KALI ini ingin aku menulis sebuah kisah lucu tentang
murid sama yang tidak mahu masuk kelas waktu mata pelajaran
Matematik. Dia juga aku inklusifkan semasa mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Sebenarnya seluruh sekolah amat menyayangi murid yang
bermasalah autisme ini. Ini adalah kerana kerenahnya amat
mencuit hati.
Sebagai persediaan untuk menduduki UPSR pada tahun berikutnya,
maka ianya telah aku inklusifkan di tahun 5 . Guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu adalah guru veteran yang boleh
juga aku kategorikan sebagai seorang guru yang pakar dalam
mata pelajaran tersebut.
Pada suatu hari semasa makan, guru tersebut bercerita tentang
murid berkenaan. Sebagai orang yang tidak suka dimarahi dan
tidak suka dengar orang marah-marah dia telan menulis satu nota
di dalam buku latihannya yang ditujukan kepada guru tersebut.
" Mengapa cikgu suka marah saya?" Dengan mengambil langkah
yang sama guru tersebut telah menjawap soalan tersebut juga di dalam
buku yang sama."Cikgu marah sebab awak tidak siapkan kerja
rumah" .
Setelah tahu jawapan sebenar, dan sedar akan kesilapan sendiri
murid itu tidak lagi bertanya soalan yang sama.
DIA AKAN FAHAM JIKA MENADAPAT PENJELASAN YANG BETUL
Ahad, 30 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF
Ingin aku menyambung cerita tentang masalah murid inklusif
yang tidak masuk ke kelas gara-gara kelalaianku tidak
membuat pemantauan berterusan setiap kali murid tersebut
menghadiri kelas inklusif.
Aku bertindak bertanya kepada guru yang berkaitan di aliran perdana.
Tiada jawapan pasti yang aku terima kerana menurut cikgu tersebut
muridku tidak menimbulkan apa-apa masalah di dalam kelas.
Dia juga tidak pernah dimarahi.
Untuk berlaku adil aku menyoal murid yang terlibat. Baru aku
tahu bahawa dia tidak suka masuk kelas inklusif sebab menurutnya
cikgu itu terlalu garang . Setelah mendengar jawapan ikhlas daripadanya
aku berbincang dengan guru kelas tersebut bagaimana masalah
tersebut boleh diatasi.
Sukar juga apabila menghadapi masalah ini. Muridku rupanya
terasa apabila rakan-rakan lain dimarahi walaupun bukan dia
yang terlibat.
Setelah berbincang dengan mengambil kira kepentingan menegur
murid lain di kelas yang sama, maka aku mencadangkan agar apabila
hendak memarahi murid lain cikgu tersebut jangan langsung memandang
muridku. Kalau didengar kaedah ini memang menyukarkan guru
tersebut. Namun itu sahaja jalan yang ada bagi mengatasi masalah itu.
Alhamdulillah, rupanya kaedah itu berjaya. Apabila marah
guru tersebut tidak langsung memandang muridku itu. Semenjak
itu dia tidak lagi ponteng kelas .
MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG JUGA MUDAH TERASA.

Jumaat, 28 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF
Pemantauan daripada guru-guru pendidikan khas terhadap perjalanan program
inklusif amat penting bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jaya.
Kali ini aku ingin menulis sebuah kisah yang aku lalui akibat daripada tidak
membuat pemantauan berterusan terhadap murid yang mengikuti program
inklusif.
Oleh kerana sebelumnya tidak ada masalah yang timbul maka aku tidak terfikir
bahawa ianya boleh berlaku.Dengan penuh kepercayaan , aku telah melepaskan
begitu sahaja seorang murid lelaki bermasalah autisme pergi dan balik ke kelas
inklusif (separa) tanpa pemantaun yang sepatutnya.
Entah mengapa, pada suatu hari hati ini tergerak untuk bertanya kepada guru
yang terlibat di aliran perdana tentang perkembangan murid tersebut. Alangkah
terperanjatnya aku apabila dimaklumkan bahawa telah hampir seminggu
murid tersebut tidak memasuki kelas inklusif (mata pelajaran matematik)
yang sepatutnya dia hadiri.
Dalam fikiranku,timbul persolana ke mana dia pergi sepanjang seminggu
pada masa mata pelajaran tersebut. Ini adalah kerana murid tersebut
pergi dan balik tepat pada waktunya. Dia memang tidak perlu diingatkan
tentang jadual inklusfinya kerana semuanya telah diingati.
Tindakan yang aku ambil ialah bertanya sendiri kepada murid tersebut.
Jawapan yang aku terima amat memeranjatkan kerana menurutnya dia
tidak mahu masuk kelas inklusif sebab cikgu matematik garang sangat.
Oleh sebab itu dia bersembunyi di dalam tandas setiap kali waktu inklusif.
Nyata disini ianya adalah berpunca daripada kelemahanku sendiri.
Tidak memantau perjalanan program ini dan memberi kepercayaan
penuh hanya kepada murid dan guru di program inklusif.

Isnin, 24 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MUHASABAH
BETAPA BANYAK PELUANG TELAH KAU BERIKAN,
BETAPA BANYAK RUANG TELAH KAU ISIKAN,
BETAPA BANYAK PERMINTAAN TELAH KAU KABULKAN,
BETAPA BANYAK MASA TELAH KAU LUANGKAN,
BETAPA BANYAK NIKMAT TELAH KAU HULURKAN,
PADAKU...HAMBAMU
PUN BEGITU AKU MASIH LAGI LUPA,
PUN BEGITU AKU MASIH LAGI ALPA,
TENTANG...
HARI PERTEMUAN
YANG ENTAH BILA....
YANG ENTAH DI MANA...
YANG ENTAH BAGAIMANA...
MUGA DAPAT PETUNJUKMU HINGGA AKHIR HAYAT INI INSYAALLAH

Jumaat, 21 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SUKAR
Terasa amat sukar untuk menerima jika keikhlasan
di nodai oleh orang yang kita percayai. Dalam
mengurus sebuah sekolah ini adalah kelemahan yang
sukar untuk diperbaiki.
Ujian... atas segala kelemahan dan kekurangan diri.
Muga mendapat keampunanmu ILAHI.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ RENUNGAN
Adakala kita merasakan kita adalah yang terbaik dalam
segala perkara. Sehingga kita terlupa bahawa semuanya
adalah dengan keizinanNYA. ...moga diri ini berada
dalam petunjuknya...
segala perkara. Sehingga kita terlupa bahawa semuanya
adalah dengan keizinanNYA. ...moga diri ini berada
dalam petunjuknya...
Jumaat, 7 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ TERIMA KASIH
Dengan lafaz bismillah aku menulis pada pagi ini. Inginku
hulurkan rasa terima kasih yang tidak seberapa kepada
rakan-rakan guru yang mengajar di tahun 6 SK Semabok
Melaka.
Sesungguhnya dalam penilaianku sebagai hamba yang
serba lemah dan kekurangan, kalian telah terlalu banyak
berkorban untuk anak-anak di sekolah ini.
Ketika guru lain telah berada di rumah bersama anak-anak
dan suami/isteri, kalian masih di kelas memerah keringat demi
keputusan yang cemerlang untuk anak-anak ini.
Ketika guru lain bercuti pada hari Sabtu kalian di sekolah
tanpa menghitung waktu untuk anak-anak ini juga. Ketika
guru lain bergelak ketawa gembira, kalian menghitung markah
yang dirasakan masih belum sempurna.
Di bulan Ramadhan ketika guru lain telah berehat di rumah
keletihan, kalian masih di kelas mencurahkan ilmu di dada.
Sungguh mulia hati budi kalian. Terlalu banyak pengorbanan yang
telah kalian lakukan. Tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.
Hanya kuserahkan pada Allah membalasnya.
Akhir kata, sebagai usaha terakhir kita semua,
aku begitu mengharapkan keredhaan, keikhlasan dan doa daripada
kalian untuk mereka. Minta di halalkan ilmu yang telah dicurahkan,
minta dimaafkan jika mereka telah melukakan hati kalian. Doa kalian,
akan membawa erti bermakna dalam perjuangan mereka pada
11 hingga 13 September ini.
Terima kasih semua...

Rabu, 5 September 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF 2
SUKAR
Bukanlah satu perkara
mudah untuk mendapatkan bantuan
ikhlas daripada guru yang tidak
terlibat secara langsung dengan
anak-anak istimewa ini dalam program
inklusif.
Tidak ada sesiapapun harus dipersalahkan apabila
cadangan untuk program inkusif murid pendidikan khas ditolak mentah-mentah
samada oleh pihak pentadbir mahupun guru-guru di aliran perdana,
"Mereka
yang dapat elaun RM 250 mengapa kita
yang kena ajar murid-murid itu" Ini adalah persoalan yang penah aku dengar
daripada rakan-rakan guru di
aliran perdana. Kata-kata ini memang ada
kebenarannya.
PERANAN
KITA
Kita
di sini termasuk saya perlu berperanan
agar program inklusif boleh berjaya jika
tidak sepenuhnya biarlah walaupun hanya
sebahagian. Kita perlu melakukan sesuatu
agar usaha membantu oleh guru-guru di
aliran perdana dapat dilaksanakan
dengan ikhlas tanpa memikirkan soal elaun.
Banyak
faktor mengapa program inklusif tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan. Terdapat juga
beberapa cadangan mengatasi yang inginku tuliskan disini.
KURANG
PENGETAHUAN.
Guru di aliran perdana kurang atau langsung tidak
ada pengetahuan tentang program inklusif.
Oleh itu:
1.
Guru aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang mengapakah
perlu program inklusif kepada
murid-murid bekerpeluan khas.
Contoh:
-
Keperluan social
-
Keperluan untuk membina keyakinan diri
-
Keperluan untuk berdikari
-
Keperluan untuk diterima sama dalam masyarakat
-
Keperluan menguruskan diri
-
Keperluan belajar dengan guru lain selain daripada guru pendidikan khas
sendiri.
2. Guru
di aliran perdana perlu diberi pendedahan
tentang
tugas lain guru pendidikan khas semasa
ketiadaan
murid kerana mengikuti progam inklisuf.
Ini dapat mengelakkan prasangka yang tidak
diingini berlaku.
Contoh:
-Menjalankan pengajaran individu untuk
murid-murid yang severe
samada dalam
pengurusan diri mahupun
pengurusan
tingkahlaku.
-
Membina RPI
-
Membuat keceriaan kelas
3. Pentadbiran
dan guru-guru lain di aliran perdana
perlu
diberi
pendedahan tentang pelaksanaan sebenar
program
inklusif. ( boleh dibuat dalam, bentuk
kertas
kerja dan dibentangkan semasa mensyuarat kurikulum)
4. Guru pendidikan khas perlu sentiasa memantau
perjalanan
program inklusif ini dari segi:
-Pencapaian
murid
-Kehadiran murid
- Kesihatan
murid
-Tingkah
laku murid
-Masalah yang dihadapi oleh guru
perdana apabila
murid-murid ini
diinklisufkan dan membantu untuk
mengatasinya.
5.
Berikan penghargaan kepada guru-guru di aliran
perdana yang terlibat juga pentadbiran yang memberi
sokongan kepada pelaksanaan
inklusif ini dengan
cara:
- Memberi sijil/surat penghargaan
- Memberi
cenderahati semasa sambutan hari guru atau
hari
penyampaian hadiah.
-Merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru
yang terlibat dalam
majlis resmi sekolah.
6.
Guru di aliran perdana perlu
diberi taklimat tentang
tahap pencapaian
murid di program pendidikan khas sebelum
mereka mengajar anak-anak ini.
7. Guru pendidikan khas perlu menyediakan laporan
perkembangan
pembelajaran murid dengan bantuan
guru di aliran
perdana . Selain daripada untuk diberi
kepada ibubapa, laporan perlu dibentangkan dalam
mesyuarat
kurikulum supaya keberhasilan pelaksaan
inklusif dapat
dikerahui semua.
MUGA TULISAN INI
DAPAT SEDIKIT MEMBANTU
PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF DI SEKOLAH
-
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF
DEFINISI
INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid
bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau
dalam bilik darjah . Kurikulum
yang digunakan ialah kurikulum perdana
dengan tenaga pengajarnya juga
adalah terdiri daripada
guru-guru di aliran perdana.
Inklusif terdiri
daripada dua jenis
iaitu inklusif penuh dan
inklusif separa. Inklusif penuh
membawa erti murid bekeperluan khas berada
sepenuh masa di aliran perdana mengikuti
semua kurikulum di sana.
Inklisuf
separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka.
Inklusif bukan
sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras
malahan boleh dilaksanakan pada
mata pelajaran bukan teras.
JADUAL KEHADIRAN
Satu
perkara yang perlu diingatkan bahawa
apabila murid bekerpeluan khas mengikuti program inklusif penuh, jadual
kehadiran murid tetap berada di program pendidikan khas. Guru pendidikan khas bertanggungjawap menanda
kehadiran tersebut meskipun mereka tidak belajar di program pendidikan khas.
Kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kehadiran mereka ialah dengan
meminta murid tersebut melapor diri ke
program pendidikan khas setiap pagi atau
minta PPM mendapatkan maklumat
tersebut apabila guru ingin menandatangani jadual kedatangan.
KEMAHIRAN
Kemahiran
penting
yang perlu dikuasai oleh murid bekepeluan khas sebelum mereka
ditempatkan di program inklusif ialah pengurusan tingkahlaku dan pengurusan diri.
Selain
itu, murid juga perlu dipastikan telah
menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Guru pendidikan khas juga harus
mengenalpasti tahap umur mental mereka. Ianya perlu setaraf atau hampir sama taraf dengan
murid di kelas aliran perdana, dimana murid ini hendak
diinklusifkan.
PEMANTAUAN
/PERBINCANGAN
Pemantauan
oleh guru pendidikan khas terhadap perkembangan dan pencapain murid ini
haruslah berterusan. Perbincangan
dengan guru-guru yang terlibat
juga perlu dilaksanakan. Perkara ini
dapat membantu program pendidikan inkulisf ini
berjalan dengan lebih berkesan lagi.
SELAMAT MENCUBA.. .
Langgan:
Catatan (Atom)