Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Apabila menjadi guru dan Pembantu Pengurusan
Murid Pendidikan Khas kita perlulah bersatu hati dan
saling tegur menegur untuk memajukan program
mahupun memaksimakan kemenjadian murid.
Andai ada di kalangan kita yang mengabaikan tugas
utama iaitu mengajar ataupun membantu, maka
perlulah ada yang menegur dan menasihati.
Sudah pasti individu yang sepatutnya bertindak
adalah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
ataupun Penyelaras.
Jika GPK ataupun Penyelaras tidak menjalankan
peranan yang sepatutnya, maka tidak mustahil
masalah akan berlanjutan. Kesannya akan dirasai
oleh guru-guru, PPM dan murid-murid.
Contohnya, dalam mengurus tingkahlaku murid-murid
hiperaktif, semua guru dan PPM perlu istiqamah
dan selaras melaksanakan PTL. Andai ada yang culas
dan membiarkan murid begitu sahaja, PTL tidak akan berjaya.
Kesannya ialah P&P, keceriaan kelas serta kemenjadian murid
tidak akan dapat dicapai dengan cemerlang.
Mengajar di Program Pendidikan Khas memang memerlukan
kerjasama dan saling tegur menegur. Ianya umpama
belayar di dalam sebuah kapal.
Jika tidak ada air, orang yang berada di bahagiah bawah kapal
menebuk lubang untuk mendapatkan air kerana tidak mahu
bersusah payah naik ke atas, dan kita yang berada di bahgian atas
kapal tidak menegur, sudah pasti kita akan karam bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan