Alhamdulillah. Di izinkan untuk saya menukis.
Mungkin terkesan dengan kisah rakan-rakan yang baru
meninggal dunia, saya bermimpi bertemu seseorang malam tadi.
Seorang rakan berpangkat adik kepada saya yang telah meninggal
dunia lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Dalam mimpi itu rasanya saya berada di dalam satu majlis.
Semua kaum lelaki kelihatan berbaju melayu.
Dari jauh saya melihat dia sedang duduk, memakai baju
berwarna jingga, bersamping, bersongkok namun kelihatan
sedang bermenung jauh.
Tiba-tiba datang seorang lelaki. (saya tidak kenali) Memegang
bahunya dan berkata sesuatu. Dia tiba-tiba tersenyum.
Sangat manis. Seperti mana semasa bergurau dengan saya
di dunia ini.
Saya terjaga.
Masya Allah.
Allayarham Azman Nordin.
Salah seorang daripada guru Pendidikan Khas negeri
Melaka yang tinggi ilmunya.
Boleh mengajar di PPKI Bermasalah Pembelajaran,
di kelas Bermasalah Penglihatan juga di kelas Bermasalah
Pendengaran.
Ilmu yang tinggi nilainya telah membawa allahyarham
menjadi seorang pensyarah di IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka seterusnya Pegawai di Seameo Sen sebelum
meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.
Mungkin kehadirannya malam semalam untuk
mengingatkan saya.
Tiba masa saya juga akan menjejaki langkahnya.
Atau mungkin sebab saya terlupa mendoakan
keampunan untuk mereka.
Al fatihah untuk sahabat-sahabat. Orang-orang yang
membantu di dalam membangunkan Pendidikan Khas Negeri Melaka.
En Aziz Nahar. Mantan Ketua Sektor Pend. Swasta dan Pend Khas
Mantan Guru Besar yang sentiasa meraikan anak Pend Khas
yang ada di sekolah mereka:
1. Puan Hjh Zainab Samad -GB SK Paya Redan
2. Tuan Hj Mohd Nor- GB SK Bukit China
3. Tuan Haji Shafie Jaafar- GB SK Paya Rumput.
Bekas guru Pendidikan Khas yang banyak berjasa:
1. Azman Nordin
2. Rozilawati Ab Kadir
3. Noridah Yunus
Semoga roh kalian ditempatkan bersama orang--orang yang soleh.
Amin. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan