Alhamdulillah. Diizinkan saya untuk menulis.
Gambar kenangan 32 tahun
dahulu pada hari ini.
3 hb Ogos 1985
Bersama,
Berpenat lelah mengarungi ombak
kehidupan.
Kadangkala kami terhempas.
Masya Allah. Sakit. Perit.
Namun
Kerap juga kami bersama berenang
tenang.
Menuju pantai.
Bermain di pesisiran.
Sehingga melalaikan.
Tatkala tersedar.
Kami merayu kembali kepadaMU.
Hati terpujuk di atas sejadah.
Kami insan yang lemah.
Perlukan keampunan dan hidayah.
Berilah. Kepada kami yang selalu alpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan