Ahad, 23 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MENGAPA SAYA?
Di zaman orang suka bertanya" mengapa saya?" apabila disuruh membuat
sesuatu tugasan, aku bangga kerana masih ada rakan yang berbakti tanpa
minta disanjungi.
Semoga Allah merahmati.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ADAKALANYA
Adakalanya kita bangga kerana diberi gelaran jawatan, tetapi tanpa
rasa malu melepaskannnya kepada orang lain tanpa ada rasa tanggungjawab.
Untuk yang sudi memahami.. moga kita terpelihara daripada sikap ini.
Insyaallah.

Ahad, 16 Disember 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERAMAH
Ceramah untuk PPM Pendidikan Khas 2012
Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Dewan Bestari JPNM
Jumlah Peserta: 218 orang PPM
Tajuk: Pengenalan Murid Pendidikan Khas.
Semoga semua perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan

Jumaat, 23 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ B I G
PROGRAM BINA INSAN GURU
23 NOVEMBER 2012
BILIK MESYUARAT SK SEMABOK
9.00-12.00 TENGAH HARI
SEMUGA SEGALA PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN DAPAT DIMANFAATKAN
DEMI ANAK-ANAK ISTIMEWA INI.
INSYAALLAH.

Selasa, 20 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/IKHTIBAR
Cerita petang semalam masih berlegar di dalam ingatan. Satu
petunjuk baru yang Allah berikan kepadaku dalam saat aku
begitu memerlukannya.
Salah seorang pekerja Taska Raudhatul Sakinah telah dijemput
ayahnya oleh Allah untuk pergi selamanya pagi semalam. Dalam
ziarah yang sempat aku dan anak lakukan semalam menggamit
hati untuk jadi lebih baik dari sekarang.
Ini adalah kerana orang yang baik akan dijemput cara baik oleh
yang maha kuasa. Semuga rohnya ditempatkan bersama orang
yang soleh.
Amin.....
Kita entah bila,
Entah dimana,
Entah bagaimana.... cara pemergianannya ...
Ikhtibar untuk diriku dan rakan-rakan yang sudi membaca.

Isnin, 19 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TERPERANGKAP
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SAMA
Pertemuan tidak dirancang petang tadi. Bekas murid istimewa di
sekolah lama. Masih sama seperti dulu....... ramah mesra.

Ahad, 18 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HIJRAH
Perasaan terlalu tersentuh dengan apa yang berlaku.
Kukongsikan rasa hati ini denganMU tuhan yang maha pengasih.
Aku menyedarinya...
Ada hikmah disebalik semua ini.
Permudahkan Ya ALLAH... hijrah hati sempena tahun baru 1434

Jumaat, 16 November 2012
bICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAWAPAN
Aku ditemui oleh 2
orang guru pelatih IPG Kampus
Perempuan Durian Daun Melaka. Mereka bertanya
tentang pengurusan tingkahlaku murid istimewa.
Bagi mereka ianya sukar untuk dilaksanakan kerana
anak-anak istimewa itu sukar untuk didekati.

Jawapan yang aku berikan:
Lahirkan rasa sayang, simpati dan keinginan untuk
membantu dengan hati yang ikhlas dan bukan
dipaksa-paksa. Ianya memang sukar tetapi perlu
diusahakan sehingga berjaya.
Merapati mereka hendaklah bermula dengan
kehadiran mereka di awal pagi bukan hanya sewaktu

pengajaran danp pembelajaran.
Hendaklah lupakan segala masalah peribadi
yang mengganggu diri, berikan tumpuan sepenuh
hati dalam tugas yang sedang dihadapi.
Sentuhan, belaian perlu selalu diulangi agar anak
istimewa ini dapat merasakan diri mereka dihargai.
Jangan mudah kecewa jika pada mulanya kita
tidak dipeduli, kerana mereka hanya mendengar
arahan orang yang telah lama dikenali.
SELAMAT MENCUBA …MEREKA TAHU MEMBACA KEIKHLASAN KITA.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DIPILIH
Dipilih oleh Allah untuk memperolehi anak istimewa
punya rahsia yang tidak siapa pun mengetahuinya.
Dipilih oleh Allah untuk menjadi guru pendidikan khas
juga punya rahsia yang tidak siapa pun mengetahuinya.
Allah yang lebih tahu mengapa kita yang terpilih untuk
menjadi ibu/bapa anak istimewa ini.
Allah yang lebih tahu mengapa kita yang terpilih untuk
menjadi guru kepada anak istimewa ini,
Siapapun kita yang telah dipilih Allah lakukanlah
yang terbaik untuk mereka yang istimewa kerana
rahsianya juga mungkin istimewa.
insyaallah.
Isnin, 12 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ LAWATAN
Lawatan pendanda aras Pra Sekolah SK Air Jernih Melaka.Tahniah...
teruskan usaha. Dimana ada usaha pasti ada jaya.

Sabtu, 10 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ HAIPERAKTIF
Mendidik anak istimewa yang bermasalah haiperaktif bukanlah satu
perkara mudah. Kali ini sedikit tips ingin aku berikan kepada
rakan-rakan pembaca bagaimana aku membantu mereka sepanjang
sesi persekolahan.
Biasanya pada hari pertama kehadirannya tidak akan berlaku aktiviti
P&P. Aku lebih suka menemubual ibubapa murid dan membiarkan
murid tersebut dengan aktiviti sendiri. Sambil menemubual aku akan
memerhatikan gerak geri murid tersebut. Andaikata tingkahlaku murid
tersebut tidak terkawal aku akan dapatkan bantuan rakan guru untuk
memantau.
Tujuanku ialah ingin melihat kelakuan sebenar murid itu. Ini adalah
kerana kadangkala ibu/bapa menyembunyikan tingkahlaku sebenar
anak mereka kerana malu. Setelah melihat sendiri kelakuan sebenar
murid tersebut akan memudahkan aku dan rakan-rakan mengenalpasti
kaedah dan bahan bantu yang sesuai digunakan oleh murid itu pada
sesi pembelajaran dihari seterusnya.
Selalunya , sesi ini berlangsung lebih kurang setengah jam. Selepas
itu aku akan membuat saringan dagnostik dengan menggunakan
IPP untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam 3M, urusdiri,
tingkahlaku dan sosial.. Meskipun IPP yang disediakan oleh BPK
kurang bersesuaian, namun ia sedikit sebanyak membantu aku
dan rakan-rakan mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam 4 bidang
di atas.
Setelah sesi ini tamat aku akan meminta ibu/bapa membawa anak mereka
pulang. Sesi P&P hanya akan berlangsung pada hari berikutnya.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/DOA
Diharapkan doa dari seorang guru muda kepada seorang guru yang
akan bersara. Muga doa yang dihulurkan menjadikan impian sebuah
kenyataan.
Insyaallah.
akan bersara. Muga doa yang dihulurkan menjadikan impian sebuah
kenyataan.
Insyaallah.
Khamis, 8 November 2012
BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SURAT
Pagi tadi, setelah 3 hari tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri
kursus, aku berada di sekolah semula. Pada waktu rehat
dalam perjalanan ke kantin , seorang pelajar perempuan
menghulurkan kepadaku sepucuk surat. Dari penerangannya aku
dapat memastikan bahawa surat itu datang daripada seorang
pelajar perempuan lain yang belajar dalam tahun 6.
Isi surat itu agak pendek. Bahasanya juga tidaklah teratur kerana
pelajar yang menulis surat tersebut adalah pelajar daripada kelas
terakhir di tahun 6.
Apa yang ditulisnya ialah:
Saya .......
Dari Kelas 6......
Ingin menyampaikan pesanan untuk semua guru.
Cikgu semua saya ........... dari kelas 6........ ingin mendoakan pada setiap
guru supaya sihat sentiasa. Kuat untuk memberi ilmu pada setiap murid.
Maaf jika saya pernah menyakitkan hati setiap guru. Saya rasa banyak
ilmu yang telah diberi pada saya. Saya budak yang banyak masalah.
Mungkin ramai guru yang saya sakiti .
Gikgu tolong beritahu semua guru saya kirim salam dan minta ampun maaf.
Saya..........
Aku tertarik dengan isi surat ini . Memang murid ini banyak menimbulkan
masalah disiplin kepada sekolah. Tetapi tanpa kuduga dalam diam, dia sendiri
menyedarinya. Muga kesedaran ini boleh membawa perubahan kepadanya
apabila berada di sekolah menengah kelak.
Dia datang menemuiku sebelum sesi sekolah berakhir. Semasa bersalaman aku
memeluknya dan membisikkan kepadanya " terima kasih dengan surat awak tadi, saya akan
bacakan pada rakan-rakan guru apabila ada mesyuarat nanti."
Kudoakan... dia akan terus berubah.

Langgan:
Catatan (Atom)