Mendidik anak istimewa yang bermasalah haiperaktif bukanlah satu
perkara mudah. Kali ini sedikit tips ingin aku berikan kepada
rakan-rakan pembaca bagaimana aku membantu mereka sepanjang
sesi persekolahan.
Biasanya pada hari pertama kehadirannya tidak akan berlaku aktiviti
P&P. Aku lebih suka menemubual ibubapa murid dan membiarkan
murid tersebut dengan aktiviti sendiri. Sambil menemubual aku akan
memerhatikan gerak geri murid tersebut. Andaikata tingkahlaku murid
tersebut tidak terkawal aku akan dapatkan bantuan rakan guru untuk
memantau.
Tujuanku ialah ingin melihat kelakuan sebenar murid itu. Ini adalah
kerana kadangkala ibu/bapa menyembunyikan tingkahlaku sebenar
anak mereka kerana malu. Setelah melihat sendiri kelakuan sebenar
murid tersebut akan memudahkan aku dan rakan-rakan mengenalpasti
kaedah dan bahan bantu yang sesuai digunakan oleh murid itu pada
sesi pembelajaran dihari seterusnya.
Selalunya , sesi ini berlangsung lebih kurang setengah jam. Selepas
itu aku akan membuat saringan dagnostik dengan menggunakan
IPP untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam 3M, urusdiri,
tingkahlaku dan sosial.. Meskipun IPP yang disediakan oleh BPK
kurang bersesuaian, namun ia sedikit sebanyak membantu aku
dan rakan-rakan mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam 4 bidang
di atas.
Setelah sesi ini tamat aku akan meminta ibu/bapa membawa anak mereka
pulang. Sesi P&P hanya akan berlangsung pada hari berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan