Jumaat, 28 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 5 MINIT

" Kak  ada parent nak jumpa akak, tapi lima minit aje" beritahu
cikgu Ahmad Yunus kepadaku. pada satu pagi "Mengapa pula lima
minit aje?"aku menyoal  kehairanan. "Entah" jawapnya pendek sambil
mengukir senyum." Suruh  dia masuk" aku memberi pesanan sebelum
cikgu itu meninggalkan pejabat.

Apabila terpandang akan parent yang masuk itu aku sudah  boleh
membaca apa yang akan berlaku. Padanlah cikgu Yunus senyum tadi.
Mesti ada complain lagi.

"Sila duduk  encik, apa boleh saya bantu" kataku  memecah kesunyian
pejabat. "Saya nak jumpa cikgu lima minit saja, lepas ni saya nak
pergi jumpa datuk(disebut nama seorang datuk).... pasal bantuan anak saya".

"Boleh, tidak ada masalah " jawapku. Tiba-tiba dia mengeluarkan
satu mangkuk bertutup yang di dalamnya penuh dengan ubat-ubatan.
"Ni  saya nak tunjuk pada cikgu ubat anak saya.....  (nama anaknya).
Saya dah bagi tahu cikgu masa baru masuk aritu, anak saya ada penyakit.....
Nasib baik belum nak mati lagi".

Aku nampak bapa itu serius . Persoalannya mengapa terjadi begitu.
Aku  terus memerhatikan dia bercerita lagi,  "Anak  saya bagi tahu
ada  cikgu  disini  tepuk meja marah anak saya.  Saya boleh bawa
cikgu masuk mahkamah kalau berlaku apa-apa kepada anak saya"
bapa itu menyambung lagi. Menurut  beliau anaknya diserang sakit
kronik  berdasarkan pengesahan  doktor.

Untuk meredakan bapa itu aku  meyakinkan dia tindakan akan aku
ambil pada guru tersebut. Dia beredar setelah berpuas hati  dengan
jawapan yang kuberikan.

Semasa rihat melalui perbincangan dengan rakan-rakan,  aku meyentuh
tentang aduan tersebut dan minta  jangan diteruskan jika benar ianya
berlaku.

Meskipun begitu, nasihatku pada rakan-rakan apabila berhadapan
dengan masalah sebegini guru harus teruskan usaha mendidik anak
tersebut. Masalah yang ditimbulkan oleh ibubapa bukan satu penghalang
untuk kita menyampaikan ilmu.

Dalam situasi ini ternyata bapa itu lebih bermasalah  daripada anak
sendiri.  Oleh itu bantulah anak itu agar kuah tidak  akan tumpah
ke nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan