Dari awal pertemuan lagi, ibu itu telah menanyakan berbagai soalan
yang kurang menyenangkan hatiku. Aku rasa amat tercabar
apabila dia mempertikaikan peraturan-peraturan yang sepatutnya dia
patuhi jika ingin memasuki PPKI.
Aku kurang senang dengan sikap ibu itu. Dia sukar menerima pandangan
dan terlalu cerewet. Dia seolah-olah tahu segala-galanya tentang pendidikan
khas, namun dalam masa yang sama sukar untuk mengikut peraturan yang
memang telah ditetapkan.
yang ditimbulkan, aku hilang sabar. Malas rasanya hendak menjawap
lagi soalan-soalan yang diajukannya.
dekat dengan tempat tinggalnya jika kurang berpuas hati dengan apa
yang aku laksanakan di SKUP.
" Saya tak sangka anak saya boleh jadi macamni cikgu" tiba-tiba ibu
itu meluahkan rasa hatinya dengan linangan airmata. Suasana yang
tegang bertukar kendur. Dia bercerita panjang sambil menangis.
Aku mula menyedari segala soalan-soalan yang menyakitkan hatiku
sejak mula tadi adalah cara ibu itu menahan perasaan sedih. Dia sedaya
upaya cuba menafikan yang anaknya telah menjadi istimewa.
Ini adalah kerana anaknya sebenarnya normal dan diserang demam
panas semasa berusia 4 tahun. Sejak itu anak itu hilang pertuturan
dan sering diserang sawan.
Tiada siapa ingin anak menjadi istimewa. Pun begitu, aku harap ibu
itu terus tabah mengharungi semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan