Majlis sumbangan pelajar cemerlang UPSR 2012 oleh
JKK Semabok. Perasmian oleh Datuk Gan Tian Loo.
Isnin, 31 Disember 2012
Sabtu, 29 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AUTISME
Sedarkah kita semua bahawa anak autisme adalah insan yang
teristimewa daripada yang istimewa. Perkembangan mereka
yang amat unik adalah kurniaan Allah sebagai satu bukti DIA
berkuasa keatas segala sesuatu .
Cara mereka menerima segala tunjuk ajar adalah berbeza daripada
kita semua. Ketika rakan lain memandang kita semasa pengajaran
dan pembelajaran dia langsung tidak memberi perhatian.
Ketika rakannya yang lain menyebut semula apa yang diajarkan,
dia hanya berdiam diri bagai orang tidak mendengar.
Setelah sekian lama sesuatu tajuk diajar, rakan-rakan yang tekun
belajar selama ini telah lupa, tiba-tiba dia bersuara sebagai memberitahu
kita, dialah yang memahami dan mengingati semuanya.
Itulah anak autisme, bukan mudah hendak didekati, sukar untuk
difahami. Namun segala yang didengar dan dilihat tidak akan
mereka lupakan mungkin hingga ke akhir hayat.
Tidak semua anak autisme yang mempunyai kekuatan
begini. Pun begitu, mereka patut dihargai kerana keistimewaan
yang mereka miliki.
Semua perkembangan yang mereka tunjukkan memberi pengajaran
kepada kita bahawa Allah boleh melakukan segala sesuatu mengikut
kehendaknya tanpa siapapun boleh menghalang.
Teruskan usaha mendidik mereka kerana autisme adalah anak
istimewa bijak yang Allah jadikan sebagai ujian kepada kita untuk
lebih kuat berusaha.

Jumaat, 28 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAMUAN
Jamuan akhir tahun, perpisahan dan penghargaan
Tarikh: 28 Disember 2012
Tempat: Restoran Melayu Melaka.
Kehadiran: 70 orang (terdiri daripada guru-guru, YDP PIBG , AJK PIBG,
pekerja sekolah dan murid tahun 6 yang berjaya.
Perpisahan: Pn Hamidah Abu Bakar (bertukar ke SK Sri Duyong)
Penghargaan: 10 orang murid tahun enam yang mendapat 5A dalam UPSR .
Yang diraikan murid cemerlang 5A
Yang diraikan murid cemerlang 5A
Yang diraikan murid cemerlang 5A
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 5 MINIT
" Kak ada parent nak jumpa akak, tapi lima minit aje" beritahu
cikgu Ahmad Yunus kepadaku. pada satu pagi "Mengapa pula lima
minit aje?"aku menyoal kehairanan. "Entah" jawapnya pendek sambil
mengukir senyum." Suruh dia masuk" aku memberi pesanan sebelum
cikgu itu meninggalkan pejabat.
Apabila terpandang akan parent yang masuk itu aku sudah boleh
membaca apa yang akan berlaku. Padanlah cikgu Yunus senyum tadi.
Mesti ada complain lagi.
"Sila duduk encik, apa boleh saya bantu" kataku memecah kesunyian
pejabat. "Saya nak jumpa cikgu lima minit saja, lepas ni saya nak
pergi jumpa datuk(disebut nama seorang datuk).... pasal bantuan anak saya".
"Boleh, tidak ada masalah " jawapku. Tiba-tiba dia mengeluarkan
satu mangkuk bertutup yang di dalamnya penuh dengan ubat-ubatan.
"Ni saya nak tunjuk pada cikgu ubat anak saya..... (nama anaknya).
Saya dah bagi tahu cikgu masa baru masuk aritu, anak saya ada penyakit.....
Nasib baik belum nak mati lagi".
Aku nampak bapa itu serius . Persoalannya mengapa terjadi begitu.
Aku terus memerhatikan dia bercerita lagi, "Anak saya bagi tahu
ada cikgu disini tepuk meja marah anak saya. Saya boleh bawa
cikgu masuk mahkamah kalau berlaku apa-apa kepada anak saya"
bapa itu menyambung lagi. Menurut beliau anaknya diserang sakit
kronik berdasarkan pengesahan doktor.
Untuk meredakan bapa itu aku meyakinkan dia tindakan akan aku
ambil pada guru tersebut. Dia beredar setelah berpuas hati dengan
jawapan yang kuberikan.
Semasa rihat melalui perbincangan dengan rakan-rakan, aku meyentuh
tentang aduan tersebut dan minta jangan diteruskan jika benar ianya
berlaku.
Meskipun begitu, nasihatku pada rakan-rakan apabila berhadapan
dengan masalah sebegini guru harus teruskan usaha mendidik anak
tersebut. Masalah yang ditimbulkan oleh ibubapa bukan satu penghalang
untuk kita menyampaikan ilmu.
Dalam situasi ini ternyata bapa itu lebih bermasalah daripada anak
sendiri. Oleh itu bantulah anak itu agar kuah tidak akan tumpah
ke nasi.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/
Seorang bapa datang mendaftarkan anak di program pendidikan khas
tempat aku pernah mengajar. Kehadirannya kusambut sepertimana
ibubapa lain.
Dia merungut kepadaku tentang guru-guru di program lama anaknya
pernah belajar. Aku mendengar dengan taat tanpa memberi banyak
respond. Ia begitu banyak memburukkan tanpa ada sedikitpun
perkara baik yang boleh disebutkan.
Ada yang masuk akal. Ada juga seperti direka untuk menyedapkan
cerita. Meskipun begitu aku tidak menyimpan semuanya di hati.
Bagiku, semua orang ada kelemahan masing-masing dalam menilai
oran lain.
Jika aku memanjangkan cerita tidak mustahil satu hari nanti apabila
muridku berpindah ke program lain perkara sama akan berlaku.
Apapun... pesanan untuk diriku sendiri, apa yang orang lain kata
sebenarnya adalah satu cabaran untuk kita terus menjadi guru pendidikan
khas yang lebih baik dan bertanggungjawap.
Anak-anak yang datang kepada kita mempunyai keistimewaan mengikut
yang telah ditentukan oleh Allah. Terpulang kepada kita untuk mendidik
mereka dengan rasa tanggungjawap setimpal dengan gaji dan elaun yang
diterima.
IBUBAPA LEBIH TAHU TENTANG ANAK-ANAK MEREKA

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SEJARAH
Kita biasa mendengar program pendidikan khas integrasi pendengaran,
penglihatan dan bermasalah pembelajaran berada di dalam kawasan
sekolah aliran perdana.
Pun begitu telah berlaku satu perkara sebaliknya kini dalam sejarah
pendidikan khas di Malaysia. Sebuah bangunan pra sekolah untuk
anak-anak normal didirikan di dalam kawasan sekolah pendidikan
khas bermasalah pendengaran.
Ramai yang beranggapan negatif dalam perkara ini. Berbagai pandangan
yang aku terima sebagai tanda penolakan. Bagi mereka anak normal
tidak boleh belajar dalam kawasan yang sama dengan anak-anak
pendidikan khas bermasalah pendengaran.
Meskipun begitu, ianya harus di perjuangkan agar dapat
dikekalkan . Ini adalah kerana jika ingin masyarakat lebih memahami
apakah itu pendidikan khas disinilah tempatnya.
Insyaallah.
Selasa, 25 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KONGSI
Kongsikanlah segala masalah yang kita hadapi dengan pencipta tertinggi.
DIA lebih mengetahui dan boleh menjadi pendengar ikhlas.

Isnin, 24 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH IBU
Dari awal pertemuan lagi, ibu itu telah menanyakan berbagai soalan
yang kurang menyenangkan hatiku. Aku rasa amat tercabar
apabila dia mempertikaikan peraturan-peraturan yang sepatutnya dia
patuhi jika ingin memasuki PPKI.
Aku kurang senang dengan sikap ibu itu. Dia sukar menerima pandangan
dan terlalu cerewet. Dia seolah-olah tahu segala-galanya tentang pendidikan
khas, namun dalam masa yang sama sukar untuk mengikut peraturan yang
memang telah ditetapkan.
yang ditimbulkan, aku hilang sabar. Malas rasanya hendak menjawap
lagi soalan-soalan yang diajukannya.
dekat dengan tempat tinggalnya jika kurang berpuas hati dengan apa
yang aku laksanakan di SKUP.
" Saya tak sangka anak saya boleh jadi macamni cikgu" tiba-tiba ibu
itu meluahkan rasa hatinya dengan linangan airmata. Suasana yang
tegang bertukar kendur. Dia bercerita panjang sambil menangis.
Aku mula menyedari segala soalan-soalan yang menyakitkan hatiku
sejak mula tadi adalah cara ibu itu menahan perasaan sedih. Dia sedaya
upaya cuba menafikan yang anaknya telah menjadi istimewa.
Ini adalah kerana anaknya sebenarnya normal dan diserang demam
panas semasa berusia 4 tahun. Sejak itu anak itu hilang pertuturan
dan sering diserang sawan.
Tiada siapa ingin anak menjadi istimewa. Pun begitu, aku harap ibu
itu terus tabah mengharungi semuanya.
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BONUS
Semasa menerima bonus berapa ramai antara kita yang bertanya
"mengapa saya terima bonus ini?" berbanding apabila diberi tugas
kita semua sering bertanya "mengapa saya yang kena buat semua ini ?"
Muga tahun 2013 akan berlaku hijrah. Allah memilih kita untuk
sentiasa menerima yang terbaik. Mengapa tidak kita cuba memberi
yang terbaik.
Teguran untuk diri sendiri ..... maaf bukan untuk mengata sesiapa,
cuma kasihan melihat rakan-rakan yang seronok terima imbuhan,
namun selalu sahaja bertanya "mengapa saya yang kena buat ini semua?"

Ahad, 23 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DOWN SYNDROME
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MENGAPA SAYA?
Di zaman orang suka bertanya" mengapa saya?" apabila disuruh membuat
sesuatu tugasan, aku bangga kerana masih ada rakan yang berbakti tanpa
minta disanjungi.
Semoga Allah merahmati.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ADAKALANYA
Adakalanya kita bangga kerana diberi gelaran jawatan, tetapi tanpa
rasa malu melepaskannnya kepada orang lain tanpa ada rasa tanggungjawab.
Untuk yang sudi memahami.. moga kita terpelihara daripada sikap ini.

Ahad, 16 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERAMAH
Ceramah untuk PPM Pendidikan Khas 2012
Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Dewan Bestari JPNM
Jumlah Peserta: 218 orang PPM
Tajuk: Pengenalan Murid Pendidikan Khas.
Semoga semua perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan

Langgan:
Catatan (Atom)