Pagi tadi, setelah 3 hari tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri
kursus, aku berada di sekolah semula. Pada waktu rehat
dalam perjalanan ke kantin , seorang pelajar perempuan
menghulurkan kepadaku sepucuk surat. Dari penerangannya aku
dapat memastikan bahawa surat itu datang daripada seorang
pelajar perempuan lain yang belajar dalam tahun 6.
Isi surat itu agak pendek. Bahasanya juga tidaklah teratur kerana
pelajar yang menulis surat tersebut adalah pelajar daripada kelas
terakhir di tahun 6.
Apa yang ditulisnya ialah:
Saya .......
Dari Kelas 6......
Ingin menyampaikan pesanan untuk semua guru.
Cikgu semua saya ........... dari kelas 6........ ingin mendoakan pada setiap
guru supaya sihat sentiasa. Kuat untuk memberi ilmu pada setiap murid.
Maaf jika saya pernah menyakitkan hati setiap guru. Saya rasa banyak
ilmu yang telah diberi pada saya. Saya budak yang banyak masalah.
Mungkin ramai guru yang saya sakiti .
Gikgu tolong beritahu semua guru saya kirim salam dan minta ampun maaf.
Saya..........
Aku tertarik dengan isi surat ini . Memang murid ini banyak menimbulkan
masalah disiplin kepada sekolah. Tetapi tanpa kuduga dalam diam, dia sendiri
menyedarinya. Muga kesedaran ini boleh membawa perubahan kepadanya
apabila berada di sekolah menengah kelak.
Dia datang menemuiku sebelum sesi sekolah berakhir. Semasa bersalaman aku
memeluknya dan membisikkan kepadanya " terima kasih dengan surat awak tadi, saya akan
bacakan pada rakan-rakan guru apabila ada mesyuarat nanti."
Kudoakan... dia akan terus berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan