dapat saya mengenalinya.
Dahulu. Semasa saya mengajarnya di sekolah rendah
tubuhnya berisi. Keadaan itu menjadikan dia kelihatan rendah.
Kini dia sangat jauh berubah. Tinggi lampai dan
sangat tampan.
Mujur tahi lalat di dagunya berjaya mengembalikan
Ingatan lama saya kepadanya.
Itu kisah 2 tahun lalu. Semasa dia sedang menunggu
keputusan SPM.
"Saya fikir nak buka bengkel motosikal cikgu"
Itu jawapannya semasa saya bertanya tentang cita cita.
Sayapun mencadangkan beberapa perkara yang boleh
dia lakukan untuk menubuhkan sebuah bengkel.
Pertemuan kami tidak berakhir disitu. Selang beberapa
minggu saya mempelawanya untuk bercakap sedikit tentang
cita-cita kepada rakan-rakan senasibnya di sebuah Program
Motivasi untuk murid Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh
mahasiswa dan mahasiswi sebuah IPTA.
Saya amat terkejut. Masa 10 minit yang saya beri kepadanya dapat dimanfaatkan. Macam penceramah.
Memberi nasihat kepada adik-adik, mengingatkan dan
menjelaskan cita citanya iaitu ingin menjadi seorang pensyarah.
Saya yang berada di sudut pentas ketika itu terpegun.
"Tinggi rupanya cita-cita dia . Bukan mekanik bengkel".
Tersentuh hati saya.
"Ya Allah perkenankanlah cita-cita anak muridku ini"
Itulah doa seorang guru untuk muridnya ketika itu.
Cerita beliau seterusnya di Muka Buku ialah beliau telah
berjaya menyambung pelajaran ke tingkatan 6.
Ketika membacanya saya seolah-olah tidak percaya.
Teringat sewaktu mula mula melaksanakan program
Pendidikan Khas Integrasi dia adalah antara murid
terawal yang berada di program itu.
Ketika itu dia baru mengenal perkataan 2 sukukata meskipun
telah berusia 9 tahun. (Kalau tak silap)
Dia adalah antara murid yang banyak mulut di program saya.
Selalu menjawab sehingga terpaksa ditegur dan dimarahi.
Lambat menerima, namun ada usaha.
Sewaktu melatih dia untuk pertandingan bercerita dia
masih belum lancar membaca. Saya telah menaip isi cerita
menggunakan saiz huruf yang besar dengan warna berbeza.
Sebenarnya masa itu kemahiran 2 dalam 1 telah dia kuasai.
Membaca dan bercerita.
Saya juga meminta ayahnya menghantar dia ke rumah saya
setiap hari Sabtu untuk menyamhung latihan.
Setiap kali pertandingan berlangsung saya yang berada di bawah
pentas tidak berhenti berzikir, berselawat dan berdoa agar dia
dapat bercerita dengan baik.
Alhamdulillah. Walaupun saya tahu dia sakit hati dengan saya
sebab selalu memaksa, namun kejayaan telah berjaya dia raih.
Johan bercerita di peringkat zon, negeri dan akhirnya tempat
ke 2 di peringkat kebangsaan.
Dari cerita dan gambarnya di muka buku saya tahu dia anak
yang soleh. Masjid dan majlis ilmu adalah antara tempat
tumpuan dia.
Hingga kini saya sentiasa mengikuti perkembangannya di
Muka Buku.
Menyimpan harapan tinggi agar nama saya tidak dilupakan
di dalam doanya kepada Allah tentang keampunan. Samada
saya masih ada atau telah meninggalkan dunia ini.
Itulah sebenarnya harapan melangit tinggi daripada
seorang guru yang semakin hampir waktu pertemuan
dengan pencipta.

Langgan:
Catatan (Atom)