Alhamdulillah. Diizinkan untuk saya menulis.
Kadangkala ujian
dalam hidup kita datang bertimpa-timpa.
Satu persatu. Mengusutkan
fikiran siang dan malam.
Sehinggakan mata
sendiri gagal untuk dilelapkan, meskipun
di saat
itu orang lain sedang lena dibuai mimpi.
Fokus kepada kerjaya
sendiri juga hilang, lesap, entah kemana.
Kehidupan seharian umpama benang kusut yang hilang puncanya.
Mustahil untuk
dilerai. Berserabut.
Kita menyalahkan
orang lain di atas ujian yang menimpa.
Sehingga berbagai prasangka buruk muncul
di kepala .
Akhirnya….
Keresahan yang
tidak mampu dilindungi dapat dilihat dan
dirasai
tempiasnya oleh orang yang berada di sekitar.
Sahabat…..
Duduklah
sebentar. Renungkan kembali kepada siapa kita patut
kembali saat diuji begitu. Kepada
siapa kita wajib meminta apabila
masalah berserabut di kepala.
Kepada Allah.
Renunglah
dalam-dalam. Dalam diri sendiri. Mungkin ada silapnya
di mana-mana. Mungkin telah lama kita terlepas pandang.
Solat awal
waktunya di mana?
Berjemaah bagi
lelakinya sudahkah terlaksana?
Zikir harian
tertunai atau sebaliknya?
Majlis ilmu
sudahkah kita hadiri?
Berapa kerap
gajet dirai berbanding Al Quran di
almari?
Bagaimana dengan
tanggungjawab kita sebagai anak, ibu,
ayah, suami ataupun
isteri?
Auratnya
sudahkah ditutup sempurna?
Masya Allah. Banyak
lagi, sangat banyak jika diteliti.
Ya Allah.
Kita rupanya
telah berada jauh di tengah lautan leka.
Tengah lautan
lagha.
Allah hempaskan
kita kembali kepantai dengan sedikit
ujian demi menyelamatkan. Agar tidak lemas.
Yakinlah….
Allah tidak
pernah menyukarkan hambaNYA dengan ujian,
selain untuk memberi kemudahan
bersamanya.
Senyumlah
sahabat.
Kita ada Allah.
Tempat meminta.
Kita ada Rasullullah,
Contohilah akhlaknya.
Kita ada Al
Quran. Ambillah pengajaran daripadanya.
Insya Allah…..
semua akan baik-baik belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan