Ahad, 31 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KISAH SERUPA.















Mendengar  cerita guru  itu  membuat aku  muhasabah  diri.
Mengapa  dia yang   Allah  hantar  untuk bersamaku  dalam
mesyuarat pada hari itu.

 Adakah  sebagai   penambah  dosa  yang
ada  atau  aku  perlu  berkata  sesuatu   supaya  guru  itu  sedar
akan   kesilapan  yang sedang  dilakukannnya.

Siapalah  aku? Tidak  ada  sedikit  kuasapun  untuk  memberi
hidayah  kepadanya.  Banyak  dosa-dosa  lalu  yang aku  pernah
lakukan  melalui  kejadian  serupa, Mencari  kelemahan dan kesalahan
rakan-rakan  dan pentadbir  sendiri.

Aku pura-pura  menukar  tajuk  cerita, tapi  maih  hampa.
Akhirnya  Allah  beri idea.

"Beginilah ...saya  cadangkan awak buat aje  kerja awak.
Doa  banyak-banyak  biar  dia berubah." kataku  padanya.

"Memang  saya  dah  buat  begitu, tapi  setiap  kali   mencuba
hati   saya  sakit.  Semua  kerja aya  kena   buat .  Dia  lepas  tangan"
Guru   itu  meluahkan  rasa  hatinya.

Aku  memahami.  Aku  pernah melaluinya.  Kisah  kami serupa.

"Lupakan   soal  sakit   hati. , fikirkan  bahawa awak  sedang  belajar
 mengurus   sebuah   sekolah.   Rezeki  milik Allah,   mana tahu  awak
pula  dipilih  menjadi  guru  besar.  Mudahlah  nanti."

Dia   diam  dan  merenung mataku.  Mungkin  memikir   apa
yang kukatakan.

"Saya  sebenarnya pun  macam  awak  dulu.  Selalu  mengata
orang lain  sebab  merasa  diri  hebat  dan   boleh buat  semua"

"Dua  tiga  kali  terdengar  sendiri staff  mengata saya,   membuatkan
saya  muhasabah  diri, bahawa  saya juga  banyak  kelemahan
dan  tidak  sepatutnya  mencari   kesalahan  orang lain ."

"Dua  tiga  kali itu  jugalah  yang membuat  saya  terfikir
bahawa  sejarah   akan   sentiasa  berulang  semula"

"Jika saya  suka  mengata,  akan  tiba  masa saya pula  yang dikata"

Dia  berhenti bercerita.  Diharap  Allah  pilih  dia tidak   mengulangi
kesilapan  yang serupa..




Selasa, 26 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERASAAN















Berkongsi perasaan dengan  seseorang yang   tidak pernah aku
kenali membuatkan aku ingin menulis sesuatu.

Melalui SMS  yang panjang lebar menjadikan aku tersentuh.
Perasaan keibuan  ingin kukongsikan bersama sesiapa
juga yang membaca blog ini.

Kasih  sayang, simpati,  bertanggungjawab, prihatin  dan berbagai
lagi perasaan  lain  amat diperlukan  apabila bergelar  guru
kepada anak-anak istimewa ini.

Pun begitu, ianya masih belum menyamai jika kita boleh memikirkan
satu perkara   iaitu:

"Andaikata itu adalah anak kita"

Jika persoalan itu boleh ditimbulkan dalam hati setiap guru PK,
maka SMS yang panjang  lebar itu tidak mungkin aku terima.
Ianya  datang  daripada seorang  ibu yang kecewa dengan perkara
yang sering berlaku.


Seperti dianaktirikan. Ditinggal dan dicutikan setiap kali
terapi di luar sekolah dilaksanakan.   "HAIPERAKTIF " satu
alasan  kukuh untuk mengecewakan hati seorang  ibu dan seorang anak
istimewa.

Hanya seorang ibu yang boleh memahami.
Hanya seorang ibu yang sering menangis dalam hati.
Hanya seorang ibu yang sering mencari ruang untuk berkongsi,
Kesedihan, kekecewaan anak yang dicutikan apabila ada
aktiviti terapi.

Apakah yang dapat ibu itu lakukan selain memujuk anak apabila
dicutikan.

Apakah yang boleh ibu itu lakukan selain
menyembunyikan kesedihan setiap kali anak merayu agar tidak
ditinggalkan.

Dan apa yang boleh dia lakukan selain terfikir dalam hati.

"Agak-agaknya anak  itu akan dibawa bersama oleh guru aktiviti
terapi  jika dia  telah tidak berkaki".

Aku  tidak  mahu menyalahkan sesiapa. Sebagai  manuia
kita mempunyai persepsi berbeza  dalam  setiap perkara.
Maaf jika ada yang terasa.

Hingga kini pengirim sms masih rahsia. Tidak kuketahui asal usulnya.

Pun begitu, jika berlaku kupinta lakukan sesuatu.
Jangan hampakan mereka.

Mereka ada perasaan yang perlu dihargai.
Mereka ada harga  diri  yang perlu di hormati.

Fikirkah  satu perkara iaitu:
"Andaikata  anak itu adalah anak kita"

Apakah  perasaan kita jika berlaku kejadian serupa?

Jumaat, 22 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TAHAN KERETA

Anak-anak istimewa terlalu tulus hati mereka. Sukar untuk
dinilai dengan kata-kata.  Meskipun tidak  semua orang
boleh memahaminya  namun ketulusan  mereka tetap  menyentuh
hati.

Setelah  aku  diarahkan berpindah  ke  sebuah  sekolah lain,
anak bongsuku tidak aku  pindahkan  sesi  sekolah agamanya
pada waktu petang.  Dia  amat menyayangi  rakan-rakan
lama. Perkara ini  telah memaksa  aku menghantarnya ke sekolah
tersebut pada setiap petang Rabu  sehingga  Jumaat.



















Pada suatu petang, aku dikejutkan oleh satu perisitiwa .
Semasa  sedang memandu melalui   sebuah lorong pintas
untuk ke sekolah  tersebut,  tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak
lelaki berdiri  ditengah-tengah lorong sambil mendepa tangan
sebagai isyarat menyuruh  aku berhenti.


Mujur kereta tidak kupandu laju. Aku merungut  kerana marah
dan  terkejut.


"Nak mati agaknya budak ni?"

Apabila  telah  berada dijarak dekat dengan kanak-kanak itu,
aku memberhentikan kereta. Anakku yang duduk di sebelah  telah
mula ketawa geli hati.

"Anak murid  mak lah" celah anakku.

Daripada marah, aku turut ketawa. 

" Kenapa  dia tahan kereta?", aku menyoal di dalam hati.

Dia merapati tingkap kereta di sebelahku. Aku lantas menurunkan
cermin kereta.

"Kenapa ni", aku menyoal.

"Saya  nak salam cikgu".

Tidak jadi  aku hendak memarahinya.
Dia adalah seorang murid istimewa(haiperaktif) yang belajar
di sekolah aku  bertugas sebelum ini.

Begitu ikhlasnya dia.  Ingin menujukkan kasih sayang dan hormat
tanpa mengetahui  perbuatannya itu merbahaya.  Hanya untuk
bersalam dia sanggup menahan  kereta yang sedang bergerak
tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Terkenang aku anak-anak normal bijak yang pernah aku ajar.
Adakalanya,  berselisih bahupun mereka tidak akan menegur.

Itulah yang dikatakan ketulusan hati  yang sukar untuk kita
cari di  dunia ini.  Hanya orang dipilih Allah dapat merasai.




Isnin, 18 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENANGAN

 Setiap cerita hidup adalah kenangan yang sukar untuk dilupakan.
                                            Bersama para pensyarah  daripada IPG
                                                Rakan lama yang terpisah sejak  tahun 1984

 
                                          Bersama  bekas Ustazah  yang mendidik  semasa
                                          di  sekolah  rendah.
Bersama ibu  mertua

                                                   Ibu mertua  dan  anak-anak                             


Bersama  anak-anak lelaki

Anak-anak dan menantu
                                                                Bersama suami tercinta

Sabtu, 9 Mac 2013

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ PERGI JUA

Tahun   2011 pada hari yang sama   peperiksaan  PMR  diumumkan,
anak  ini aku  temui  di  sebuah  pusat membeli   belah bersama ibu  dan
adik-adiknya. Berkerusi  roda  khas . Petah  berkata-kata meskipun
OKU.  Melalui  cerita  ibunya, anak ini menjadi  pelajar cemerlang OKU
negeri  Melaka  dalam  peperiksaan tersebut.

Hari  Khamis  7 Mac 2013  semasa taklimat berlangsung di  kediaman
Ketua  Menteri  Melaka sebuah  tabung derma diedarkan  kepada semua
pengetua  dan guru  besar negeri  Melaka.

Sumbangan untuk  keluarga  anak  ini. Rupa-rupanya anak  ini telah
 meninggal  dunia  di dalam  bilik  darjah pada 4  Mac 2013.

Pilu  hati   apabila  menerima khabar    ini. Dia  pergi  juga menemui tuhan.
Meskipun  harapan menggunung untuk  belajar dan  meneruskan  sisa-
sisa hidup   sebagai  OKU  yang berjaya, namun  Allah  lebih  mengetahui
segala rahsia.

Innalillahiwainnailaihirajiun....Semoga  rohnya  dirahmati  Allah.
Beruntunglah  insan-insan  yang pernah membantu  sepanjang
hayatnya  masih  ada. Diluar sedar sebenarnya kalian  telah  berbakti
kepada ahli  syurga.

















Wajah  masih  dalam kenangan
















Ada  cerita  di sebalik  setiap  pertemuan.





BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TUALA MANDI

Tidak   ada  apa pun  yang boleh  dibanggakan tentang diri kita.
Harta, kekayaan, pangkat dan  rupa  paras semuanya milik
Allah.  Tiba masanya semua akan kita tinggalkan .

Jika  hari  ini  kita boleh  mendabik  dada dengan
yang ada.  Jangan  lupa satu hari  kita  akan sendiri
tanpa teman di sisi. Meninggalkan segala yang pernah
kita miliki.

" Tanya bos  awak, mengapa servis hotel ni    teruk  sangat?"
tanya seorang  guru pendidikan khas  kepada pekerja  hotel  tersebut.

Kasihan  aku  melihatkan pekerja   itu. Terkebil-kebil  tak tahu
nak jawab  apa. Berdiri  tegak  macam orang salah.

"Ha,  satu  lagi,  bagi   tahu  bos  awak  tuala  mandi  yang
ada di bilik  I tu  teruk   sangat.   Kalau kat  rumah,  I  dah
buat lap  kaki aje".

Aku  pula  merasa malu mendengar   kata-kata itu. Kasihan
pekerja yang tidak  tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan.

Betapa megahnya apabila  bergelar orang kaya. Boleh  marah
siapa sahaja  ikut suka.

Maruah orang tidak pernah  kita fikirkan.

Itulah  dialog yang bukan   rekaan, tetapi yang pernah
didengar  dan lihat dengan  telinga dan mata sendiri  semasa terlibat
dalam  satu mesyuarat  pemurniaan Kurikulum  Pendidikan Khas
satu  masa dahulu.

Apalah  yang boleh  dibanggakan... semua pinjaman. Apabila tiba
masa ianya   perlu  dipulangkan.