Sedarkah kita semua bahawa anak autisme adalah insan yang
teristimewa daripada yang istimewa. Perkembangan mereka
yang amat unik adalah kurniaan Allah sebagai satu bukti DIA
berkuasa keatas segala sesuatu .
Cara mereka menerima segala tunjuk ajar adalah berbeza daripada
kita semua. Ketika rakan lain memandang kita semasa pengajaran
dan pembelajaran dia langsung tidak memberi perhatian.
Ketika rakannya yang lain menyebut semula apa yang diajarkan,
dia hanya berdiam diri bagai orang tidak mendengar.
Setelah sekian lama sesuatu tajuk diajar, rakan-rakan yang tekun
belajar selama ini telah lupa, tiba-tiba dia bersuara sebagai memberitahu
kita, dialah yang memahami dan mengingati semuanya.
Itulah anak autisme, bukan mudah hendak didekati, sukar untuk
difahami. Namun segala yang didengar dan dilihat tidak akan
mereka lupakan mungkin hingga ke akhir hayat.
Tidak semua anak autisme yang mempunyai kekuatan
begini. Pun begitu, mereka patut dihargai kerana keistimewaan
yang mereka miliki.
Semua perkembangan yang mereka tunjukkan memberi pengajaran
kepada kita bahawa Allah boleh melakukan segala sesuatu mengikut
kehendaknya tanpa siapapun boleh menghalang.
Teruskan usaha mendidik mereka kerana autisme adalah anak
istimewa bijak yang Allah jadikan sebagai ujian kepada kita untuk
lebih kuat berusaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan