Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Saya dan anak lelaki saya tiba agak lewat sedikit.
Kelihatan jemaah lelaki sedang membaca doa tahlil
di ruang beranda rumah tersebut.
Saya melintasi beberapa orang saudara mara lelaki
yang sedang duduk di beberapa buah kerusi batu di
tepi rumah itu.
Saya menuju ke belakang rumah. Berniat untuk
masuk ke dalam melalui pintu bahagian dapur.
Melihatkan ruang dapur yang sempit dan tidak dapat
mengagak tempat yang sesuai untuk duduk, saya berhenti
seketika di hadapan pintu.
Ralit saya melihat jenazah yang sedang dimandikan oleh
bilal dengan bantuan anak, cucu dan menantu simati.
Fikiran saya tiba-tiba melayang. Menginsafi diri.
Mengandaikan jenazah saya yang sedang dimandikan.
Bagaimananakah agaknya? Sudah bersediakah saya?
Tiba-tiba seorang remaja perempuan menghampiri saya.
Oleh kerana dia bercakap dengan nada yang pantas,
saya tidak perasan samada dia menegur saya dengan
panggilan makcik ataupun puan.
Yang pastinya dia tidak membenarkan saya berdiri di situ
untuk melihat jenazah yang sedang dimandikan.
"Hanya untuk dilihat oleh anak, menantu dan cucu sahaja"
Itulah alasannya.
Saya terpinga-pinga sambil tertanya-tanya didalam hati.
"Apahal pula budak ni, salahke tengok jenazah yang sedang
dimandikan"?
Sama jantina pula.
"Saya anak buah juga, bukan orang lain".
Jawapan perlahan saya itu hanya kedengaran di telinga sendiri.
Budak perempuan itu tidak mendengarnya kerana telah berlalu pergi.
Malas hendak berdegil.
Saya melangkah perlahan menyelit di celah-celah beberapa
orang saudara mara wanita yang saya kenali dan duduk di tepi
dinding berdekatan dapur.
Saya mencapai nashkah surah yasin yang terletak di atas
almari berdekatan dan mula membacanya.
Usai membaca, saya tidak menunggu lama, terus
keluar untuk pulang. Anak lelaki yang sedang berdiri di hadapan
rumah mengekori belakang saya tanpa sepatah kata.
Ada kesakitan dihati.
Sepanjang perjalanan pulang berbagai perasangka muncul
di fikiran saya.
Namun berjaya saya redakan apabila meningatkan kembali
ceramah yang saya dengar berkenaan buruknya orang yang
suka berperasangka.
Namun.
Persoalan tetap timbul.
"Mengapa budak itu cakap begitu?"
Sepanjang hidup saya ini adalah kali pertama berhadapan
situasi itu.
HIKMAH
Keletihan berpuasa membuatkan saya terlena sebaik sampai
di rumah. Kisah itu hilang dari ingatan bersama nyenak saya.
Semasa berbuka saya teringatkannya kembali dan bercerita
kepada suami, anak dan menantu yang berbuka bersama.
Anak-anak dan menantu saya memberi respond masing-masing.
Tiba-tiba anak ke lima saya berkata.
"Bukanke emak berjanji dengan ayah sebelum pergi tadi,
untuk pergi sekejap saja. Itulah sebabnya Allah hantar budak
itu menegur. Kalau tidak mesti emak lambat balik".
Baru saya terperasan. Memang saya akan lambat jika
perkara itu tidak berlaku.
Sepertimana biasa saya akan sama-sama membantu
memandikan, melihat jenazah dikafankan, sama-sama solat
jenazah dan hanya akan beredar pulang apabila jenazah
telah diusung ke tanah perkuburan.
Allah hendak mendidik rupanya. Biar tetapi janji.
Seperkara lagi yang datang dalam fikiran saya.
Itulah akibatnya. Rumah emak saudara sendiri saya jarang
kunjungi. Cucu cicit saudara tidak mengenali saya.
Kerjaya telah menghalang ziarah. Selepas bersara baru saya
memulakannya. Namun begitu belum juga tiba tahap
sepatutnya. Masih ramai saudara mara yang lama tidak saya
ziarahi.
Rupanya itu adalah teguran kedua daripada Allah kepada saya.
Memikirkan semua itu, tidak jadi saya hendak marah lama-lama.
Semua ada hikmah. Belajar untuk muhasabah diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan