Nama pasangan suami isteri yang sangat unik.
Abah: Allahyarham Haji Hitam bin Hashim
Emak: Puan Hajah Hitam bt Abu.
Bersyukur dengan segala nikmatNYA.
Emak nampak gementar,.
Senyumannya tidak seperti mana biasa.
Mungkin majlis ini dirasakan terlalu besar.
Emak kelihatan mengalirkan air mata.
Mungkin gembira, mungkin sedih.
Sukar diteka.
Mungkin teringatkan pasangan hidup yang telah
lama meninggalkan dia bersama anak-anak serta
cucu cicitnya di dunia.
Allah berikan sesuatu kepada EMAK pada hari ini.
Sebagai balasan di atas pengorbanan membesarkan
11 orang khalifah.
Zamnah Hitam, Allahyarham Jaapa Hitam,
Bahar Hitam, Bachik Hitam, Rosni Hitam,
Hasmah Hitam, Mizan Hitam, Azman Hitam,
Mohd Zaki Hitam, Suffinah Hitam, Raizun Hitam.
Bukan nikmat yang ingin dibangga.
Namun yang perlu untuk disyukurinya.
Anugerah Ibu Mithali Sempena Maal Hijrah 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan