Alhamdulillah.
Selepas waktu magrib saya dan suami
dijemput untuk hadir majlis persaraan
seorang guru di SK Mukah.
Kebetulan majlisnya hanya ditingkat bawah hotel kami menhinap, mudahlah
urusannya.
Ada pengalaman lucu yang sukar untuk
saya dan suami lupai pada malam itu.
Saya dan suami bertema baju batik.
Itupun atas cadangan suami yang sudah terbiasa dengan pertauran semasa bertugas.
Masuk sahaja ke dalam dewan makan semua mata tertumpu kepada kami.
Formal sungguh.
Allahuakhbar. Sedangkan seluruh warga SK Mukah cuma berbaju T pada waktu itu.
Allah. Janggal tidak terkata.
Saya dan suami berpandangan.
Sama-sama tersenyum.
Maksudnya, hanya kami yang memahami.
Allah dah tentukan. Redha🤣
Jumaat, 18 Oktober 2019
BICARA YB/JEMPUTAN
Alhamdulillah.
28-30 September 2019 saya menerima jemputan memberi ceramah di SK Mukah
Sarawak.
Saya ditemani oleh suami ke sana.
Perbelanjaan tambang kapal terbang dan
penginapan saya dibiayai oleh PPKI SK Mukah. Manakala perbelanjaan tambang untuk suami kami biayai sendiri.
Ketibaan saya dan suami di Lapangan Terbang Mukah dijemput mesra oleh GPK PK Cikgu Angelia dan Cikgu Syafiqah.
Kemesraan terjalin melalui bidang yang sama iaitu Pendidikan Khas.
Alhamdulillah.
Usai minum petang di sebuah gerai,
kami dihantar ke Kingwood Hotel untuk
berehat.
Saya sangat teruja melihat pemandangan
yang aman damai di pekan kecil itu.
Apatah lagi suami saya yang merupakan penggemar dengan kehidupan di luar bandar.
Sambil merehatkan tubuh fikiran saya melayang jauh.
Rasa syukur tidak dapat saya gambarkan melalui perkataan dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Sungguh. Dia mengetahui hajat saya untuk terus berkongsi pengalaman meskipun telah bersara.
Mukah masih dihati

Isnin, 16 September 2019
BICARA YB/ BUKU KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Bab 4
Menyepit
Peralatan yang digunakan:
a.
Sepit baju
b.
Bekas /piring kertas
Sepit baju adalah peralatan yang mudah untuk didapati. Selain murah ianya juga
terdapat dalam berbagai warna dan boleh menarik perhatian murid. Ia bukan
sahaja penting untuk ibu menyepit pakaian di rumah, malahan boleh digunakan sebagai bahan bantu
untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
Dalam aktiviti ini, guru boleh memilih sama ada ingin
menggunakan sepit baju yang dibuat daripada plastik ataupun daripada kayu. Cuma dari segi
ketahanan, sepit baju yang dibuat
daripada kayu lebih mudah patah berbanding sepit baju yang dibuat daripada
plastik.
Langkah pertama
ialah murid dilatih untuk menyebut nama
peralatan yang digunakan. Seterusnya minta murid memilih sepit mengikut warna
tertentu (jika murid telah mengenal warna), ataupun guru memperkenalkan warna
sepit baju yang telah dipilih oleh murid.
Kemudian, latih murid untuk memegang sepit baju menggunakan ibu
jari, jari telunjuk dan jari tengah serta
menyepitkannya di tempat yang telah ditetapkan.
Sebenarnya, setiap kali aktitivi menyepit dijalankan, murid sedang
meransang motor halus iaitu jari jemari dan pergelangan tangan untuk berfungsi dengan lebih baik tanpa dipaksa.
Semasa aktiviti berlangsung, murid boleh dilatih mengira jumlah
sepit yang digunakan. Guru boleh mengira dalam lingkungan 1-5 ataupun 1-10,
mengikut tahap kemampuan murid.
Latihan menyepit ini perlu konsisten dilakukan bagi
membolehkan jari-jemari murid bersedia menjalani tugasan yang lebih besar iaitu, memegang pensel dan
pensel warna untuk menulis ataupun mewarna.
Sebenarnya, setiap kali ingin menyepitkan sepit tersebut, murid
akan menggunakan mata untuk melihat dan memastikan sepit berjaya dikepitkan di tempat
seperti yang diarahkan oleh guru. Pada waktu ini, murid sesang meransang kemahiran
koordinasi mata dan tangan pula sekaligus boleh menambah daya tumpuan dan pengamatan
murid.
Sambungan.......
Nantikan kemunculannya pada bukan Oktober
BICARA YB/ BUKU KEMAHIRAN MOTOR HALUS
BUKU KEMAHIRAN MOTOR HALUS PENDIDIKAN KHAS.
Prakata
Semasa menjadi guru pendidikan khas, saya melalui pengalaman yang
sukar apabila berhadapan dengan murid
bekeperluan khas yang tidak tahu memegang pensel apabila ingin menulis dan mewarna.
Ibu bapa pula, sering mendesak dan meragui kebolehan guru mengajar,
apabila mereka mendapati anak-anak yang
dihantar ke Program Pendidikan Khas Integrasi masih belum boleh menulis
meskipun sudah melebihi satu tahun
berada di sekolah.
Sebelum saya mengetahui pentingnya kemahiran motor halus anak-anak
bekerpeluan khas ini diberikan penekanan, saya juga adalah seorang guru yang
menggunakan pensel ataupun pensel warna dan kertas untuk menyambung titik dan
mewarna apabila mula mengajar murid menulis.
Memanglah satu pengalaman yang menyedihkan hati saya apabila
mengenangkannya kembali. Saya mengeluh dan merungut apabila telah berpuluh
helai latihan menyambung titik dan mewarna saya berikan, namun murid masih
tidak boleh memegang pensel untuk menyambung titik-titik dan mewarna dengan
betul. Apatah lagi menguasai kemahiran menulis. Malahan mereka masih memerlukan
bantuan saya sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan. Ketika itu saya umpama penari
yang tidak tahu menari lalu menyalahkan
tanah tidak rata. Murid-murid menjadi mangsa kemarahan saya. Padahal
kesalahan datang daripada saya sendiri.
Ternyata, dengan cara marah dan memaksa tidaklah boleh mendorong
anak istimewa ini berminat untuk menulis. Malahan akan melunturkan semangat dan
keinginan mereka untuk mencuba.
Setelah berkongsi pengalaman dengan guru-guru lain, menyertai
kursus tentang pendidikan khas dan membuat kajian melalui pembacaan, saya mula menyedari kepentingan latihan
kemahiran motor halus sebelum murid
diajar memegang pensel untuk menulis.
Bertitik tolak dari situ juga, saya kongsikan kembali aktiviti-aktitiviti kemahiran motor halus yang
pernah saya gunakan untuk membantu murid-murid saya. Peralatan yang saya
gunakan juga adalah murah dan mudah didapati.
Selamat membaca dan mencuba.
Hasmah Hitam.
Isnin, 22 April 2019
BICARA YB/KOMEN PEMBACA
Alhamdulillah. Dizinkan saya menulis.
Buku Teristimewa Kisah Kasih Kau Aku Dan Dia ini telah sampai ke tangan pembaca.
Berikut adalah komen seorang daripadanya.
Kepada yang berminat boleh email ataupun tulis di ruangan komen di blog ini.

Rabu, 17 April 2019
BICARA YB/ PAHALA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Menjadi guru Pendidikan Khas memang mencabar.
Namun pahalanya besar.

Rabu, 10 April 2019
BICARA YB/ TERISTIMEWA. KISAH KASIH.....
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Dapatkan buku terbaru saya..
"Benar. Anak istimewa, lurus
hatinya. Menerima begitu sahaja segala tindakan yang kita lakukan ke atas
mereka. Namun, jangan sekali-kali kita mengmbil kesempatan. Allah sentiasa
melihat dan malaikatnya sentiasa mencatat. Sebagai guru, kita perlu sentiasa beringat".
Tajuk: Tidak Mengambil Hati.
MS 41.
Dapatkan buku terbaru saya..
Rabu, 3 April 2019
Selasa, 12 Mac 2019
BICARA YB/ SLOW LEARNER
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Pada suatu hari sewaktu keluar dari sebuah bank saya
bertembung dengan seorang wanita yang saya panggil
Puan Tipah. Telah lama kami tidak bertemu.
Puan Tipah pernah menyewa di belakang rumah emak saya.
Kebetulan pula, anak saudara beliau yang bernama Ahmad
dan bermasalah slowleaner adalah bekas anak murid saya
semasa saya mengajar di PPKI
Jadinya, hubungan kami memang rapat.
Tiba-tiba saya teringat akan bekas anak murid saya itu.
Lantas saya bertanya.
"Ahmad tinggal di mana sekarang?"
Dengan suara perlahan dan teragak-agak Puan Tipah menjawab.
"Dah tak tentu tempat tinggalnya cikgu."
"Kenapa pula?" saya bertanya kembali.
"Dia selalu keluar dan masuk penjara." jawab Puan Tipah
dengan nada sedih.
"Allahuakhbar!
"Kenapa?" saya bertanya kembali dengan rasa terkejut.
"Jual dan hisap dadah cikgu."
------------------------------------------------
Ini hanya satu kisah yagn saya tahu.
Masih ada ramai lagi murid slowleaner yang pernah
saya ajar, namun berita tentang mereka tidak pernah
saya dengari. Mereka juga tidak pernah saya temui.
Entah apakah pekerjaan mereka hanya Allah yang tahu.
Dalam kes begini saya amat tertarik untuk memberi sedikit
pandangan. Pandagan ini juga kerap saya ajukan kepada
ibu bapa anak-anak istimewa ini andai saya dijemput
memberi ceramah.
1. Anak istimewa terutama slowleaner perlukan perhatian
yang lebih dalam urusan solat. Solat ke atas mereka perlu
ditekankan. Jangan sekali-kali diringan-ringankan. Dengan solat
mereka mudah untuk dibentuk.
Andai dia anak lelaki, sering bawa ke masjid dan surau untuk
solat berjemaah dan mendengar majlis ilmu. Dari sini hati mereka
lebih lembut dan mudah menerima kebaikan. Mereka tidak mudah
terjebak di dalam masalah sosial.
2. Latih semaksima mungkin kemahiran menguruskan diri dan
rumah tanga. Contohnya, mencuci, menyidai dan melipat pakaian.
Menyediakan sarapan pagi dan makanan untuk tengah hari dan malam.
Juga kemahiran menjaga kebersihan dalam dan luar rumah.
Dari kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya dapat
membantu mereka memilki pekerjaan.
Contohnya:
Membuka atau bekerja di kedai dobi.
Menjadi pembantu atau tukang masak di kedai makan.
Menjadi pekerja pembersihan, samada di hotel atau tempat
lain yang memerlukan.
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Ada banyak
jalan tersedia untuk membantu anak-anak istimewa yang slow leaner.
Yang penting adalah, guru jalankan tugas mendidik di sekolah.
Ibu bapa jalankan kesinambungan di rumah, disamping berikan
penekanan dalam bidang agama.
Banyakkan berdoa. Samada guru mahupun ibu bapa.
Insya Allah, mereka akan berjaya.
"

Ahad, 10 Mac 2019
BICARA YB/ KARAM
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Apabila menjadi guru dan Pembantu Pengurusan
Murid Pendidikan Khas kita perlulah bersatu hati dan
saling tegur menegur untuk memajukan program
mahupun memaksimakan kemenjadian murid.
Andai ada di kalangan kita yang mengabaikan tugas
utama iaitu mengajar ataupun membantu, maka
perlulah ada yang menegur dan menasihati.
Sudah pasti individu yang sepatutnya bertindak
adalah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
ataupun Penyelaras.
Jika GPK ataupun Penyelaras tidak menjalankan
peranan yang sepatutnya, maka tidak mustahil
masalah akan berlanjutan. Kesannya akan dirasai
oleh guru-guru, PPM dan murid-murid.
Contohnya, dalam mengurus tingkahlaku murid-murid
hiperaktif, semua guru dan PPM perlu istiqamah
dan selaras melaksanakan PTL. Andai ada yang culas
dan membiarkan murid begitu sahaja, PTL tidak akan berjaya.
Kesannya ialah P&P, keceriaan kelas serta kemenjadian murid
tidak akan dapat dicapai dengan cemerlang.
Mengajar di Program Pendidikan Khas memang memerlukan
kerjasama dan saling tegur menegur. Ianya umpama
belayar di dalam sebuah kapal.
Jika tidak ada air, orang yang berada di bahagiah bawah kapal
menebuk lubang untuk mendapatkan air kerana tidak mahu
bersusah payah naik ke atas, dan kita yang berada di bahgian atas
kapal tidak menegur, sudah pasti kita akan karam bersama.

BICARA YB/ BAKAL TERBIT
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Kisah sepanjang menjadi guru Pendidikan Khas penuh dengan
suka dukanya.
Andai tidak dibukukan ia akan bersama saya di alam kematian.
Sudah pasti ianya adalah satu kerugian.
Maka, atas izin Dia, akan terbit sebuah buku tulisan bersama
5 orang lagi guru-guru pendidikan khas. Membawa kisah sebenar
guru-guru yang mengajar di negeri Melaka, Terangganu dan
Sabah di bawah bayu.
Nantikan kemunculannya.
Awal April 2019.
Teristimewa. Kisah Kasih. Kau Aku dan Dia.
Penulisan bersama:
Hamzah Kamarudin.
Hasmah Hitam
Siti Hamidah Selamat.
Noor Zalina Zainal Abidin
Hairiah Daud
Roslaini Mohamad.

Jumaat, 15 Februari 2019
BICARA YB/ BERUSAHA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Meskipun telah bersara, masih ada ibu bapa yang merujuk tentang
masalah anak mereka kepada saya. Apabila disoal tentang perkembangan
anak, ada yang menjawab.
"Saya pun tak tak tahu apa yang cikgu dia ajar kat sekolah."
"Dah 4 tahun pergi sekolah, tak kenal abc lagi."
"Masih tak boleh bercakap"
"Masih tak boleh urus diri ke tandas."
Bunyinya bagai menyalahkan guru semata-mata.
Dalam situasi ini biasanya saya akan memberi solusi seperti berikut:
1. Ibu bapa perlu ambil tahu perkembangan anak dengan cara
selalu berbincang dengan guru-guru.
2. Perlu sediakan masa di rumah untuk melakukan kesinambungan
pembelajaran.
3. Masa anak-anak bersama ibu bapa lebih lama, berbanding dengan guru di sekolah.
Jika ibu bapa tidak menyediakan masa untuk membantu, anak-anak tidak
akan berkembang potensinya.
4. Alasan tidak tahu cara mengajar anak di rumah sudah tidak boleh
digunakan lagi. Ada banyak sumber yang boleh dirujuk untuk
membantu anak-anak istimewa.
Contohnya:
1. Hadiri kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Permata
Kurnia dan NGO yang lain.
2. Sertai group FB atau Whatsapp ibu bapa yang ada anak istimewa.
Contohnya FB Autisme Malaysia.
3. Berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang ada anak-anak istimewa.
4. Rujuk masalah kepada pakar perubatan di hospital dan pakar dalam
bidang Pendidikan Khas seperti Dr Hasnah Toran.
5. Boleh juga merujuk kepada FB Azman Mustafa yang banyak memberi tip mendidik
anak autisma bertutur.
6. Tonton youtube yang menunjukkan kaedah mengajar anak istimewa.
Meskipun banyak sumber yang saya tuliskan di atas adalah berkaitan sutisma,
namun maklumat yang mereka berikan sesuai digunakan oleh murid yang
bermasalah selain autisma.
Apapun usaha yang kita buat, jangan sekali-kali lupakan Yang Menciptakan
anak-anak ini. Dia yang memberi ujian, Dia juga tempat meminta agar ujian
bertukar kegembiraan.

BICARA YB/ DOA IBU
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Mendidik anak istimewa adalah satu cabaran yang sangat besar.
Terutama dalam menahan diri dari marah apabila mereka
membuat kerenah.
Ianya tidak semudah bicara. Tidak semudah pandangan mata.
Kerana kerenah mereka bukan sedikit. Dari mereka celik mata
sehinggalah mereka tidur semula.
Saya pernah bertanya kepada seorang ibu yang mempunyai anak
haiperaktif. Anak tersebut telah tujuh tahun tinggal di madrasah.
"Bila melipat baju, saya berdoa agar anak saya tahu menguruskan
bajunya, kerana bajunya selalu hilang."
"Bila baca quran, saya berdoa biar anak saya mudah hafal quran."
"Pendek kata setiap detik sambil saya membuat kerja rumah,
doa saya tujukan kepada anak saya."
Terbukti. Anak lelakinya semakin matang di dalam pengurusan
diri dan keperluan peribadi. Juga hafazannya semakin bertambah.
Alhamdulillah. Jawapan yang diberi oleh ibu itu membuka minda saya.
"Doa ibu adalah segala-galanya."
Apabila kita kembali kepada yang menjadikan. Kita akan
lebih tenang dan kurang tertekan.
Semoga bermanfaat.

Rabu, 13 Februari 2019
BICARA YB/ THE MAKING OF BUKU TERISTIMEWA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Sepanjang menjadi guru pendidikan khas, penuh kisah suka dan duka
yang saya lalui.
Andai ingin dibukukan, akan menjadi lebih dari 3 buah buku.
Masalahnya, apabila saya menulis selepas bersara, fokus saya lebih kepada
kisah pengalaman sebagai seorang guru besar dan pesara.
Kisah lama di pendidikan khas bagaikan berkubur begitu sahaja.
Apabila buku yang terhasil dibeli oleh rakan-rakan., terdengar keluhan
daripada mereka.
"Fikirkan akak tulis tentang pendidikan khas". Nada mereka hampa.
Saya pun mula mengumpul bahan-bahan penulisan untuk buku ke dua
tentang pengalaman sebagai guru pendidikan khas.
,
Entah mengapa dalam masa yang sama Allah bukakan hati saya untuk
lakukan satu perkara lagi.
"Kan lebih baik kalau aku berkolaborasi dengan adik-adik guru Pendidikan
Khas yang masih bertugas. Tentu kisah yang ditulis lebih menarik."
"Boleh juga menurunkan ilmu yang aku pelajari kepada mereka walaupun sedikit"
Allah menentukan yang terbaik.
Bermula dengan Cikgu Hamzah, Cikgu Hajah Hamidah,
diikuti oleh Cikgu Norzalina, Cikgu Ros Laini dan yang terakhir cikgu Hairiah, akhirnya
jumlah kami menjadi enam orang penulis.
Bertungkus lumus kami cuba menyiapkan buku sebelum Pesta Buku
Antara Bangsa 2019.
Nantikan kemunculan buku Teristimewa, Kisah Kasih, Kau, Aku dan Dia.

Isnin, 4 Februari 2019
BICARA YB/ DOA
Alhamdulillah. Diizinkan saya menulis.
Melepaskan anak yang bekeperluan khas tinggal di asrama
bukanlah satu perkara mudah. Ianya adalah satu bebanan
emosi kepada ibu bapa. Perasaan mereka hanya Allah mengetahui.
Seorang ibu yang mempunyai anak bermasalah ADHD telah
dengan bulat hati menghantar anak beliau masuk ke sebuah
madrasah untuk menjadikan anaknya seorang hafiz al-Quran.
Banyak laporan yang negatif diterima daripada adik kepada
anak istimewa ini setiap kali lawatan hujung minggu dibuat
ke madrasah.
Jubah dan duit hilang. Di permainkan oleh anak-anak normal
di madrasah juga selalu lambat masuk kelas. Itu adalah
laporan yang biasa diterima.
Bagi ibu muda ini, dia amat yakin segalanya adalah
aturan Allah. Ianya boleh diselesaikan melalui jalan
berdoa.
Sungguh. Solat hajat dan doa tidak pernah berhenti di bibir
dan hati ibu ini.
Kini, telah 6 tahun anak istimewa ini bergelar pelajar madrasah.
Adakah semua masalah yang timbul sejak anak ini masuk
ke madrasah telah dapat di atasi?
Belum! Belum sepenuhnya. Masih berlaku kehilangan jubah
dan tidak dapat dikesan. Perlu diganti saban bulan.
Namun ibu ini sangat yakin dengan kuasa doa beliau.
Anak ADHD ini kelihatan semakin matang dalam mengurus
diri meskipun tidak menyamai anak-anak normal.
Meskipun, masih ada laporan negatif, namun ibu ini sudah
mampu tersenyum. Berkat doa tidak berhenti kini anak ADHD
ini telah menghafal 17 juzuk dari al _Quran.
Andai dilihat raut wajahnya apabila berjubah dan berserban tidak siapa
menduga bahawa anak ini adalah seorang insan istimewa.

Langgan:
Catatan (Atom)