Selasa, 12 Mac 2019

BICARA YB/ SLOW LEARNER

Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.

Pada suatu hari sewaktu keluar dari sebuah bank saya
bertembung dengan seorang wanita yang saya panggil
Puan Tipah. Telah lama kami tidak bertemu.

Puan Tipah pernah menyewa di belakang rumah emak saya.

Kebetulan pula, anak saudara beliau  yang bernama Ahmad
dan bermasalah slowleaner adalah bekas anak murid saya
semasa saya mengajar di PPKI

Jadinya, hubungan kami memang rapat.

Tiba-tiba saya teringat akan bekas anak murid saya itu.

Lantas saya  bertanya.

"Ahmad tinggal di mana sekarang?"

Dengan suara perlahan dan teragak-agak Puan Tipah  menjawab.

"Dah tak tentu tempat tinggalnya cikgu."

"Kenapa pula?" saya bertanya kembali.

"Dia selalu  keluar dan masuk penjara." jawab Puan Tipah
 dengan nada sedih.

"Allahuakhbar!

 "Kenapa?" saya bertanya kembali dengan rasa terkejut.

"Jual dan hisap dadah cikgu."

------------------------------------------------

Ini hanya satu kisah yagn saya tahu.

Masih ada ramai lagi murid slowleaner yang pernah
saya ajar, namun berita tentang mereka tidak pernah
saya dengari. Mereka juga tidak pernah saya temui.

Entah apakah pekerjaan  mereka hanya Allah yang tahu.

Dalam kes begini saya amat tertarik untuk memberi sedikit
pandangan.  Pandagan ini juga kerap saya ajukan kepada
ibu bapa anak-anak istimewa ini andai saya dijemput
memberi ceramah.

1. Anak istimewa terutama slowleaner perlukan perhatian
    yang lebih dalam urusan solat. Solat ke atas mereka perlu
    ditekankan. Jangan sekali-kali diringan-ringankan. Dengan solat
    mereka mudah untuk dibentuk.

   Andai dia anak lelaki, sering bawa ke masjid dan surau untuk
   solat berjemaah dan mendengar majlis ilmu. Dari sini hati mereka
   lebih lembut dan mudah menerima kebaikan. Mereka tidak mudah
   terjebak di dalam masalah sosial.

2. Latih semaksima mungkin kemahiran menguruskan diri dan
    rumah tanga.  Contohnya, mencuci, menyidai dan melipat pakaian.
    Menyediakan sarapan pagi dan makanan untuk tengah hari dan malam.
    Juga kemahiran menjaga kebersihan dalam dan luar rumah.

   Dari kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya dapat
   membantu mereka memilki pekerjaan.

 
   Contohnya:
   Membuka atau bekerja di kedai dobi.
   Menjadi pembantu atau tukang masak di kedai makan.
   Menjadi pekerja pembersihan, samada di hotel atau tempat
   lain yang memerlukan.


    Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Ada banyak
    jalan tersedia untuk membantu anak-anak istimewa yang slow leaner.
 
 
   Yang penting adalah,  guru jalankan tugas mendidik di sekolah.
   Ibu bapa jalankan kesinambungan di rumah, disamping berikan
   penekanan dalam bidang agama.

   Banyakkan berdoa. Samada guru mahupun ibu bapa.

  Insya  Allah, mereka akan berjaya.






"

1 ulasan:

  1. The best casinos for Blackjack - DrmCD
    The best casinos for 안산 출장마사지 Blackjack 안성 출장샵 - DrmCD. 태백 출장안마 Find top Blackjack sites & games, bonuses, payouts, 삼척 출장샵 and more! Las Vegas Casino. 광양 출장마사지

    BalasPadam