Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Sepanjang menjadi guru pendidikan khas, penuh kisah suka dan duka
yang saya lalui.
Andai ingin dibukukan, akan menjadi lebih dari 3 buah buku.
Masalahnya, apabila saya menulis selepas bersara, fokus saya lebih kepada
kisah pengalaman sebagai seorang guru besar dan pesara.
Kisah lama di pendidikan khas bagaikan berkubur begitu sahaja.
Apabila buku yang terhasil dibeli oleh rakan-rakan., terdengar keluhan
daripada mereka.
"Fikirkan akak tulis tentang pendidikan khas". Nada mereka hampa.
Saya pun mula mengumpul bahan-bahan penulisan untuk buku ke dua
tentang pengalaman sebagai guru pendidikan khas.
,
Entah mengapa dalam masa yang sama Allah bukakan hati saya untuk
lakukan satu perkara lagi.
"Kan lebih baik kalau aku berkolaborasi dengan adik-adik guru Pendidikan
Khas yang masih bertugas. Tentu kisah yang ditulis lebih menarik."
"Boleh juga menurunkan ilmu yang aku pelajari kepada mereka walaupun sedikit"
Allah menentukan yang terbaik.
Bermula dengan Cikgu Hamzah, Cikgu Hajah Hamidah,
diikuti oleh Cikgu Norzalina, Cikgu Ros Laini dan yang terakhir cikgu Hairiah, akhirnya
jumlah kami menjadi enam orang penulis.
Bertungkus lumus kami cuba menyiapkan buku sebelum Pesta Buku
Antara Bangsa 2019.
Nantikan kemunculan buku Teristimewa, Kisah Kasih, Kau, Aku dan Dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan